Piala FA
Suku Akhir Pusingan Pertama
11hb Februari 2014
Johor Darul Takzim 3 Kedah 1
(Amri Yahya 14', Hariss Harun 21', Luis Figueroa 92′)
Aku memang suka kalau game waktu hari bekerja. Tenang. Jalan tak sesak, parking senang dan tak perlu nak berebut-rebut masuk stadium awal. Tapi tak la bermaksud stadium lengang, game malam tadi tetap full house. Cuma masing-masing bekerja...so biasa la...majoritinya datang stadium lambat.
Antara perkara menarik yang aku nak bebel tapi orang tak pergi stadium tak tau...(jangan jadi keyboard warrior..sila turun stadium!)
1 - Seperti di jangkakan...takder masalah dengan penonton. Orang berbudi kita berbahasa. Tabik orang Kedah! Anda hebat!
2 - Selain dari fan Melaka yang turun masa friendly tu hari, (ini aku cerita untuk musim ni la..) Fan Kedah awal-awal dah chant dulu...(B.O.S biasa pukul 8 baru start). Nyanyian terimakasih penyokong Johor disambut tepukan gemuruh satu stadium. Lebih respek dorang mulakan mexican wave. Tak pernah beb penyokong lawan mulakan mexican wave. Respek!
3 - Selepas habis lagu Negaraku, penyokong Kedah menyanyikan lagu negeri Kedah. Satu stadium yang mulanya dah duduk bangun berdiri untuk menghormati. Kalau kata kami penyokong Johor ni jahat-jahat jugak memang aku pun tak tau nak cakap apa lagi la. Tak pernah pulak rasanya masa away game bila penyokong Johor menyanyikan lagu bangsa Johor, penonton home turut berdiri...
4 - Aku terserempak dengan Azmil Azali. Sempoi duduk sama-sama kat seat RM10...Kenal tak siapa dia?...lagenda Johor dan pernah wakil Malaysia pada pertengahan 90an dulu. Sezaman dengan Omar Salim, Rizal Zamberi Yahya, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong dan jurulatih JDT II sekarang Azmi Mohamad.
5 - Start musim ni, scoreboard dah letak gambar pemain masa pengumuman nama pemain. Harap lepas ni boleh tayang game pulak. Senang nak tengok replay masa gol.
6 - Aimar injured. Figueroa duduk simpanan. Malam tadi kira peluang untuk pemain tempatan tunjuk kemampuan. Sayangnya aku rasa Safee Sali dan Mat Yo tak berapa menjadi. dah berapa game ni aku tetap rasa Amri Yahya lah pemain tempatan yang paling menyerlah. Memang tak sia-sia JDT beli dia walaupun dia tak main sebagai striker.
7 - Game memang takder masaalah. Tapi mutu pengadilan memang masih tahap hampeh. 3 kad merah dan 7 kad kuning. Pemurah betul ref ni. Memang rasa geram bila tengok keputusan pengadil yang tak masuk akal...sampaikan satu stadium chant "ref itu anjing". Iyer...kasar bunyinya...tapi nak buat macamaner...
8 - Taktik counter attack Kedah memang menjadi. Menang 3-1 bukanlah jaminan untuk ke semi. Sekurang-kurangnya lega jugak la... 1st time untuk musim ni dapat score lebih dari 2...
Ni bukan hooligan...tapi penapis asap rokok yang aku sendiri pun tak tahan...patutnya "No Smoking Zone" dalam stadium perlu di kuatkuasakan...pening arrr bau asap.... |
Semoga berjaya di Darul Aman...Sekian.
LUASKAN KUASAMU!
Kedah..u have my respect.memang terbaik la penyokong kedah.malam tadi kat fb pun aku tengok ramai keyboard warrior taip yg baik2 je antara dua2 negeri..heheh..ini baru betul profesional..memang terbaik la..err..kalo ada awek kedah yang baca ni sila pm saya yer..heheh
ReplyDeleteref nama Howard Webb ke?? hahaha
ReplyDeletehahaha....semenjak SAF takder ni..rindu pulak nak dengar orang petik nama Howard Webb...
DeleteAku sokong dengan no smoking zone. Walaupun aku perokok tegar, aku tak sampai hati nak merokok kat public macamnie. Segan beb. Yang paling baik perokok letak kat satu zon aje. Baru best banyak asap.. Kalau 10000 perokok duduk setempat, tak payah pakai flarela.Mesti meriah.
ReplyDeletesebenarnya dalam stadium sememangnya kawasan larangan merokok...cuma macam biasalah kita kat Malaysia ni...penguatkuasaan dan kesedaran sivik masyarakat memang tahap paling hampeh...
DeleteIs this the first game Hariss main?
ReplyDeleteDia ni tak main tak main, ambik gaji je, cammana nanti nak kena call up national team sey. Cam Vermaelen tu semua..
Tak jugak...almost every game dia main....tapi biasanya 2nd half ganti Aimar...cuma kali ni dia dapat main 1st eleven pasal Aimar injured..
Deletetak sempat tgk kat tv,ada urusan.,harap ada siaran ulangan nanti..
ReplyDeleteok maknanya kalau team2 Msia boleh pakai foreigners tiga je kan..so kira Aimar pancit je Harris masuk la.
ReplyDeleteOK la, susah2 suruh Lion XII loan Harris ni je la...haha
lagi satu, kena betul2 kuatkuasa No Smoking Zone tu kalau dah officially implemented. Yang ni aku memang very particular, cam ko bawak budak2 every week. Tak elok la keliling asap banyak for two hours
ReplyDelete