Wednesday, October 15, 2014

'74 Jailbreak

Hari ini...15hb Oktober, EP ini menyambut ulang tahunnya yang ke 30.


AC/DC - '74 Jailbreak (1984)

Secara kebetulan, cd ini baru saya terima semalam. Ngam-ngam untuk buat cerita sempena ulangtahunnya yang ke 30. Tetapi kalau di baca sejarahnya >wiki< koleksi lagu-lagu ini sebenarnya dirakamkan pada 40 tahun yang lalu (1974).

Saya agak baru dalam mendalami muzik AC/DC. Ini adalah kali pertama saya mendengar '74 Jailbreak secara keseluruhan. Mendengar EP ini membuatkan saya faham kenapa masih ramai peminat mereka masih menyanjung mendiang Bon Scott. Memang power!


hanya tinggal 2 tajuk dari di atas yang belum dimiliki

Ntah kenapa dulu-dulu saya agak kurang terdedah dengan muzik mereka. Tetapi sedar tak sedar dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini saya sudah memiliki 13 cd mereka. Hampir lengkap dah discographynya. Sememangnya saya adalah salah seorang peminat mereka sekarang. "Better late than never". Sayang sungguh band lagenda seperti mereka ini belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.

Best!






11 comments:

  1. Ingatkan album Thin Lizzy..heheh.tajuk pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab tu ada 74 kat depan dia...tak nak org konpius...Yg Thin Lizzy tu pun dalam wish list jugak tu...

      Delete
  2. ac/dc ni aku kasual2 je... tapi mostly layan era brian johnson

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu pun kasual juga...tapi bila start dengar betul-betul...dari satu album ke satu album...last2 terminat la pulak...

      Delete
  3. aku pernah jumpa satu mat salleh yang cakap dia minat ACDC.
    Dia orang Switzerland,
    dia cerita kat aku waktu dia 19 tahun ke berapa ntah, dia pergi sorang2 Donington Park gi tengok ACDC main 1990.
    That was yang Live Donington nye video tu. He was there.
    Dan aku dengar cerita dia dengan mulut terngangah... kagum.

    ReplyDelete
  4. AC/DC start famous balik pada Gen-Y lepas keluar filem Iron Man

    ReplyDelete
  5. aku dgr acdc ni klu tak silap lagu crazy train hahaha main kat astro hits

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak pasti, cam lagu ozzy ja kan.. ada tu yang dia pakai seluar pendek nyanyi ada kereta api, video kilp ni selalu main..

      Delete
    2. yang tu rock n roll train kot tajuknya...

      Delete
  6. Thin Lizzy lagi best berteromber

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka juga Thin Lizzy...terutama zaman John Sykes...

      Delete