Monday, October 13, 2014

Dup Dap Dup Dap Part 4



Dah masuk bahagian ke 4 dah…bermakna masuk kali ni dah 4 kali dah anak-anak aku menghadapi peperiksaan besar. Kali ini anak yang no 2 pula menduduki peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga). Tetapi perasaan bapaknya tetap macam tu juga…dup dap…dup dap..

Kasihan juga anak-anak ini sekali lagi dijadikan bahan ujikaji oleh orang-orang politik. Sesiapa ibubapa yang ada anaknya mengambil peperiksaan PT3 malah cikgu-cikgu juga pasti tahulah apa kisah disebaliknya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga adakah sememangnya orang-orang kurang cerdik yang mememang jawatan politik atau kita yang kurang cerdik kerana memilih mereka….?

Cukup tak paham kenapa sesuatu yang belum habis kajiannya…belum ada kata putus…tapi keputusannya telah di buat. Hasilnya semua jadi huru hara…Hari ini periksa, bulan Julai lepas baru buat keputusan bagaimana peperiksaanya. Bukan sahaja kasihan pada anak-anak…malah cikgu-cikgu juga….

Penat lah nak cerita perihal system pendidikan di Malaysia ni…tu belum cerita bab vernacular school lagi…

Takper lah…life goes on…khas untuk anak abah dan anak-anak lainnya yang seramai 41,106 orang yang mula menduduki peperiksaan PT3 hari ini…abah ucapkan semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang….Amin.


**iskh...terasa tua betul bila guna ayat "abah"...heheh,,,






5 comments:

  1. Semoga lulus dengan flying colours...
    Boleh mintak abah iphone 6 nanti...

    ReplyDelete
  2. "adakah sememangnya orang-orang kurang cerdik yang mememang jawatan politik atau kita yang kurang cerdik kerana memilih mereka….?" - aku suka ayat ni

    genap 20 tahun lepas aku amik PMR (pun dah terasa tua)

    ReplyDelete
  3. PMR ngan PT3 ni tak sama kah, aku kurang info lah hahaha
    apapun aku doakan utk semuanya dapat keputusan cemerlang...

    ada kawan dlm fb tadi siap janjikan anaknya belikan gitar gitu klu lulus,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa...PT3 ni gantian untuk PMR...asalnya kata takder periksa pun...

      Btw..aku tak janji apa2…ibu dia ada…gitar kat rumah pun memang untuk anak2…abahnya dan pencen…koleksi cd jer belum…hahaha..

      Delete
  4. Dulu SRP,lepas tu PMR,ni dah tuka PT3 pulak?aku baru tau..heheh..
    Takleh nak cakap apa dah..akhir zaman mmg mcm tu..yg jahil di puja,yg batil di lupa

    ReplyDelete