Thursday, October 23, 2014

Hotter Than Hell

Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam (22hb Oktober)


KISS - Hotter Than Hell (1974)

Saya bukanlah "die-hard fan" KISS. Tetapi tidak dinafikan saya menyukai lagu-lagu mereka. Cd ini hanya saya miliki dalam 2 atau 3 tahun yang lalu. Walaupun saya memiliki kesemua album mereka secara MP3. Tetapi album ke 2 mereka ini bukanlah pilihan utama untuk di dengar.

Lagu yang saya tahu dan pernah dengar hanyalah "Goin' Blind", itu pun kerana lagu tersebut ada di dalam cd Greatest KISS terbitan tahun 1997. Yang lainnya tak pernah dengar. Tetapi saya tahu juga lagu "Parasite". Lagu ini pernah dibawakan semula oleh Anthrax dalam album Attack of the Killer B's. Walaupun versi Anthrax lebih berat dan lebih laju tetapi kalau nak dikirakan yang versi asal ini dirakamkan pada tahun 1974, ianya dah boleh dikategorikan sebagai berat pun pada zaman tersebut.



Hotter Than Hell sebenarnya tidak banyak berbeza dari album-album awal KISS. Cumanya album ini agak kasar dan mentah bunyinya. Mungkin ada yang tak akan suka dengan "sound" kotor sebegini. Mereka pun dalam satu temuramah yang saya baca tidak berapa mengemari produksi album ini. Tetapi maklumlah, ini tahun 1974..zaman mereka belum pun dikenali..produksi budget kecil..dan tiada producer yang memahami kehendak sound hard rock mereka.

Tetapi saya ada terbaca yang ramai peminat KISS zaman ini suka akan sound dan produksinya. Ianya seperti sound "Grunge" kata mereka. CD saya adalah versi remaster dan saya tidak pasti apakah perbezaannya dengan versi asal.

Walaubagaimanapun pada saya, Hotter Than Hell mempunyai 4 atau 5 lagu yang bagus. Mungkin statusnya yang agak "underated" menyebabkan ianya bukanlah album KISS yang selalu disebut-sebut. Tetapi jujurnya...saya suka.  "Parasite" memang mendahului zamannya. Best!.







4 comments:

  1. Alice Cooper dah pakai makeup dulu, tapi Kiss yang buat make up to another level.
    Kiss yang buat gimik seram2, darah la demon la...
    dorang yang buat presentation gempak...
    Tak dinafikan dorang glamkan ni semua, dorang start trend..

    Jadi aku senyum je la, ada kawan aku cakap Kiss tu posseur..
    Well.... lantak la korang...
    Susah benar kadang2 agaknya nak terima hakikat yang muzik ni cedok satu sama lain,

    ReplyDelete
  2. Yang aku tau lagu parasite tu je yg Anthrax penah cover..album kiss yg lama2 susah jugak nak jumpa

    ReplyDelete
  3. Panas panas panas
    Panas badan ini
    Pusing pusing pusing
    Pusing kepala ini

    ReplyDelete
  4. sound kotor tu yg best di dengar...

    ReplyDelete