Monday, October 20, 2014

Rising Force

Album kegemaran yang dah pun 30 tahun usianya


 Yngwie J. Malmsteen's Rising Force - Rising Force (1984)

Saya bukanlah seorang guitarist…pernah bermimpi untuk jadi…tapi jari bangku dan pemalas untuk berlatih. Tetapi Malmsteen lah orang yang bertanggungjawap menjadikan saya dan ramai lagi rocker wannabe yang sebaya saya ingin menjadi gitar hero. Mungkin bagi abang-abang yang lebih tua dari saya semuanya kerana Ritchie Blackmore. Malah Malmsteen sendiri terpengaruh dari Ritchie. Tetapi bagi genarasi saya…semuanya kerana Malmsteen. Beliaulah yang mengenalkan maksud "guitar shredder" bagi kami.

Ada ramai haters di luar sana yang kondem Malmsteen. Main takder feel la. Setakat laju la. Semua tempat nak menyolo la dan bermacam-macm lagi. Tak pasti apakah pakar dan pengkritik muzik ini benar-benar mendengar muzik Malmsteen atau sekadar bias kerana nama Malmsteen itu sendiri. Mungkin mereka patut kembali mendengar album pertama ini.


Bagi saya intro lagu "Black Star" itu pun dah cukup feel dan berjiwa dah. Orang yang genius sahaja boleh menghasilkan lagu sebaik "Black Star" ataupun "Far Beyond the Sun". Bukan semua pun lagu solo laju bergulung. Sila rujuk lagu seperti "Icarus' Dream Suite Op. 4". Memang feeling. Ok..ok mungkin saya bias. Tetapi saya serahkan kepada anda untuk dengar, nilai dan nyatakan pandangan anda.

Itu belum cerita perihal vokal Jeff Scott Soto. Sayangnya kemampuan beliau hanya digunakan untuk 2 buah lagu sahaja. Sila rujuk album seterusnya, Marching Out untuk mendengar kehebatan vokal beliau.

Rekomended!


***Mungkin hanya perasaan saya, tetapi setiap kali mendengar intro "Search - Pelesit Kota" pastinya mengingatkan saya kepada intro  lagu "Evil Eye". (saya terbaca yang King Shah Metalasia mengatakan inilah lagu rock pertama beliau sebagai pemain gitar)






4 comments:

  1. klu kat mesia man kedal lah kan.. haha
    klu aku ingat masa kat kg, nama yngwie siap kawan aku guna nama samaran dia, main gitar tak lah hebat mana tapi dah minat sangat kat yngwie ni..
    ohya banyak ku tgkkaset2 yngwie ni djual, tapi aku tak tegerak hati pula nak beli, mungkin aku jari bangku kot...haha,,
    nanti klu jumpa album ni, rega bepatutan mmg akan disambar,,

    ReplyDelete
  2. waktu aku kecik ternampak majalah media atau variapop (yg abg aku selalu beli tiap2 bulan) ada poster bagi "yngwie malmsteen - gitaris terbaik dunia"

    sehinggalah member aku beli album magnum opus, baru aku kenal siapa YJM ni

    ReplyDelete
  3. Kalo dulu sapa yg tak minat malmsteen akan di panggil 'mat diskang' heheh..masih mencarik album ni dlm bentuk vinyl..album paling best

    ReplyDelete
  4. I wll never die cause i will flyyyyyyyy huhu

    ReplyDelete