Saturday, January 31, 2015

Berita Gempa

Album rock lejen melayu yang dah 30 tahun...


Sweet Charity - Berita Gempa (1985)

Album studio terakhir Sweet Charity bersama Ramli Sarip tetapi ianya merupakan album pertama Sweet Charity yang saya jumpa/dengar secara sendiri bukannya melalui abang seperti album-album yang sebelumnya. Maklumlah pada ketika itu abang saya lebih kemaruk mendengar lagu-lagu pop "new wave" mat salleh berbanding lagu rock melayu.

Walaupun begitu saya tidak pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Sekadar meminjam dari kawan. Agak kurang "sentimental value" nya kepada saya. Walaupun ianya diterbitkan pada tahun 1985, tahun yang saya mula untuk mencuba-cuba dengar muzik rock. Tetapi kesannya tidak besar seperti seperti album "Cinta Buatan Malaysia" yang juga diterbitkan pada tahun yang sama.

Sebab utamanya pada saya adalah kerana Sweet Charity masih memainkan muzik rock 70an. Saya yang telah mula kenal apa dia NWOBHM dan Iron Maiden lebih tertarik dengan muzik rock semasa pada ketika itu. Darah muda la katakan. Tetapi yang menariknya semenjak dari album Batu (1983), Sweet Charity telah mula meninggalkan pengaruh rock dangdut dari Indonesia.

Mereka lebih berani untuk memainkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Hanya lagu "Dendang Remaja" yang merupakan lagu cover. Tetapi seperti biasa, perihal ciplak di sana sini pastinya ada. Dengarkan lagu "Langsung Tak Faham" sudah pastinya riff  Joe Perry dalam lagu "Walk This Way - Aerosmith" terngiang-ngiang di kepala.


Tetapi ada lagi yang dulunya saya tak pernah tahu. Rupa-rupanya lagu "Berita Gempa" juga adalah sebuah lagu cipak. Lagu asalnya adalah dari kumpulan SAS dari Indonesia yang bertajuk "Larantuka" yang di petik dari album mereka bertajuk "Baby Rock" terbitan tahun 1976. Tambah malangnya lagu ini diberkan kredit kepada Ramli Sarip sebagai penciptanya. Biasanya sebuah lagu cover dituliskan sebagai "Copyright Controlled" untuk menunjukkan ianya dirakamkan dengan kebenaran. Tidak pasti adakah Sweet Charity merakamkan lagu ini dengan kebenaran.

Yang pastinya pada saya album ini mengandungi "hidden gems" dalam lagu "Bunga Bunga Cinta". Sila rujuk ulasan saudara Saudara PC Kokak di >SINI<. Melodinya sedap dan solo Rosli Mohalim sungguh mendayu-dayu. Sayangnya produksi sebu album ini sedikit mencacatkannya. Lebih sayangnya, ramai yang tak tahu berkenaan lagu ini. Sweet Charity pun macam tak pernah (maaf...saya tak pasti) membawakan lagu ini secara live.

Ramli Sarip mula bergerak secara solo selepas terbitnya album ini. Maka disinilah berakhirnya band lagenda rock 70an melayu, Sweet Charity.





3 comments:

  1. Posting kau ada content, ada value, ada info.
    Kau gunakan bahasa melayu yang boleh diterima semua peringkat dan kau tak payah pakai word2 bombastic just to show you can write.
    Kau patut part time sokkabar sudut hiburan.

    ReplyDelete
  2. Kannn..jadi mcm ala2 mama juwie gitu.heheh..
    Tapi betul mcm ko ckp,masa zaman album ni kuar ramai yg tak ambik tau sebenarnya..di sebabkan rock kental dgn nwobhm dan 'battle of the bands'

    ReplyDelete
  3. Kannn..jadi mcm ala2 mama juwie gitu.heheh..
    Tapi betul mcm ko ckp,masa zaman album ni kuar ramai yg tak ambik tau sebenarnya..di sebabkan rock kental dgn nwobhm dan 'battle of the bands'

    ReplyDelete