Tuesday, February 3, 2015

@ Seri Mersing Resort, Air Papan

Walaupun dah masuk tahun ke 4 berulang-aling ke Mersing...ini baru kali ke 2 menyinggah dan kali pertama pula bermalam di Air Papan.


Itu pun kebetulan masa tu baru balik dari Pahang dan singgah ke Mersing untuk mengambil keputusan PT3 anak. Malas nak berulang alik dari JB.  Makanya cari ajer la chalet di sekitar Air Papan.



Dulu dah pernah buat entri pasal Masjid di Seri Mersing Resort >SINI<.  Kali ini baru berpeluang untuk mencuba chaletnya pula.

Ianya jenis chalet berkembar. Barang lama...maka faham-faham lah kalau keadaannya agak uzur. Tapi pantai Air Papan semakin maju. Banyak juga chalet/hotel yang baru.



Salah satu sebab pilih resort ini adalah kerana anak bongsu nak mandi pool. Ok la ada 2 kolam untuk budak-budak dan satu pula untuk dewasa. Pergi time hari kerja..memang satu resort kami punya. Chalet lain memang tiada orang langsung.


Bulan desember, ombak kuat. Tak sesuai untuk mandi laut. Kononnya nak menunggu terbitnya matahari...


Sayangnya...cuaca mendung...pukul 7.30 pagi pun matahari tak muncul...nak buat macamana...pergi time musim hujan...itu pun dah untung hari tu hujan tak lebat sangat...


Ok itu ajer....entri lama yang baru sekarang dapat disiapkan...




6 comments:

  1. Cantik view..ingatkan time senja.rupanya pagi eh

    ReplyDelete
  2. 9many years ago aku gi mersing, kerja kahwin kawan, very traditional event gitu. Then sempat gi air papan. Cantik sangat

    ReplyDelete