Friday, February 27, 2015

Flashing Metal With Iron Maiden And Flying Solo

Bahan bacaan...



Bruce Dickinson - Flashing Metal With Iron Maiden And Flying Solo by Joe Shooman

Kebetulan dalam mendapat berita tentang kesihatan Bruce Dickinson, saya sedang membaca buku autobiography tentang beliau.


Pada saya beliau adalah seorang individu yang serba boleh. Bukan sekadar menyanyi,mencipta lagu ataupun membuat lirik tetapi beliau juga cemerlang dalam kehidupan diluar dunia heavy metal.

Selain sebagai DJ radio dalam rancangan "Friday Rock Show" di BBC, beliau juga adalah pengacara rancangan tv dokumentari "Flying Heavy Metal" di Discovery Channel, penulis novel best seller, The Adventures of Lord Iffy Boatrace dan The Missionary Position. Penulis skrip untuk filem Chemical Wedding. Juruterbang untuk sebuah syarikat penerbangan komersial. Mewakili England dalam sukan lawan pedang (fencing) dan juga peminat sejarah tentang peperangan.

Ini adalah buku unofficial ataupun unauthorised. Maknanya memang tiada langsung temuramah secara langsung dengan Bruce Dickinson ataupun mana-mana ahli kumpulan Iron Maiden. Walaupun begitu penulis telah melakukan kajian yang baik terutamanya dalam bab ketika beliau bersama Samson dan zaman album solo. Temuramah bersama beberapa orang anggota Samson dan pemuzik yang terlibat dalam album Skunkworks sememangnya banyak membantu,


Sambil tu layan gambar la yer...


Bruce Dickinson dengan imej bermisai..heheh


Selebihnya penulis banyak mengambil siri temuramah Bruce dan orang-orang disekeliling beliau dalam pelbagai sumber. Dari zaman sebelum Iron Maiden ke zaman solo dan zaman kembali semula ke Iron Maiden dan cerita-cerita perihal hobi dan kerjaya beliau selain dari Iron Maiden.




Mungkin ianya lebih menarik jika ditulis oleh Bruce sendiri. Mungkin banyak benda akan dikupas dengan lebih terperinci. Tetapi lebih baik ada dari tiada langsung. Saya tidak boleh mengulas lebih-lebih kerana saya sendiri belum habis membacanya. Dah hampir 4 bulan pun, tetapi masih gagal untuk menghabiskannya. Nampaknya banyak yang perlu diperbetulkan dalam pengurusan masa saya.


"I didnt want to reach forty and have to say all i'd done was look out the window of  a tour bus and get drunk" - Bruce Dickinson





4 comments:

  1. Buku ni aku mintak adik aku belikan kat amazon asek kena reject je..

    ReplyDelete
  2. Bruce ni kalau fikir balik pun ada masalah macam manusia biasa. Dalam buku ada cerita tak waktu zaman Tatooed Millionaire tu dia berpisah dengan isteri pertama dia. So soalan diajukan was "kau millionaire kan?", So Bruce jawab "ye, tapi lepas tu aku bercerai". Bruce nye rumah semua abis bini dia dapat. Bruce kena menumpang malam kat rumah sapa ntah... I think ni lumrah manusia la eh sapa pun kita.

    Anyway, Scorpions baru?? errr Scorpions baru bukan yang Dulu. Dengar kat youtube je la...tak download ok, dengar je hahah

    ReplyDelete
  3. sempat la layan beberapa episod rancangan "flying heavy metal" tu kat channel discovery turbo (skrg DMAX) waktu channel tu masih lagi free (preview) awal 2007 dulu

    ReplyDelete
  4. kat malaysia susah memang tiada kah vokalis kumpulan rock mengabdikan cerita mereka dalam buku. kan best kalau ada buku cam ni.

    ReplyDelete