Ini masa ke Jerantut, Pahang bulan December yang lepas. Ngam-ngam 2 hari sebelum banjir besar melanda Jerantut. Mungkin bernasib baik...kalau tak...ada kemungkinan terperangkap di sana.
Salah satu tempat menarik kalau ke Jerantut selain Taman Negara adalah Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Ini bagi yang minat sejarah dan "adventure" la. Yang tak minat mungkin rasa tiada faedah pun pergi ke tempat macam ni.
Sebenarnya banyak sejarah, lagenda, misteri serta mitos Gua Kota Gelanggi ni. "Lost City", Sang Kelembai, Bunian, terowong rahsia ke Siam dan tokoh pahlawan melayu Mat Kilau antara yang mempunyai kaitan dengannya.
Ini kunjungan kali yang ke 2. Yang pertama dulu kalau tak silap lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu masuk percuma. Sekarang dah kena bayar. (RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 untuk kanak- kanak). Tempatnya pun sekarang dah terjaga. Maklumlah dah diwartakan sebagai taman warisan sejarah. Tak macam dulu. Tapi apa yang saya ingat dulu ada satu keluarga duduk dalam salah satu gua kat sini. Entah mana pergi lah agaknya mereka tu.
Dikatakan ada hampir 170 buah gua di kawasan ini. Tetapi hanya 12 sahaja yang dibenarkan untuk dilawati pengunjung. Jarak untuk setiap gua juga agak jauh. Letih kalau nak berjalan kaki. Kami menggunakan kereta. Ini bukan lawatan untuk "adventure". Hanyalah jalan-jalan bersama keluraga.
Disebabkan itu hanya 2 buah gua yang sempat kami singgah. Itu pun hanya satu gua yang anak-anak ikut masuk. Maklumlah nak masuk gua kena panjat anak tangga. Keadaan licin dan tangga yang agak uzur tak sesuai untuk keselamatan kanak-kanak.
Salah satunya adalah Gua Terang Bulan.
Walaupun namanya terang bulan, keadaan di dalamnya tak lah terang. Gelap gelita dan agak licin permukaaannya.
Ini pemandangan dari dalam menghadap ke pintu masuk. Saya hanya menggunakan kamera handphone cabuk. Maka gambar-gambar di dalam gua kebanyakannya gelap dan agak kurang menarik untuk ditampal disini.
Tambah malang tak membawa lampu suluh. Hanya bergantung kepada lampu handphone. Maka saya kurang berani untuk masuk lebih dalam ke kawasan gua. Kerana makin dalam kawasannya makin sempit persekitarannya. Saya bimbangkan lantainya yang licin takut-takut jika ada ular ker apa. Dah la gelap gelita dalam tu.
Tetapi yang pastinya banyak betul contengan dan grafiti di dinding-dinding gua. Ini salah satu darinya. Tahun 1964 tu...dah 51 tahun dah contengan ini...saya pun belum lahir.
Sebuah lagi gua yang kami singgah adalah Gua Balai. Yang ini ok. Walaupun masih kena mendaki tangga yang agak tinggi. Tetapi ianya kurang bahaya.Gua nya pun luas. Yang ini anak-anak pun ikut masuk.
Kawasan dalamnya memang luas. Macam dewan besar. Ada la kot kecik sikit dari keluasan padang bola. Ini kalau buat Gig Hitam Hitam Dalam Gua macam kat Gua Kapura di Lost World Of Tambun tu lagi dasyat kot. Ribu boleh masuk ni. Tapi ada ker yang berani nak buat gig kat sini...heheh...
Kalau baca ceritanya memang macam-macam. Kalau rajin cari dan bacalah sendiri.
Dalam ni banyak kesan-kesan cari gali dari pihak muzium. Lubang di sana sini. Katanya ada jumpa tembikar dan rangka manusia. Sayangnya kamera handphone saya tak cukup canggih untuk ambil gambar dalam gua.
Begitulah serba sedikit ceritanya. Ini hanyalah jalan-jalan bersama keluarga. Maka tiada lah menjelajah ke seluruh kawasan gua, Lainlah kalau pergi sendiri. Ini hanya sekadar mengajak anak-anak untuk menghargai sejarah negara.
graffiti "berteromber was here"
ReplyDeletebab ular tu tak best, menyeramkan.. haha. tapi gua memang tak perna masuk gua lagi, seumur hidup gua ni. haha ohya gig kat dlm gua tu dah tak ada, tinggal sejarah lah nampaknya, harap organis tu bikin kat dalam gua ni. haha
ReplyDeleteTengok keadaan dlm gua tu teringat aku filem 'the pyramid' tu.scene dlm piramid lebih kurang mcm dlm ni je..heheh..baru tau ada banyak gua rupanya kat situ
ReplyDeleteVery nice. Batu2 taruk nama tu semua tu batu gua ni atau batu orang2 museum tu bawk sendiri?
ReplyDeleteBodoh ke hapa taruk nama cam gitu? I think its too much la
batu gua...memang banyak contengan kat dinding2 gua..
DeletePernah sampai sini. Tiap2 musim cuti sekolah July/Aug student dari Singapore (8 bas) akan berkhemah dalam gua ni 3 malam.. Dan buat macam2 aktiviti termasuk rock climbing, jungle trekking dsb..
ReplyDeleteBulan 5 2016.aku ada dtg kat situ.masuk gua terang bulan firstly jumpa ular kecil masuk dlm lagi..jumpa ular besar lagi sikit & tulang haiwan???.. masuk dlm lagi jumpa ular lagi besar... so.. terpaksa patah balik.. takut itu petanda kurang baik..
ReplyDeleteTapi tu pengalaman yg betul2 rare..