Tuesday, February 17, 2015

The Theory of Everything

Filem yang ke 4 ditonton untuk filem-filem yang tercalon untuk anugerah filem terbaik oscar 2015..

(rasanya gagal kot nak menghabiskan kesemua 8 filem yang tercalon sebelum hari anugerah oscar 22hb ni...orang rumah dah conquer tv layan back to back marathon drama Istikharah Cinta...hahaha...)


The Theory of Everything (2014)

Mungkin cerita-cerita yang berdasarkan kisah benar senang untuk tercalon di dalam kategori filem terbaik terutamanya jika ianya mebabitkan orang-orang yang ternama. Tambah pula jika jalan cerita menarik. The Theory of Everything adalah filem biography ahli fizik terkemuka Stephen Hawking.

Yang berbeza sedikit dari filem biography yang biasa, filem ini lebih menekankan aspek hubungan antara beliau dan bekas isterinya, Jane Wilde lebih dari cerita kehidupan beliau sendiri. Hal ini rasanya tak boleh nak dielakkan kerana filem ini dibuat adalah berdasarkan buku memoir bekas isteri beliau yang bertajuk Travelling to Infinity: My Life with Stephen Hawking. Maka sudah tentu cerita hubungan mereka suami isteri yang lebih ditekankan.

Walaupun begitu ianya menarik kerana kita dibawa untuk memahami perasaan si isteri yang menjaga si suami yang mempunyai penyakit motor neuron. Satu penyakit yang menyebabkan pengidapnya menjadi lumpuh dari leher ke bawah. (tetapi masih juga kuat untuk dapat 3 orang anak...hahaha...)

Tambah menarik adalah lakonan kedua-dua pelakon utamanya Eddie Redmayne and Felicity Jones memang cukup berkesan. Bukan senang hendak melakonkan watak oarang sakit seperti Stephen Hawking. Tidak hairanlah jika mereka berdua tercalon untuk anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik.

Rekomended untuk ditonton walaupun anda tidak kenal siapa dia Stephen Hawking..Terbaik!




3 comments:

  1. Thank you. Baru aku tahu ada wujudnya filim gini tentang stephen hawking.
    Heran aku apa ada dalam kepala hotak dia.
    Dan adakah otak dia yang bijak tu pernah terfikir pasal satu all mighty creator.

    ReplyDelete
  2. Heavy drama ni..takut tetido lak nanti..heheh..kira sakit dia mcm jason becker jugak la eh..tapi jason becker sampai tak boleh becakap

    ReplyDelete
  3. ayat bikin anak 3 tu aku ketawa.... HAHAHAHAHA

    ReplyDelete