Wednesday, February 4, 2015

MAY - Platinum Album Edisi Khas


Kali ni saya nak kongsi sebuah album rock melayu yang dah pun 20 tahun usianya. Tak pasti senang nak dapat lagi ke tidak. Kalau "rare" mengikut macam entri kat blog Uvianhell696 >SINI< rasanya boleh kot kalau dijual dengan harga RM500...hahaha...kaya...kaya...



MAY - Platinum Album Edisi Khas (1995)

Rasanya ini album kompilasi pertama yang diterbitkan untuk kumpulan MAY. Lagu-lagunya adalah dari 3 album awal mereka (Dilema - 1988, Hakikat - 1989 dan Rahsia - 1990). Yang menariknya pada saya pada ketika (20 tahun yang lalu), ini kali pertama lagu-lagu dari album tersebut dikeluarkan dalam bentuk cd. Sayangnya kecuali Hakikat, 2 album lainnya tidak pernah pula saya jumpa dikeluarkan semula dalam bentuk cd.


Sebenarnya sebelum cd, kompilasi Platinum Album ini telah diterbitkan dahulu dalam bentuk kaset pada tahun 1994. Yang berbezanya versi cd mempunyai tambahan 2 buah lagu. Gambar di cover depan antara kaset dan cd pun tak serupa.

versi cd
Begitu juga dengan gambar yang digunakan di dalam inlay, Cd adalah gambar-gambar semasa album Dilema manakala kaset adalah gambar album Rahsia (kalau tak silap).

versi kaset
Tulisan dalam inlay juga berbeza. Cd tiada catatan cuma lirik tetapi versi kaset mempunyai sedikit info tentang discography kumpulan MAY.

Masih berharap pemegang hakcipta untuk lagu-lagu MAY akan mengeluarkan semula album Hakikat dan Rahsia dalam bentuk cd.

err...agak-agak ada ker yang nak beli harga RM500 ni...hahaha...








5 comments:

  1. ni sudah ketegori rare ni, 1st tgk album edisi khas ni kat sini. ingatkan tadi LP.
    kaset saja tu sudah boleh letak rm70 ke 80. haha..

    ReplyDelete
  2. May JJR ngan first 3 albums lagu semua gerek2..
    Yantzen masuk is like metal tapi mungkin aku dah overgrown dah.
    Tapi Onie masuk aku suka balik.
    Keras is one of the best la pada aku walau mostly covers. Last song tu paling hantu.

    ReplyDelete
  3. May album keras aku suka..dengan strategi.album strategi tu pun dah ala thrash..pasal masa tu pun demam thrash dah melanda kan..

    ReplyDelete
  4. aku suka gambar ke-3, posing lentik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dah kira paling rock la tu...hahaha...

      Delete