Rasanya saya antara warga Johor Bahru yang tertinggal kapal. Dah lebih setahun tempat ni wujud baru Januari lepas berkesempatan sampai. Ada 2 sebab kenapa. Pertamanya untuk mengelakkan kesesakan. Maklumlah benda baru. Sudah pasti ramai yang kemaruk. Kedua dan yang lebih utamanya tentang bajet. Maklumlah dengan 3 orang anak yang 2 daripadanya bukan lagi berstatus kanak-kanak. Tiket nak masuknya dah macam bayar duit "instalment" kereta sebulan.
Yang saya pergi ni Theme Park. Water Park tak masuk. Tu kira lain. Parah!.
Kawasannya boleh tahan luas. Jenuh juga menapak. Nasib juga masa tu cuaca tak berapa nak panas. Dah tambah bernasib baiknya tak ramai orang. Maklumlah hari ahad yang kami pergi tu sepatutnya Johor sekolah tetapi ditangguhkan kerana banjir. Mungkin sebab tu tak ramai orang, Tetapi yang pastinya kebanyakan yang datang pada hari tersebut adalah pelancong dari Indonesia.
Ini bukan di KL tetapi di kawasan yang dinamakan sebagai MINILAND. Terdapat banyak mercu tanda negara-negara Asia yang dibina menggunakan lego. Memang cantik lah.
Contohnya...Kota Singa
Taj Mahal India..
Ni mana ni?..Putrajaya kot...lupa pulak...haha..
KLIA pun ada...banyak lagi la...Indonesia, Vietnam, China, Brunei...banyak sangat gambar...malas pulak nak tapis satu-satu...
Bukan setakat bandar, malah ada juga model rumah-rumah tradisional setiap negeri kat Malaysia. Ni rumah negeri mana ni....saya pun tak pasti.
Selain tu boleh cuba permainan yang mencabar...roller coaster contohnya
Ni pulak roller coaster yang pendek dan tak berapa nak tinggi...sesuai untuk budak-budak dan "beginner". Ni anak bongsu saya pun naik. Tak silap ada 3 jenis roller coaster kat sini...
Sebenarnya yang paling seronok kalau ke sini adalah budak-budak. Macam-macam benda boleh main. Contohnya ambil lesen memandu. Mak bapak memang tak seronok. Semua pun mahal...air mineral pun mahal...hahaha..
Satu lagi antara permainan untuk budak-budak. Orang tak ramai, anak saya main benda-benda ni semua sampai 2, 3 kali. Ni lah untungnya pergi bukan masa cuti.
Banyak lagi permainan, malas pula nak "sorting" gambar.
Kawasannya ada terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian lain-lain permainannya. Contohnya seperti Land Of Adventure
Nampak bendalah ni memang terus terbayang Iron Maiden Powerslave la kan...heheh...
Tak payah masuk water park pun kalau naik bot ni dah basah lokos dah...nak beli baju hujan atau guna bilik pengering dia mahal pulak tu...bantai jer la jalan basah kuyup...hahaha..
Surau ada 2. Satu di pintu masuk dan satu lagi di belah dalam theme park. Suraunya pun besar dan selesa. Memang tak ada alasan la kalau nak tak nak solat.
Tempat makan pun tiada masalah. Banyak tempat ada. Yang masalah duitnya ajer. Semua mahal giler.
Banyak lagi tempat-tempat permainan yang tak larat nak tampal gambarnya kat sini. Kalau anda bernasib baik, datang ketika orang tak berapa nak ramai. Satu hari dah cukup dah untuk mencuba semua permainan.
Nasib kami baik. Setiap game beratur tak sampai pun 2, 3 minit. Ada game yang anak-anak saya main sampai 2,3 kali. Malah naik keretapi keliling theme park tu pun kami naik sampai 2 kali.
Memang cukup sekali ni lah kot pergi. Lainlah kalau nanti ada penambahan atau perubahan besar yang berlaku kat sini....tak pun tetiba kalau dapat diskaun atau tiket free...heheh..
Nanti sambung lagi...
waa,, menariklah, perna datang sini, tapi tak masuk, masa tu g johor ngan bos, singgah luar ja ambil gambar...
ReplyDeleteaku teringat waktu theme park kat dlm time square baru buka (circa 2003), pasal teringin nak naik roller coaster (dgn awek) sanggup beratur hampir 30 minit... tapi pusing2 roller coaster tak sampai pun 5 minit, pfftt
ReplyDeleteaku 1st time naik roller coaster awal 90an kat Genting...sama la...beratur berjam...naiknya seminit dua...beratur lagi mencabar dari naik roller coaster...hahaha...
DeleteBaru tau apa yg ada dlm legoland tu bila tgk gambo ni..heheh..ramai org kt kk ni tanya aku, "ko org johor tak pegi legoland ke?" Aku jwb, "yg ramai2 pegi legoland tu suma org luar,org johor tak kemaruk pun benda2 camtu".. Heheh
ReplyDeletekk?
Deleteaku pun dah pegi bulan lepas bawak famili....bayar tiket je dah potong kepala..masuk dalam kalau dahaga dan terlupa bawak air dan terpaksa beli air mineral dengan harga rm4 sebotol...hehehehe maybe kalau nk dtg lg kena tunggu dapat durian runtuh tiket loteri...hahahaha apapun kalau bawak anak memang dorg lah yg paling hepi smp xnk balik...heheehe duit lesap xkesah sbb yg penting anak puas hati..
ReplyDeletecantik sangat legoland ni.
ReplyDeleteLego ni forever la, dari dulu lagik..
teringin nak pi tapi parakkkkk la harga
ReplyDeleteKalau dah tak de duit.....main lego je kat umah...hampeh
ReplyDelete