Monday, November 2, 2015

Deathgasm

layan movie pula...


Deathgasm (2015)

Kalau filem Metalhead dari Iceland, Deathgasm pula dari New Zealand. Kedua-dua negara adalah agak asing bagi saya untuk muzik metal. Tidak pasti band apa yang berasal dari sana. Tetapi filem ini membuktikan yang mat metal sentiasa ada di mana-mana sahaja.

Jangan bandingkan dengan Metalhead. Kedua-duanya adalah genre yang berlainan. Kalau Metalhead bertemakan drama berat, Deathgasm pula lebih kepada genre horror yang diselitkan dengan unsur-unsur dark komedi. Tetapi yang pastinya kedua-duanya adalah berlatarbelakangkan muzik metal. Untuk sipnosis cerita, sila google sendiri.

Kalau saya puji ceritanya bagus mungkin anda akan beranggapan yang saya "bias". Memang pun apa-apa yang berkaitan metal pastinya saya akan "bias". Tetapi jika anda sukakan filem horror dengan elemen komedi pastinya anda tidak akan kecewa.

Awal penceritaan tentang pengenalan watak-watak dan muzik metal yang diminati mereka pada saya agak menarik. Tersusun. Tetapi bila masuk bab suku yang terakhir, saya rasa ianya tidak jauh bezanya dengan filem-filem genre gore-horror grade B Hollywood.


Tetapi yang paling saya suka adalah lawaknya. Walaupun ada unsur-unsur splatstick tetapi ianya menjadi terutamanya jika anda seorang mat metal. Makan ais krim ketika berdating dengan awek sambil mengenakan corpse paint pada saya hanya seorang mat metal yang mungkin akan sampai lawaknya. Betul tak?

Secara keseluruhannya agak menarik juga. Cuma soundtracknya saya agak kurang biasa. Mungkin kerana kebanyakannya adalah band-band underground yang saya tidak berpeluang untuk explore. Sayangnya...saya mengharapkan soundtrack ala-ala filem Metalhead. Mungkin sahaja mereka tidak cukup bajet untuk mengambil lagu-lagu dari band yang lebih terkenal. Tetapi ada juga lagu dari Trivium dan Cannibal Corpse. Setelah men"google" baru saya perasan ada juga lagu dari Emperor dan Ishahn.

Tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak. Ada unsur-unsur 18sx. Tetapi jangan lupa untuk menontonnya sehinga ke kredit akhir kerana ada kejutan.

Siapa rasa dirinya metalhead. Ini patut ditonton!







7 comments:

  1. memang entertaining filem ni. serius cakap kalo saya buat review pun confirm akan bias haha. rekomen buat semua metalheads. tak rugi tgk. saya sampai 2 kali tgk. tak membosankan hehe.

    ReplyDelete
  2. Menarik nih..nanti aku cekidot

    ReplyDelete
  3. haha. Tengok foto tu dah gelak...
    Thanks post ni. Jangan harap aku tahu wujud film ni kalau tak baca kat sini..

    ReplyDelete