Friday, November 6, 2015

Pentagram Di Atas Pusara



Pentagram Di Atas Pusara adalah novel fiksyen fantasi seram dan horror yang penuh kegelapan. Mengadungi beberapa buah cerita pendek yang ada di antaranya pernah diterbitkan didalam blog MOLOTOV COCKTAILZ . Tetapi dalam seram ada lawaknya (dark comedy). Mungkin tidak sesuai untuk pencinta novel cintan. Tetapi jika anda mahukan bacaan alternatif yang lain dari biasa. Boleh cuba beli dan baca.

Saya bukannya pengulas buku. Itu bukan bidang saya. Tetapi novel PDAP ini patut disokong. Bukan sahaja kerana penulisnya adalah sahabat blogger saya, tetapi juga kerana keberanian beliau untuk berkarya dengan genre yang sebegini. Pengisiannya walaupun fantasi tetapi ada fakta dan pengajarannya.

Mungkin beliau akan cepat kaya dan popular kalau menulis novel ala ala-ala "Suamiku Encik Perfect 10" mahupun "Rindu Awak 200%". Tetapi mungkin inilah Adi Herman sebenarnya. Seorang pemuda bersopan santun yang berasal dari Bintulu yang cukup kreatif dan berbakat. Bukan sahaja dalam bidang penulisan malah juga dalam bidang muzik terutamanya dalam pergerakan muzik bawah tanah di Bintulu.

Bukan nak bodek. Beliau sememangmya berbakat. Kalau bukan kita yang sahabat ni nak sokong beliau...siapa lagi. Tak mahal pun. Hanya RM15 senaskah. Bukan senang nak jumpa Mat Rock tulis novel. Bayangkan kalau setiap seorang pembaca blog ini membeli 10 naskah seorang...mungkin lagi cepatlah beliau dapat membeli Ferrari...hahaha,,,(gurau bro)



Tahniah Adi Herman. Semoga akan terus berkarya dan menghasilkan novel yang berikutnya. Tabik bro!

Beliau boleh dihubungi melalui blog peribadi beliau di http://molotovcocktailz.blogspot.my/  atau Facebook  https://www.facebook.com/adiherman696 atau e-mail sahaja di gautama_81@yahoo.com





6 comments:

  1. hujung bulan ni aku akan sambar... support!!

    ReplyDelete
  2. hahaha... dah sold-out bro, tunggu cetakan kedua

    ReplyDelete
  3. terbaik..
    happy aku baca 1st print dah sold out

    ReplyDelete
  4. Wah..sold out.bagus la.murah rezeki adi.alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. ya betul dah sold out. mana tak nye buat 50 units dulu utk 1st printing. nak test market dulu. alhamdulillah berkat sokongan rakan2 dgn family (melalui pembelian buku la hehe) 1st pressing dah habis dah. next week inshaAllah 2nd pressing akan ada di pasaran. thanks tuan berteromber utk ulasan yg thorbaik ni hehe...

    ReplyDelete
  6. baru saja dapat, belum baca habis..

    rasa bertuah pulak dapat 1st printing..

    terbaiklah Adi Herman!

    ReplyDelete