Monday, February 15, 2016

Erosi

Lagi album keluaran semula...


Crossfire – Erosi (1990) keluaran semula 2015

Hanya 2 album mereka yang saya tahu. Fatamorgana dan Erosi. Selepasnya memang tidak ambil tahu. Jika dibandingkan antara keduanya, saya memilih Erosi sebagai album kegemaran. Walaupun Fatamorgana mempunyai “Realiti dan Fantasi” (antara lagu slow rock melayu kegemaran) tetapi saya memilih Erosi atas 2 sebab.

Pertamanya atas nilai nostalgia kerana saya ada membeli kasetnya ketika ianya pertama kali diedarkan pada tahun 1990. Keduanya kerana saya rasakan album ini lebih berat dan metal. Mungkin juga pengaruh Khalid Mobin (Rusty Blade) sebagai penerbit. Malah saya rasakan muzik mereka memang ada iras-iras Rusty Blade pada sestengah lagunya. Sebagai contoh cuba dengarkan lagu “Lagenda Gunung Ledang”.

versi kaset 1990

Pada saya mereka adalah antara pejuang muzik heavy metal melayu yang sebenar.  Tak banyak band yang berani meletakkan hanya 3 lagu slow dalam satu album. Malah 2 lagu pembukaan adalah lagu yang heavy. Barulah naik semangat. Lagu-lagu perlahan mereka pun jenis guitar oriented. Pluckin guitar bukannya jenis guna keyboard yang mendayu. Lebih menariknya kali ini majoriti lagu-lagunya adalah ciptaan mereka sendiri. Banyak lagu menarik tetapi "Erosi", "Lagenda Gunung Ledang" dan "Kuasa Mistik" menjadi pilihan.


Sedikit tentang produksi cd terbitan semula ini. Gambar covernya sedikit berbeza dengan gambar kaset. Khabarnya diambil dari cover piring hitam. Tapi pada saya kalau nak ikut nostalgianya patut dikekalkan seperti gambar di kaset. Tentang kualiti sound pula. Biasalah diambil dari piring hitam. Cumanya kalau boleh penerbit lebih berhati-hati dengan track-track terakhir kerana biasanya sound dari piring hitam akan menjadi kering dan nyaring pada track-track terakhir. Lain-lain memang tiada nak komplen.

Untuk entri lama saya berkenaan album ini sila klik >SINI<




10 comments:

  1. Aku dah nampak ke belum ni kat kedai...a ku pun tak tahu.
    jumpa maybe beli

    ReplyDelete
  2. Heavy metal melayu.mmg aku setuju sangat.rock dulu kalo buat lagu tema mistik/hantu mmg best2

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. agaknya diambil daripada bahasa inggeris erosion, maksudnya hakisan

      nasib baik bkn erotic atau erection> :)

      Delete
    2. Aku pun terfikir ia berkait dgn erotica

      Delete
    3. jom kita cd hunting, aku pi melaka minggu dpn :)

      Delete
    4. Ok cantik tu ijau. Apa2 roger

      Delete
  4. Fatamorgana dn erosi antara yg terbaik dari crossfire.. 2 album ni wajib beli. aku dgr audionya bkn amik dri lp pun.. sebenarnya dri album koleksi crossfire zaman mso.. dri koleksi kolekter king semalaya hehe

    ReplyDelete
  5. Salam bro....gua nak contact lu tapi no emel...no phone number...boleh tak wasap atau sms gua balik?...gua akan col lu balik...Din - 019-2676673...

    ReplyDelete
  6. belum perna dgr satu album klu crosfire ni, dgr lagu realiti dan fantasi tu je..

    ReplyDelete