Thursday, February 4, 2016

Lembayung

Lagi album reissue...Khas untuk saudara Kaemm Reutn..(heheh..)


Gamma - Lembayung (1991) - keluaran semula 2015

Lagi album yang tak pernah dengar dulunya. Tertarik hendak mencuba semata-mata kerana gitaris kedua mereka. Lan Hashim adalah bekas anggota kumpulan Urgent. Album Wajah Mistikal dari Urgent pada saya cukup menarik. Ada unsur-unsur progressif yang jarang kita jumpa dalam mana-mana album rock melayu pada ketika itu. Tambahan pula beliau mencipta 4 lagu dalam album tersebut.

Sayangnya agak hampa juga ketika membelek senarai lagu-lagunya. Tiada nama Lan Hashim malah tiada juga nama anggota Gamma. Majoriti lagu (betulkan kalau saya silap) adalah ciptaan penerbit dan bukan anggota kumpulan. Adakah mereka sekadar band majalah? Itu saya kurang pasti.


Mendengar cdnya buat kali pertama membuatkan saya mengeluh. Terlampau banyak sangat lagu yang meleweh. Untuk berlaku adil saya mendengarnya berulang-ulang kali. Namun...memang agak susah juga nak masuk. Tetapi saya harus memuji vokal penyanyinya, Blank. Bak kata orang kampung saya "give credit where credit is due". Solo-solo gitarnya pun bagus, Tetapi saya tak pasti siapakah yang memainkannya.

Pada saya mereka lebih kepada pop rock. Sasaran pendengar mereka bukanlah untuk golongan seperti saya. Dan bagi saya mereka telah berjaya. Kalau tak...tak kan lah lagu-lagu seperti Penyair Cinta dan Bahang Asmara menjadi popular dan sering kita dengar di radio.

Mungkin saya bukanlah peminat dan tak akan minat. Bukannya makanan halwa telinga saya. Tetapi rasanya ramai lagi pendengar di luar saya yang minat lagu-lagu yang begini. Selera dan duit masing-masing. Tiada yang salah dalam pilihan muzik.





11 comments:

  1. belum perna dgr lagu dorang ni. aku ada beberapa list album rilisan semula ni nak beli. aku cuba dulu dgr di utube lagu2nya. sbbkan bajet terhad. aku skip mana yang nda masuk dlm kepala. hehehe.. tambah2 dpt baca rebiu kamu ni, makin mudah utk membuat pilihan..

    ReplyDelete
  2. oh... ni yang ada Bahang Asmara tu

    ReplyDelete
  3. aku mula2 nak komen sampai 4 perenggan... tapi tak payahlah, bukannya ada orang peduli pun hahaha

    (komen sekadar parodi)

    ReplyDelete
  4. Nanti aku nak gi komplen kat NSR kenapa album ni terlalu meleweh.tak sesuai untuk peminat rock kental. ( juga komen sekadar parodi) hahah..

    ReplyDelete
  5. Ade beli upenye..haha.. mmg betul lah tu konsep album ni mmg terikut dgn kehendak penerbit.. lan hashim dulu penah kata kt rock prima, mase mula2 dorg sign dgn label pmi.. dorg xsependapat dgn kehendak penerbit yg nk dorg ni lebih kpd pop rock..klu pop rock dh tentu la bnyk lgu2 meleweh.. jd mahu xmahu akur jgk la.. maybe pasal ni lan hashim blah dri gamma lepastu..xde kesefahaman dgn penerbit... gamma ni antara band yg unik la jgk pasal anggota dorg sume dri kalangan keluarga sendiri.. ape pun lagu bahang asmara tu mmg layan abess wahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hidup. dulu-dulu tak ada YouTube, Spotify dan sebagainya. terpaksa ikut kehendak orang atas yang fikir pasal keuntungan lebih dari masa depan band di bawah naungan dorang. sudahnya.. semua hilang sekarang. kat radio pun tak pernah keluar lagu-lagu yang tak kena dengan halwa telinga tu.... nasib lah. satu dua je lagu yang bagus.. hmm.

      Delete
  6. Tak pernah dengar ni band Gamma ni.
    Nanti aku nak try

    ReplyDelete
  7. Teringat kat moto suzuki panther gamma. Mostly satu era aku rasa.

    ReplyDelete
  8. Gamma gamma gamma your love after midnight

    ReplyDelete
  9. yang saya pernah dengar dan ingat dari Gamma hanyalah lagu Kembang Terhalang, Bahang Asmara dan Impian Cinta. ketiga-tiga tu lagu balad. jiwang. tapi tujuan saya komen di sini sebab saya nak tanya, mana saya boleh dapat album Kumpulan Urgent?? saya nak sangat mendengar sound dan muzik Urgent yang sesungguhnya..!

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Ada tak sesiapa kat sini yang punya lirik lagu Gamma yang jugak bertajuk Gamma dari album Lembayung ni? Kalau ada, minta jasa baik tuan/puan untuk sharekan kat sini. Segala budi baik tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete