Wednesday, February 24, 2016

Vagrant


Lagi perihal album keluaran semula...


Vagrant - Vagrant (1990) - keluaran semula 2016

Sebuah lagi album terjah. Tak pernah dengar dan tak ambil tahu pun suatu masa dulu. Tengok tajuk lagu pertama ("Percikan Cinta Di Dataran Merdeka") dah mengeluh dah. Adakah ini suatu lagi album leweh meleweh....

Tetapi sebaik sahaja menekan butang 'play' terus rasa teruja. Mula-mula dah dengar gitar solo yang bergulung. Menarik! Ianya tidak seperti yang saya jangkakam. Boleh tahan sedap lagunya. Kerja gitar dan solo yang bagus. Entah mengapa ianya mengingatkan saya kepada kumpulan Belantara. Lagu kedua pula ("Kerana Takdir") walaupun jenis perlahan ternyata sekali lagi mempunyai kerja gitar yang bagus. Rasanya inilah satu-satunya lagu mereka yang saya pernah dengar di radio.

Secara keseluruhannya sangat menarik. Tetapi yang paling buat saya teruja adalah kerja gitar gitarisnya yang bernama Kiya. Jujurnya saya tidak pernah tahu pasalnya. Sangat underated. Beliau adalah seorang shredder yang sangat bagus. Solo solonya memang dasyat. Tambah hormatnya, beliau mencipta 8 lagu dan bertindak sebagai penolong penerbit selain bertanggungjawap dalam susunan muzik. Memang berbakat. Tabik!


Muzik mereka tidaklah terlalu berat kecuali lagu bertajuk 'Vagrant' yang agak heavy. Sedap lagu ni. Bahagian akhirnya yang ada bunyian tradisional Sarawak tu memang menarik. Kreatif!. Instrumental "Nurani" pula menyerlahkan lagi kehebatan gitarisnya. Malah boleh dikatakan kesemua solo solonya memang hebat. Lagu meleweh mereka seperti "Kau Dan Aku" juga jadi sedap kerana kerja gitar beliau. Tambahan pula suara vokalisnya, Baha pun memang power.

Selain Sandiwara - Cinema, inilah cd terjah keluaran semula yang saya rasa berbaloi dan rugi tidak mendengarnya lebih awal. Seperti Cinema, Vagrant juga senasib. Sayang band yang berbakat seperti mereka tidak mendapat pengiktirafan yang selayaknya.




8 comments:

  1. Nama band kot tak macam spring, slam, boyzone gitu

    ReplyDelete
  2. tak pena dgr lagi aku lagu2 band ni.. macam best je ni.

    ReplyDelete
  3. Band ni mmg dari sarawak pun.album ni mmg best sebenarnya pengaruh malmsteen kuat dlm album ni.dulu mmg abg aku penah beli kasetnya.kerja gitarnya pun best

    ReplyDelete
  4. Aku mula kenal Vagrant ni dulu dgn vcd kompilasi karaoke.. lagu dorg Kerana Takdir pestaim dgr mcm best dan mmg best.. kerja solo dia mmg bagus.. aku pestaim rasa mcm hillary punye stail solo.. pasal dia guna skil tremolo tu..

    ReplyDelete
  5. Baha tu anak cikgu aku masa aku darjah tiga...tahun 1981...

    ReplyDelete
  6. Best. Album ni mmg fav dr dulu. Saya soooka. NSR bagus, masih menjaga kualiti rilisan. sound ok, inlay cd semua ada info penerbit etc. walaupun casing cd dia dah lain skrg ni, glossy sikit. Berbeza dengan rilisan semula dari Sony Music. jauh sgt beza dia.

    ReplyDelete
  7. Bagi sy, album 1st ni yg terbaik. Album 2nd & 3rd kureng sikit. Betul Kiya mmg hebat, rasanya dia boleh digelar Malmsteen Sarawak kut. Cuma ke'heavy'an mereka berkurang start album ke2 & masuk album 3rd dah jadi cam modern pop rock, maklumlah time tu dah masuk zaman Ukays, Slam. Tp still ada lagu2 best mcm Luahan Asmara, Mekar Dlm Bingkisan yg sayu amat. Kiya ni dengar cerita dah jadi ustaz @ pengamal perubatan Islam sekarang.

    ReplyDelete