Yang dah 21 tahun dah umurnya....
Firehouse - 3 (1995)
Ada tak album yang anda beli kerana sukakan satu lagu? Bagi saya ini adalah albumnya. Saya jarang membeli album hanya kerana nak kan satu lagu. Tetapi yang ini satu pengecualian. Membelinya semata-mata kerana inginkan lagu I Live My Life For You.
Tujuannya hanyalah untuk di masukkan ke dalam "mix tape" yang dibuat untuk dihadiahkan kepada kekasih hati. Biasalah zaman-zaman "seluar koyak main cinta"...Siapa-siapa yang hidup zaman tu mungkin pernah buat kot...hahaha...
Sehingga sekarang kalau lagu ni keluar di radio, sudah semestinya saya dan isteri akan menyanyikannya bersama-sama. Ianya sudah menjadi lagu rasmi untuk kami berdua. Malah anak-anak pun tahu. Anak sulong pun suka sangat akan lagu ni.
Berbalik pada albumnya, walaupun Firehouse ada lagu-lagu sedap macam All She Wrote dan balada macam Love Of A Lifetime, When I Look Into Your Eyes, Sleeping With You, tetapi saya agak kurang berminat untuk membeli album-albumnya. Entah kenapa untuk generasi ketiga glam/hair metal ni saya hanya tertarik untuk mendengar satu band sahaja, iaitu Slaughter. Mungkin kerana pada ketika itu saya masih kemaruk untuk mendengar band-band yang lebih extreme.
Walaupun begitu bila mendengarnya sekarang rasa sedap juga. Mereka lebih kepada molodic hard rock dan lagu balada mereka memang berhantu. Here For You pun sedap juga. Sayang band-band sebegini tenggelam selepas tahun tahun 90an...
Ni kalau terjumpa cdnya pasti akan dibeli. Pastinya untuk kenangan lagu I Live My Life For You.
sy pnggemar i live my life for you, love of a lifetime,here for you, when i look into your eyes, love don't care, the day the week and the weather..koleksi firehouse saya semua album kompilasi n x pernah beli full album...dulu masa study dkt uitm sy perkenalkan member sy(seorang kristian) utk dgr lagu you're my religion..n dia minat lagu tu...
ReplyDeleteI Live My Life For You
ReplyDeleteLove Of A Lifetime
When I Look Into Your Eyes
entah kenapa 3 lagu ni kalau dengar balik, macam ada nostalgia yang aku dah lupa...
Terbaik ok Firehouse ni. Mass appeal dorang sangat luas. Rock ke tak rock ke semua minat ni band
ReplyDeletebestnya percintaan zaman dulu, siap bagi mixtape..
ReplyDeleteLove of a lifetime mmg nostalgik siot..teringat awek lama kasi lagu ni.heheh..tapi album ni mmg killer album la.radio thr hari2 main lagu i live my life for you tu
ReplyDeletefuhh..!! memang feeling habis layan lagu tu.. dan khas utk pasangan paling romantis.. mr.berteromber & his wife..
ReplyDeleteklu versi melayu boleh bg lagu "kita ditakdirkan jatuh cinta" springs hehe
ReplyDeletefIREhOUSE Good Accoustic pun layan juga, try cari CD dia dan dengarkan 7 Bridges Road (The Eagles) versi Firehouse
ReplyDelete95- hard rocker yg pulun wud be Aerosmith ngan Jovi kot.. lain semua grunge rule
ReplyDelete