Lagi cd keluaran semula...
Febians - Satu Antara Sejuta (1991) - keluaran semula 2016
Lagi album yang saya tidak pernah tau. Ini kali pertama mendengarnya. Hasil carian di internet mengatakan ianya album ketiga mereka. Produksinya bagus. Lagu pun sedap-sedap belaka terutamanya jika anda pengemar lagu rock perlahan. Seperti album mereka yang lainnya, Febians sememangnya melebihkan lagu-lagu perlahan. Ada 5 lagu kesemuanya tetapi saya secara peribadinya hanya menyukai dua daripadanya. Salah satunya, "Masih", entah mengapa lagu ini mengingatkan saya kepada lagu Nasha Bandi ketika beliau bersama Nuzzantara (Batu Batu Perjuangan). Susunan muzik dan solo gitar yang bagus dan di tambah dengan melodi yang memang sedap. Sekali dengar dah menangkap.
Yang kedua pula satu-satunya lagu yang saya pernah dengar dari album ini,"Penantian". Sememangnya ini killer song untuk album ini. Lagu perlahan yang cukup sifatnya untuk dipanggil sebagai sebuah lagu "slow rock" yang sebenar. Tak perlu bunyian keyboards meleweh. Cukup sekadar petikan gitar dengan solo yang mendayu. Memang layan kalau tak..tak kanlah ada band rock dari Indonesia turut merakamkan lagu ini dalam versi mereka.
Namun begitu Febians tidak pernah mengecewakan saya dengan lagu-lagu berat mereka walaupun kurang bilangannya. Antaranya "Perjalanan Segitiga". Speed metal dengan riff thrash ditengahnya. Tetapi saya cukup tertarik dengan lagu ala-ala Manowar, "Senjata Zaman". Jarang ada band rock melayu yang memainkan muzik yang sebegini.
Tabiknya saya kepada Febians adalah kerana kebolehan mereka mencipta lagu terutama vokalisnya, Nasha Bandi. Suara pun hebat tak kira lagu perlahan mahupun berat. Salah seorang vokalis metal terbaik yang ada di Malaysia. Tetapi untuk album ini pada saya keseluruhan kumpulan patut dipuji. Mereka memang sangat underated. Kerja gitar dan solo dari Aziz dan Yan pun bagus. Lagu instrumental "Demokrasi Songsang" yang ala-ala Malmsteen membuktikannya
Dengan ini cukup sudah keseluruhan discography Febians saya. Diharapkan dengan lahirnya cd-cd reissue ini, Febians akan kembali bersatu. Tak boleh dinafikan sememangnya mereka adalah antara sebuah kumpulan rock terbaik yang pernah muncul dari era "Johor Rock City" tahun 80an dulu.
teringin jugak gua nak beli satu hari nanti.. tunggu duit penuh sikit.. hehehe!!
ReplyDeleteHei aku peminat no.1 satu febians tau.. hehe.. mmg eksited gle aku album2 febians ni rilis semula dlm bentuk cd.. sume lagu aku suke.. jiwang ke heavy ke aku bedal..
ReplyDeleteDari segi sound ni album mmg dia punye sound gitar mcm yngwie lah.. tp si aziz mmg ade stail dia tersendiri dia tk terikut sgt dgn gaya malmsteen.. dia punye solo terkulut2 tu mmg stail dia haha
Febians pada aku yang best adalah permainan bassnya.
ReplyDeleteBassline lagu2 ballad Febians cukup berbunga.
Macam mana kualiti album ni tuan rumah??harap2 takda jumping/skipping, sbb nak lengkapkan juga koleksi Febians nie..
ReplyDeleteMcm febian semua sound ckp sifat x cacat cela..empat2 album.sound best...yg trkini ramli sarip cd reissue album warisan last song lagenda sepanjang zaman ada OKU sikit sound dia..
ReplyDeletetq bro untuk info album2 tu..
DeleteYg ni dah berapa kali nampak tapi tak beli.ko dah review ni boleh la aku beli..heheh
ReplyDeleteaku satu pun belum beli lagi febian ni, jauh tertinggal sudah aku..
ReplyDelete