Wednesday, April 6, 2016

Refresh The Demon

yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 11hb Mac yang lalu...


Annihilator - Refresh The Demon (1996)

Tak adil lah jika nak dibandingkan dengan 3 album awal. Itu semua dah masuk kategori klasik thrash. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan rilisan metal lain yang sama tahun dengannya, Refresh The Demon berada antara yang di atas.

Saya agak terlambat untuk mengikuti album ini. Selepas album Set The World On Fire (zaman Roadrunner), album-album berikutnya tidak lagi dipasarkan di Malaysia atau mungkin saya yang tak jumpa. Malah ketika zaman Tower Records, KL Plaza pun cd yang ada cuma 3 album awal mereka.

Ini adalah album kedua selepas King of the Kill yang Jeff Waters menyanyi sendiri. Malah bolehlah dikatakan ianya solo projek Jeff Waters yang menggunakan nama Annihilator. Mungkin kerana kesukaran untuk mendapatkan band member yang tetap. Tapi tak kisahlah. Seperti Dave Mustaine dan Megadeth, Jeff Waters adalah Annihilator dan Annihilator adalah Jeff Waters. Mungkin kerana itu dikhabarkan 2 kali dia menolak pelawaan Dave Mustsine untuk masuk Megadeth.


Album ini penuh dengan rif-rif teknikal thrash dan shredding gitar. Ada lagu-lagunya mengingatkan kita kepada era Alice in Hell dan Never Neverland. Sangat melodic juga. Malah vokal Jeff Waters walaupun bukanlah yang terbaik tetapi sudah secukup rasa untuk genre sebegini.

Refresh The Demon, Pastor Of Disaster, A Man Called Nothing dan Ultraparanoia antara yang menjadi pilihan. Tetapi seperti biasa Jeff Waters tidak pernah mengecewakan bila membuat lagu balada. Innocent Eyes memang sedap.

Tidak mengecewakan!




6 comments:

  1. Dhasyat Annihilator. Jeff waters tahap legend mustaine kot cuma tak sepopular aje

    ReplyDelete
  2. Aku cari set the world on fire tak dpt2 lagi sampai skang

    ReplyDelete
  3. xpernah dengar band dan lagu2nya.. aku ni jahil hehe

    ReplyDelete
  4. Annihilator masih menyengat.. sama Stryper!! powerr

    ReplyDelete