Monday, April 18, 2016

5150

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb mac yang lalu.


Van Halen - 5150 (1986)

1986 adalah tahun yang saya mula kemaruk untuk mendengar pelbagai album rock/metal orang putih. Salah satu darinya adalah 5150. Ianya sebuah kaset versi cetak rompak kepunyaan abang. Van Halen terutamanya album 5150 adalah kegemaran beliau.

Walaupun saya mula kenal Van Halen melalui lagu "Jumps" dan "I'll Wait" dari zaman David Lee Roth. Tetapi album inilah yang membuatkan saya betul-betul terjebak dengan mereka. Sebelum itu saya lebih banyak membaca gossip tentang Eddie Van Halen di dalam majalah hiburan berbanding mendengar lagu-lagu mereka. Maklumlah Eddie memang agak glamour pada ketika itu terutamanya apabila beliau berkahwin dengan pelakon sitcom "One Day at a Time"Valerie Bertinelli. Sesiapa yang membesar di awal 80an pasti tahu tentang cerita ini.


Tak banyak band yang menukar vokalis di zaman kemuncak tetapi masih boleh bertahan malah lebih berjaya dari zaman vokalis asal. (ACDC adalah salah satu darinya). Ini adalah permulaan dari 4 album zaman Sammy Hagar. Kalau 1984 kurang bernasib baik sekadar menduduki carta no 2 Billboard 200 di belakang Michael Jackson - Thriller tetapi 5150 terus melonjak ke tangga pertama walaupun tanpa kelibat David Lee Roth.

Kekuatan album ini selain petikan gitar Eddie Van Halen, pada saya terletak kepada vokal dan kebolehan Sammy Hagar menghasilkan lagu-lagu yang melodic. "Why Can't This Be Love"  , "Dreams" dan "Love Walks In" adalah 3 lagu terbaik mereka yang saya rasakan sukar untuk mereka ulangi pada album-album mereka yang seterusnya.


Saya tidak mempunyai versi kaset. Versi cd pula sudah hilang "cover"nya. Tetapi saya mempunyai versi piring hitam. Jelas dan nyata gambar Rick Valente bergaya sebagai Atlas mengangkat dunia. Masa budak-budak dulu rajin juga membelek gambar cover tersebut kerana saya sering menyangka yang ianya gambar si Hulk, Lou Ferrigno. Sekarang terasa macam gay pula bila membelek-belek gambar covernya...hahahaha....





11 comments:

  1. apa-apa pun.. david lee roth yg terbaik.. "jump"

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. 5150 tu nama Eddie Van Halen punya home studio....kalau tak silap bersempena nama satu seksyen dari undang2 California, seksyen 5150 pasal orang gila...

      Delete
  3. Hahah..aku pun dulu ingat lou ferringno jugak.valarie bertenili pun hot jugak tu

    ReplyDelete
  4. 5150 tu pun djelmakan dlm bentuk amplifier..sampai skang eddie tu dpt royalti dari penggunaan 5150.. best tu sound amplifier.. bleh bikin sound mcm solo isabella tuuu

    ReplyDelete
  5. 5150 , ou812, balance
    ni tiga giler nye best pada aku

    ReplyDelete
  6. Arghhh... aku masih x leh hadam Van Halen

    ReplyDelete
  7. Dalam koleksi cd ada satu saja album Van Halen, A Different Kind of Truth..

    ReplyDelete
  8. Aku tahun 90an baru kenal VH nie, tak berapa minat sangat, bila dengar suara DLR tu rasa macam suara negro, Hagar ok skit..tapi kena layan juga, Eddie dan VH nie yg byk mempengaruhi kumpulan2 lain...

    ReplyDelete