Kalau siapa-siapa tersesat ke Muar dan suka pula pada barang-barang antik dan lama, cuba-cubalah singgah di Pasar Karat Santai.
Ianya terletak di lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) atau lebih mudah jalan dari Muar hendak menuju ke Melaka.
Terkial-kial juga kali pertama mencarinya. Maklumlah tiada mercu tanda untuk dijadikan tanda. Tetapi yang pastinya ianya terletak di kawasan Kesang. Rasanya ada kot dalam 5 km dari bandar Muar (agaknya la). Terletak betul-betul di tepi jalan besar (belah kiri jika anda dari Muar hendak ke Melaka).
Seperti gambar, inilah deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barang-barang antik dan lama. (kalau tak silap ada la dalam 8, 9 buah kedai kot..) Rasa macam American Pickers pun ada juga suasananya.
Macam-macam barangan ada. Dari kereta hinggalah ke barang elektrik dan pinggang mangkuk. Macam-macamlah. Semuanya memang mengimbau kenangan lalu terutamanya jika anda membesar di zaman 70an atau 80an. Rasanya barangan dari tahun 50an dan 60an pun banyak juga.
Basikal antik ni kalau tak silap dijual pada harga RM550. Kecuali tempat duduk yang lainnya telah diganti baru tetapi masih mengekalkan ciri-ciri yang asal.
Ini antara yang cukup bernostalgia buat saya. TV National berjenama Quintrix. Model tv berwarna yang sama dengan kepunyaan keluarga kami. Tak ingat sangat akhir 70an ataupun awal 80an. 14 inci je kot. Tetapi zaman tu dah kira hebat dah. Rumah orang lain masih guna tv hitam putih kita orang dah warna. Tu pun dah macam panggung wayang bila kawan-kawan datang menonton bersama.
Geledah juga piring hitam (sebenarnya ni lah tujuan asalnya). Sayangnya tak banyak tajuk yang menarik. Kebanyakannnya lp 70an orang putih yang saya tidak kenal langsung penyanyinya. Jual pun harga lelong dalam RM10. Tapi bila yang ada nama macam Duran Duran ni...hmmm...harganya naik melambung...hahaha...tapi masih lebih murah kot kalau nak banding dengan Amcorp Mall. Tapi tu la...mungkin masa hari saya datang tu tak kena...tak banyak pilihan...
Mungkin kalau bila-bila balik kampung ke Muar...akan singgah lagi ke sini....Ok tu ajer...
menarik
ReplyDeleteaku paling minat kat Tv national quintrix tu.. sejibik sama dgn model yg kami guna dlm tahun 80an dulu.. betul-betul rare tu.. berapa harga TV tu bert..?
ReplyDeletetak pasti pulak...tak tanya...
DeleteTentu seronok. Agak nye kalau aku kat tempat ni mahu 4 , 5 jam aku tengok tu tengok ni haha
ReplyDeleteNi yg kat jln shortcut kesang-melaka tu eh.best la dah ada pasar karat skang ni
ReplyDeleteTv rumah aku dulu sama la brand tu jugak
Deletenational quintrix memang top masa awal 80an dulu...
DeleteSempoi habis ler..
ReplyDeleteCari dulang rupanya ye....
ReplyDeletekadang2 jadi trend pula jual barang2 antik/rare dengan harga yg kurang munasabah kan? kalau jual mahal tapi tak ada pembeli, tak guna juga kan?
ReplyDeletekalau selalu tonton pickers atau pawn star pasti faham
sempoi..teringat masa kecik dulu, tv hitam putih yg ada kat rumah, ada kaki, ada pintu, channel kena pusing..rasanya tahun 83/84 ke atas baru merasa pakai tv color camnie..
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeletesyok tengok rancangan Pickers, pergi rumah ke rumah cari barang antik..
ReplyDeleteBuka pukul berapa ? Tutup pukul berapa ni ??😜
ReplyDeletePedang ada ambik ke
ReplyDelete