Thursday, April 14, 2016

Jehovah The Satyr - Demo 2015

Seperti janji saya kepada Tuan Raimi....


Jehovah The Satyr - Demo 2015

Saya bukanlah pandai sangat untuk mengulas. Tambahan pula kumpulan yang berasal dari Sukabumi, Indonesia ini memainkan konsep modern death metal. Satu genre yang bukannya makanan saya. Malah saya telah lama meninggalkan death metal untuk halwa telinga saya sejak pertengahan tahun 90an lagi. Cuma ada beberapa band lama dari zaman remaja yang masih saya ikuti.

Mendengarnya dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Maklumlah tiada mana-mana band atau album death metal alaf baru yang boleh saya jadikan rujukan.

Pusingan pertama pendengaran (7 lagu dengan 2 daripadanya intro dan outro instrumental piano), saya dah rasa tertarik terutamanya di bahagian kerja gitarnya. Solo-solo yang sangat melodic menjadikan lagu-lagunya agak mudah hadam walaupun muziknya agak keras dan aggresif. Produksinya pun bagus. Permainan muziknya pun mantap. Sound sedap. Ini jelas membayangkan yang mereka terdiri dari pemuzik yang benar-benar berbakat. Cumanya saya kurang pasti adakah mereka mengunakan drum yang sebenar. Tetapi yang pastinya kekuatan album ini adalah kerana kerja gitarnya.



Saya tidak pandai untuk melabelkan muzik mereka. Mengikut gambar seolah-olah berimejkan muzik country. Tetapi jangan dipandang dari rupa. Menurut mereka ianya "musik yang terlalu lembek dari Death Metal, dan terlalu cepat untuk metal". Mungkin kalau tak keterlaluan saya katakan muzik mereka adalah Melodic Death Metal alaf baru. Dan tidak keterlaluan juga kalau saya katakan yang mereka adalah "the next big thing" dari scene extreme metal negara seberang.

Tabik untuk saudara Raimi kerana berjaya mengesan mereka. Saya rasakan tidak perlu lagi saya berasa was-was dengan pilihan band di bawah label beliau. Sebuah lagi band di bawah Faithcraft Productions, Surtur (Bangladesh) juga menarik apatah lagi mereka membawakan muzik thrash kegemaran saya.

Sila dapatkan pakej CD ini dari di Faithcraft Productions atau hubungi saudara Raimi untuk sebarang urusan pertanyaan dan pembelian. Email: faithcraftproductions@yahoo.com / Whatsapp: 019-2281979





8 comments:

  1. mungkin off-topik: dalam konteks sesebuah band, lagi bagus kalau ada bandmates yg jenis main tak seberapa tapi kreatif boleh buat lagu/lirik sendiri... berbanding yg hebat main, tapi sekadar main cover song saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab ni aku setuju...ambik contoh Nikki Sixx dari Motley Crue...beliau setakat pemain bass yang asal boleh...tetapi beliau memang cukup hebat dalam bab mencipta lagu...

      Delete
  2. ada baca juga dlm zine ptm cerita band ni, kamu rebiu ni mmg menambahkan keinginan lebih utk mengenal band ni..

    ReplyDelete
  3. Band2 metal indon skang hebat2.burgerkill pun dah main sampai kat wacken german

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pun ada band sebegini di alaf baru ni.. ulasan terbaik dari bert.. dongibab bro

    ReplyDelete
  5. Yang penting solo mau maut bro.. melodic tu baru seni.. setengah band ni main mcm setengah mati aje tp kedengaran lintang pukang..seni xde.. untuk Jehovah ni mmg bagus la dorg punye resepi pun.. pasti pedengar boleh layan dan boleh masuk dgn lagu2nya

    ReplyDelete
  6. Hai, berteromber dan semua pengunjung, saya salah satu bagian dari Jehovah The Satyr. Thanks untuk respons kalian terhadap musik kami. Karena dengan begitu, kami lebih bersemangat dalam berkarya. Terimakasih juga untuk ulasan Berteromber, semoga feedback selanjutnya lebih baik. Sekali lagi, terimakasih :)

    Hail,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kembali. Semoga Jehovah The Satyr akan terus sukses...

      Delete