Monday, March 13, 2017

Disciplined Breakdown

Yang 20 tahun 2 hari yang lalu, 11 hb Mac...


Collective Soul - Disciplined Breakdown (1997)

Menjelang penghujung 90an, band-band yang digelarkan sebagai alternatif atau modern rock yang meletup di awal 90an telah mula menjadi suam-suam kuku. Collective Soul tidak terkecuali. Jangka hayat popular mereka hanya sehingga penghujung 90an.

Lagu "Shine" dari album pertama mereka, "Hints Allegations and Things Left Unsaid (1993)" menjadikan mereka popular. Manakala album kedua mereka pula, "Collective Soul (1995) adalah kemuncaknya. Lagu-lagu seperti "The World I Know", "Smashing Young Man", "December" dan "Gel" menjadikan ianya mencapai tahap 3x platinum (jualan di US sahaja).


2 tahun selepas itu bermulanya zaman kejatuhan. Walaupun Disciplined Breakdown masih mencapai tahap platinum. tetapi tiada lagu mereka yang betul-betul mencapai tahap "Shine" atau mana-mana lagu dari album sebelumnya. Konsep lagu mereka sebenarnya masih sama. Tetapi penerimaan khalayak ramai tidak lagi seperti dulu. Trend muzik sememangnya sentiasa berubah.

Mereka adalah band rock era 90an yang saya suka selain dari Soul Asylum. Imej rambut panjang (di awal kemunculan) dan lagu-lagu yang masih mengekal solo antara yang membuatkan saya tertarik.  Melodi pun sedap.

Ini adalah album terakhir mereka yang saya beli. Tak mengikuti perkembangan mereka selepas dari ini.




6 comments:

  1. Tak tahu. Tapi aku tahu Runaway Train Soul Asylum, dan aku tahu No Rain yang Bee Girl tu dan Lemon Tree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No Rain tu blind Melon..grunge hippies..Led Zep+ psychedellic rock+ alt+ funk sket+ grunge Lemon Tree tu German yg try Beatles sikit.. oklaa naik sekejap..

      Delete
  2. Band ni mmg aku tau lagu shine tu je.tu pun selalu keluar kt THR dulu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Dorang antara acting utama alternatif rock..shine & gel memang masterpiece.. Tp album ni pon sedap sebenarnya..susunan muzik dia simple tapi menarik.. Liste, Blame antara single yg berjaya

    ReplyDelete