Monday, March 20, 2017

Tribute

Yang dah 30 tahun dah usianya semalam, 19th Mac


Ozzy Osbourne Randy Rhoads - Tribute (1987)

Dah 30 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Ketika itu ianya diterbitkan bersempena ulang tahun kematian Randy Rhoads yang ke 5. Bermakna hari ini dah 35 tahun dah beliau meninggalkan kita.


Seorang gitaris yang cukup berbakat. Gitar hero saya di zaman awal remaja. Tetapi hanya tahu tentang beliau selepas beliau tiada. Pernah cerita berkenaan album ini 5 tahun yang lalu >SINI< dan berkenaan Randy Rhoads >SINI<.

Selain dari vokal Ozzy yang dah di "touch-up", lain-lainnya adalah asli. Apa yang dipersembahkan pada ketika itu adalah apa yang dapat kita dengar dari album ini. Ianya adalah bahan bukti tentang kehebatan kerja gitar Randy. Ada antara solo-solonya kedengaran lebih menarik dari  solo lagunya yang asli.


Jika anda tertanya-tanya apa yang hebatnya tentang Randy hinggakan Ozzy dan Sharon sendiri sentiasa bercerita perkara baik-baik sahaja tentang beliau hingga ke hari ini, sila dengar album ini...








3 comments:

  1. Puas cari album ni.kat amcorp bila tanya je abes.mmg wishlist aku nak album ni

    ReplyDelete
  2. Superb live album. Best giler. Goodbye To Romance dalam album ni dahsyat

    ReplyDelete