Friday, June 30, 2017

Album of the Year

Yang dah 20 tahun pada 3hb Jun yang lalu...


Faith No More - Album of the Year (1997)

Seperti album sebelumnya, King For A Day, Fool For A Lifetime (1995), kaset ini juga dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi yang bezanya, King For A Day, Fool For A Lifetime adalah album yang “grower” hinggakan saya rasa perlu untuk membeli cdnya.

Tetapi kes yang sama tidak berlaku kepada Album Of The Year. Ironi dengan tajuknya, saya rasakan album ini agak membosankan. Faith No More tidak lagi menjadi sebuah band yang pelik (weird), caca marba dan sukar dijangka. Album Of The Year lagu-lagunya agak “straight forward”, “mellow” dan tiada yang kekal dalam ingatan. Kalau yang menarik perhatian pun mungkin lagu "Ashes to Ashes" yang seakan-akan lagu dari era Angel Dust (1992).


Sejak ketiadaan Jim Martin, Faith No More sekali lagi bertukar gitarist. Tetapi yang pastinya sekali lagi lagu-lagunya tidak mempunyai solo. Satu lagi faktor tambahan yang mengurangkan minat kepada album ini.

Tak langsung mengikuti perkembangan mereka selepas dari ini...kurang minat dah. Tetapi kalau ada re-union bersama Jim Martin...mungkin itu cerita lain...







Saturday, June 24, 2017

Tempeyek Raya

Pejam celik pejam celik dah raya dah...

Bila dah jadi warga tua (hehe) ni banyak benda yang kita buat sendiri. Contohnya bab kuih raya. Kena pulak kalau kuih-kuih tradisi. kalau kita tak belajar buat...siapa lah yang nak menyambung tradisinya...

Bukan tak boleh nak beli ajer...tapi kalau bercerita bab kuih tempeyek (ada tempat panggil rempeyak), nak beli yang resepi asal yang dulu-dulu mak dan arwah atok buat memang susah nak dapat dah. Ni tekak orang Muar, tempeyek Muar asli mana ada ikan bilis. Masa budak dulu-dulu beraya rumah orang satu kampung memang semuanya tempeyek takder ikan bilis. Ntah kenapa sekarang dah lain. Yang jual sekarang semua ada ikan bilis. Dah lain dah rasanya...


Makanya yang paling senang nak rasa apa yang masa budak-budak dulu rasa adalah dengan buat sendiri. Mak masih ada buat. Tapi apa salahnya belajar buat sendiri.


Guna cara tradisi. Tak payah acuan. Tebar jer kat keliling kuali. Ni memang nak ada skill dia. Tapi kalau dah dari kecik-kecik dulu dah tolong mak buat. Berpuluh tahun. Expert dah.


Yang best bila buat sendiri ni boleh tabur kacang tanah banyak-banyak. Kalau yang buat meniaga tu siap kira berapa biji sekeping...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN




Wednesday, June 21, 2017

Pride

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 21hb Jun...


White lion - Pride (1987)

30 tahun dah. Tak sangka betul. Rasa macam baru jer lagi. Saya sememangnya fan boy mereka. Minat gila dengan petikan gitar Vito Bratta. Pertama kali dengar solo beliau dalam lagu “Lady Of The Valley” dah tahu yang dia bukannya seorang gitaris yang biasa biasa. Dari situ terus jadi suka. Beliau adalah salah seorang gitar hero saya.


Memang suka album ni. Semua lagu sedap. Solo-solo melodic shred yang dasyat. Walaupun vokal Mike Tramp bukanlah yang terbagus. Agak meleweh. Vokal pemalas kata seorang rakan. Tetapi lagu-lagu ciptaan beliau memang sedap. Sekali dengar dah menangkap. Mungkin itu satu lagi faktor kenapa saya sukakan mereka. Ianya antara cd terawal yang dibeli bila bermulanya zaman cd.


Kaset ini pula ada ceritanya. ianya kepunyaan seorang pensyarah wanita ketika saya menuntut di ITM. Dia memang agak rapat dengan saya dan rakan-rakan. Selalu melepak di bilik beliau waktu di antara kelas atau jika tiada kelas. Pelajar lain datang untuk tanya soalan, tetapi kita orang datang untuk dengar lagu. Mungkin kerana usia beliau yang muda. Baru grad. Maka senang nak masuk dan sekepala. Tambah pula dia tahu sikit-sikit pasal rock. Kaset Pride ni dia beli masa dia menuntut di UK. Popular masa dia kat sana katanya. Puas juga mengecek buat souvenier. Akhirnya kami tukar pakai. Saya bagi kaset Metallica Black Album, dia bagi saya kaset ini. Kalau dengar lagu-lagu dari Pride ni memang teringatkan kenangan zaman tu. Tak tahu dah kat mana dia sekarang. Lost kontek lepas tinggalkan ITM.

Sangat berharap yang Vito akan kembali untuk buat re-union. Rasanya yang lain tiada masalah. James  LoMenzo pun sejak lepas Megadeth rasanya tiada band tetap. Greg D'Angelo pun. Cuma Mike Tramp sibuk sikit dengan album-album solo. Tapi ntah la…tak tau bila Vito nak kembali…

ROCK N ROAR!!!




Monday, June 19, 2017

Akuarium

Salahkan Mus Speedrider...ini sememangnya dia punya pasal...haha...


Dulu pernah bela ikan. Sampai ada 2 akuarium bersaiz besar. Tetapi kerana kekurangan masa atau sebenarnya kemalasan untuk menyelenggara, hobi hangat-hangat taik ayam ini terbengkalai. Tambah pula bila tiada ruang untuk menyimpannya (rumah kecik) dan bila letak diluar jadi sarang nyamuk. Akhirnya semua pun bagi kat orang.


Tetapi baru-baru ini bila anak ada projek sekolah yang kena beli ikan peliharaan dan ikan tersebut selepas 1 bulan diletakkan dalam bekas kecik seperti di atas masih panjang jangka hayatnya. Rasa kasihan pula. Selongkar stor masih tersimpan rupa-rupanya batu-batu dan perhiasan dari akuarium lama. Bila cerita kat anak nak beli akuarium...sudah semestinya dia yang paling gembira.


Akhirnya terbeli juga. Yang kecik cukuplah. Malas nak beli yang besar. Pengalaman dulu menjadi pengajaran. Kemalasan boleh datang secara tiba-tiba...haha...


Beli beberapa ekor kecik. Tambah perhiasan sikit. Pasang lampu.....taraaaa....siap!


Boleh lah takat untuk sukakan anak. Sambil tu layan benda ni sambil background lagu hantu berubat dapat juga menghilangkan stress seharian berkerja..haha...



Tapi bila bukak FB Mus Speedrider...rasa stress semula...macam-macam pulak rasa nak kena upgrade kat akuriaum ni...iskh...iskh...dah lah lp dia racun...bela ikan pun dia racun....argggggh....hahaha...




Saturday, June 17, 2017

Cryptic Writings

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 17hb Jun...


Megadeth - Cryptic Writings (1997)

Dulu tak suka pun album ni. Rasa macam pop sangat. Selepas tu memang pencen dengar Megadeth.

Tetapi selepas album The System Has Failed (2004), mula menjejaki semula Cryptic Writings. Mula dengar betul-betul. Peningkatan usia membuatkan fikiran lebih matang dan terbuka. Sekarang baru paham apa yang cuba dilakukan oleh Dave Mustaine. Mereka masih metal tetapi dengan cara yang lebih mudah diterima oleh golongan biasa. Lagu-lagunya lebih mudah. Melodic dengan singalong chorus.


Pernah terbaca yang beliau cuba untuk lebih menyanyi. Maklumlah nyanyian bukanlah kekuatan utama beliau. Untuk itu beliau mengurangkan bahagian gitar. Maka tak hairanlan album ini tidaklah seteknikal seperti album-album sebelumnya.

Masih ada lagu yang thrash dan laju. "The Disintegrators" dan "FFF" adalah trademark biasa Megadeth. Manakala "She-Wolf" adalah antara hasil kerja gitar terbaik Marty Friedman. Sedap solo lagu ni. Tak hairanlah ianya menjadi salah satu lagu wajib untuk konsert mereka sekarang.


Banyak lagi lagu sedap, "Trust", "Almost Honest", "I'll Get Even". Faktor umur sememangnya memainkan peranan. Lagu metal yang lebih santai begini (bukan yang meleweh yer..) mungkin memang sesuai untuk golongan yang lebih berusia.

Dulu tak suka...tapi sekarang memang suka...tapi kalau black album, load, reload....memang dah tua-tua pun tetap tak suka...hahaha...


Wednesday, June 14, 2017

Once Upon A...

20hb May yang lalu...maka genaplah 20 tahun album ini di edarkan.


Cinderella - Once Upon A... (1997)

Tidak dinafikan Cinderella adalah sebuah band yang pernah mewarnai  zaman remaja saya. Lagu lagu mereka menjadi sebahagian dari soundtrack kehidupan di zaman sekolah. Pernah juga di denda guru kerana menconteng meja dengan logo mereka.

Once Upon A... adalah album kompilasi lagu-lagu terbaik/popular mereka dari era Night Songs (1986) hinggalah ke album Still Climbing (1994). Ada juga dimuatkan lagu bonus termasuk lagu cover dari Janis Joplin.


Seperti biasa album kompilasi sebegini sememangnya sesuai untuk mereka yang baru nak kenal dan juga casual listener. Semua lagu popular ada. Tetapi untuk peminat seperti saya mungkin untuk lagu lagu bonusnya.

Tetapi kalau di beri pilihan, untuk saya mungkin lebih banyak lagu dari album Night Songs dan Still Climbing yang akan di pilih. Kerana pada saya 2 album ini lebih di sukai kerana ianya lebih hard rock berbanding Long Cold Winter dan Heartbreak Station yang lebih ke arah blues.


Kekurangan paling nyata bagi saya untuk kompilasi ini adalah kerana tiadanya lagu "Night Songs". Ini lagu kegemaran saya. Mungkin lagu "Dalam kehadiran Sofiah" versi orang putih, "Long Cold Winter" juga sepatutnya masuk dalam list.

Sayang kumpulan ini tidak kekal lama. Saya masih mencari cd "Live At The Key Club" yang pada saya membuktikan betapa bagusnya Tom Keifer dan rakan-rakannya ketika beraksi secara langsung di atas pentas.

Terbaik!




Monday, June 12, 2017

Wolfheart




Moonspell - Wolfheart (1995)

Satu lagi keluaran dari NSR yang menerbitkan semula album-album (kaset) terbitan label VSP. Tak pasti adakah keluaran sebegini boleh dipanggil asli. Tetapi kalau tiada yang macam ini, memang tak akan adalah cdnya dalam simpanan. Maklumlah nafsu besar, macam macam nak beli...tapi poketnya ciput.

Album ini ada nostalgianya. 20 tahun yang lalu di tempat kerja saya yang lama. Ada seorang rakan sekerja yang mengenalkannya kepada saya. Ternampak dia membeli tape VHS, Cliff 'Em All baru tahu rupanya kami mempunyai citarasa muzik yang hampir sama. Dia jauh lebih muda dari saya. Tengok gayanya memang tak sangka dia peminat muzik metal, black metal terutamanya. Tapi mugkin juga sebaliknya. Mungkin dia yang lebih tak percaya yang saya ini meminati muzik yang sebegini. Maklumlah penampilan saya yang lemah lembut sopan santun dan baik budi pekertinya...hahaha....

Ketika itu saya agak ketinggalan dalam scene metal semasa. Kami bertukar kaset dubbing. Saya mengenalkan beliau kepada Iron Maiden dan Metal 80an manakala beliau mengenalkan saya apa dia metal yang terkini. Wolfheart dari Moonspell adalah salah satu darinya.



Mendengarnya hampir setiap hari ketika menempuh jem pergi dan balik kerja - Kg Pandan (rumah) >  Plaza See Hoy Chan, (Opis Isteri) > Danau Kota (Opis sendiri) menyebabkan jadi suka. Muzik melodic metal sebegini sememangnya mudah untuk hadam.

Pada ketika itu saya tidak pasti apa genrenya. Ingatkan Moonspell adalah black metal. Tetapi saya tidak rasakan ia sepenuhnya black metal. Ada folk. Ada Doom. Agak mellow tetapi sangat catchy melodinya. Beberapa tahun selepas itu bila kenal Sentenced dan gothic metalnya, baru tahu yang Wolfheart juga termasuk dalam kategori tersebut. Tak kisahlah apa genre pun. Yang penting ianya sedap.

Antara lagu yang sekali dengar dah melekat dalam kepala adalah Alma Mater. Semasa belum ada cdnya pun sering juga mendengarnya melalui youtube.

Tak sangka kan...negara penjajah Melaka ni mempunya band metal yang bagus.





Friday, June 9, 2017

Berbuka @ Dataran Putrajaya

Sabtu lepas hantar anak balik ke Dengkil. Bermalam semalam di sana. Sambil-sambil tu sempat juga merasa bagaimana warga Putrajaya berbuka di luar. Kali pertama merasa berbuka ala-ala berpicnic di padang.


Lokasinya di Dataran Putrajaya. Gambar di atas adalah lebih kurang satu jam sebelum berbuka. Dah mula ramai dah. Pernah tonton dokumentari yang berbuka macam gini memang dah lama ada di Kuantan. Johor Bahru macam tak pernah dengar.


Lokasinya pun bagus. Luas. Paling selesa ianya berdekatan dengan Bazar Ramadhan. Foodtruck pun ada. Yang nak shoping baju raya pun boleh juga. Semuanya ada. Masjid pun dekat. Sambil tunggu waktu berbuka boleh juga dengar tazkirah dari Masjid Besi Putrajaya. (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)


Ni waktu buka. Sesak dah. Kalau lambat memang dah tak ada ruang nak bentang tikar. Kena la menyelit kat celah-celah orang. Memang meriah. Seronok juga sekali sekala berbuka dengan cara macam ni.


Nak solat maghrib pun senang. Menapak jer ke Masjid Besi. Sebenarnya kalau sesiapa yang tak sempat nak beli makanan, boleh sahaja berbuka di sini. Khabarnya diberikan secara percuma. Memang ada disediakan ruang makan. Dihidanglan selepas solat maghrib. Dah makan percuma tu jangan lupa buat solat terawih sekali... :P


Begitulah serba sedikit ceritanya. Tetapi tujuan asal ke Putrajaya sebenarnya untuk adalah melawat gerai Durian Goreng di Bazar Ramadhan Putrajaya. Ianya kepunyaan biras. Tolong promosi sikit bagi siapa-siapa yang pergi kesana. Lokasinya di 2 lorong terakhir menghala ke Dataran Putrajaya. Kalau siapa-siapa yang berada di kawasan Nilai pun boleh cuba singgah di Bazar Ramadhan Nilai, Kat sana pun ada cawangannya. Situ anak saudara yang jaga. Lokasi gerainya seberang jalan berhampiran Dataran Nilai.

Sekian. Terimakasih.



Wednesday, June 7, 2017

Accident of Birth

Yang dah 20 tahun pada 3hb Jun yang lalu...


Bruce Dickinson - Accident of Birth (1997)

Entri ini sepatutnya di"post"kan pada 4 hari yang lalu. Tetapi disebabkan tuan punya blog berada di luar kawasan, dan malas pula untuk menaip menggunakan handphone, maka ianya tersangkut dalam draf.


Secara ringkasnya ada 2 sebab utama kenapa album ini sangat menarik terutamanya jika anda peminat Iron Maiden.

Pertama, Bruce Dickinson kembali ke genre metal selepas gagal dalam percubaan beliau bereksperimen dengan projek alternatifnya, Skunkworks. Ianya tidak diterima peminat dan akhirnya beliau akur untuk kembali ke pangkal jalan. Dan ianya sememangnya jalan yang terbaik.

Kedua, Kembalinya beliau bersama Andrian Smith. Kali terakhir mereka bersama adalah ketika album "Seventh Son of a Seventh Son" pada tahun 1989. Asalnya sekadar gitaris jemputan untuk beberapa lagu tetapi akhirnya beliau terlibat dalam kesemua lagu. Malah beliau juga mencipta 2 buah lagu. Kombinasi ciptaan Smith/Dickinson ini sememangya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat Iron Maiden.


2 sebab tersebut ditambah pula dengan faktor kembalinya Roy Z Selepas "Balls to Picasso", menjadikannya sebuah hasil yang terbaik. Walaupun sound gitar H sedikit berbeza, tetapi kalau tambah "galloping" bass lines ala Steve Harris, memang ada bunyi macam Iron Maiden terutamanya zaman ketika "Brave New World" dan ke atas. Tambah pula gaya rock n roll Roy Z ada ala-ala macam Janick Gers.

"Accident of Birth" dan 2 album solo beliau berikutnya adalah hasil kerja terbaik beliau ketika di luar Iron Maiden. Memang best!

Untuk membaca cerita tentangnya dari blog Apa Ada Dengan Ijau, sili klik >SINI<.





Tuesday, June 6, 2017

Box set Iron Maiden

Untuk sesiapa yang tak tahu atau terlepas pandang dengan entry Deaf...


Terimakasih deaf atas info ini >SINI>

Sesiapa pun boleh cuba. Benda percuma. Tak rugi apa-apa pun. Hanya tulis sepucuk e-mail. Tunggu dia balas....dan lebih kurang 3 minggu kemudiannya....Tadaaaaa.......


Dulu asalnya tak beli pun. Kira untunglah dapat benda ni secara percuma. Nak beli pun harganya kat e-bay boleh tahan keras...


Tak cukup pun isinya. Cuma ada 5 dari jumlah keseluruhan 8. Itu pun dua daripadanya bukanlah dari pressing yang ini...takper lah...pelan-pelan kayuh...

Orang lain dah sibuk kotak 1999-2016, yang kita baru nak terhegeh-hegeh dengan kotak ni...haha...



Monday, June 5, 2017

Thrash : UK vs Germany



Lagi cd baru beli....semua kerana nilai nostalgianya...

Band dari UK, Acid Reign - The Fear (1989) tu upgrade dari kaset. Manakala Xentrix - Dilute To Taste (1991) pasal ada lagu "Ghostbusters". Tak kisah la walaupun ianya versi live. Susah nak cari singles "Ghostbusters" tu. Shattered Existence pressing Russia sahaja kot yang ada bonus track lagu tu.

Yang dari German pulak kedua-duanya, Angel Dust - To Dust You Will Decay (1988) dan Deathrow - Deception Ignored (1988) sebelum ini sekadar hanya ada versi sedut MP3. Dulu-dulu sekadar mampu membaca review dari majalah Metal Hammer. Dah nak 30 tahun baru merasa pegang cdnya...



Thursday, June 1, 2017

Into the Pandemonium

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


Celtic Frost - Into the Pandemonium (1987)

Pelik? Ambitious? Mungkin itu yang boleh dikatakan tentang Into The Pandemonium. Terpulang kepada siapa anda bertanya. Ianya mungkin terlalu inovatif bagi sesetengah pihak tetapi sangat kreatif bagi sesetengah pihak yang lain.

Walau apa pun tanggapan peminat, mereka sememangnya band yang berani untuk keluar dari zon selesa dalam membuka ruangan baru untuk muzik metal. Visi mereka memang jauh kedepan. Adakalanya melebihi sempadan (contohnya Cold Lake - 1988). Tetapi walaupun aneh, ianya memang menarik.


Tiada siapa yang meletakkan lagu cover sebagai lagu track pertama. Tetapi itu yang mereka lakukan. Tambah menarik lagu cover tersebut adalah sebuah lagu berentak new wave. "Mexican Radio" dari Wall Of Voodoo menjadi lagu yang lain di tangan mereka. Agak ketagih juga saya mendengarnya. Sedap! Tapi yang lagi pelik apabila mereka sendiri membawakan lagu berentak new wave. "One In Their Pride", sekali dengar membuatkan saya teringat kepada lagu "19" dari Paul Hardcastle.

Memang berlainan mereka kali ini. "Tristesses de la Lune" adalah sebuah lagu opera dengan vokalis wanita. "I Wont Dance" pula sebuah lagi lagu yang ada pengaruh new wave terutamanya di bahagian chorus yang ada suara wanita. Manakala lagu "Rex Irae (Requiem)" pula adalah sebuah lagu yang menjadi ikutan band-band gothic metal kemudiannya.

Saya yang hanya bermula dari era Cold Lake (1988), mungkin tak rasa janggal sangat dengan eksperiman yang dilakukan mereka. Tetapi masih ada lagu-lagu trademark Celtic Frost seperti "Mesmerized", "Inner Sanctum" dan "Sorrows Of The Moon" contohnya. Cuma kali ini kebanyakan lagu-lagunya berunsurkan doom.


Walaupun bukanlah yang terbaik dan konsisten. tetapi Into the Pandemonium berhak untuk dihormati dan dihargai kerana keberanian dan kretifnya mereka. Mungkin ini adalah antara album avant-garde metal terbaik pernah dihasilkan selain album awal Voivod....mungkin...