Friday, June 9, 2017

Berbuka @ Dataran Putrajaya

Sabtu lepas hantar anak balik ke Dengkil. Bermalam semalam di sana. Sambil-sambil tu sempat juga merasa bagaimana warga Putrajaya berbuka di luar. Kali pertama merasa berbuka ala-ala berpicnic di padang.


Lokasinya di Dataran Putrajaya. Gambar di atas adalah lebih kurang satu jam sebelum berbuka. Dah mula ramai dah. Pernah tonton dokumentari yang berbuka macam gini memang dah lama ada di Kuantan. Johor Bahru macam tak pernah dengar.


Lokasinya pun bagus. Luas. Paling selesa ianya berdekatan dengan Bazar Ramadhan. Foodtruck pun ada. Yang nak shoping baju raya pun boleh juga. Semuanya ada. Masjid pun dekat. Sambil tunggu waktu berbuka boleh juga dengar tazkirah dari Masjid Besi Putrajaya. (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)


Ni waktu buka. Sesak dah. Kalau lambat memang dah tak ada ruang nak bentang tikar. Kena la menyelit kat celah-celah orang. Memang meriah. Seronok juga sekali sekala berbuka dengan cara macam ni.


Nak solat maghrib pun senang. Menapak jer ke Masjid Besi. Sebenarnya kalau sesiapa yang tak sempat nak beli makanan, boleh sahaja berbuka di sini. Khabarnya diberikan secara percuma. Memang ada disediakan ruang makan. Dihidanglan selepas solat maghrib. Dah makan percuma tu jangan lupa buat solat terawih sekali... :P


Begitulah serba sedikit ceritanya. Tetapi tujuan asal ke Putrajaya sebenarnya untuk adalah melawat gerai Durian Goreng di Bazar Ramadhan Putrajaya. Ianya kepunyaan biras. Tolong promosi sikit bagi siapa-siapa yang pergi kesana. Lokasinya di 2 lorong terakhir menghala ke Dataran Putrajaya. Kalau siapa-siapa yang berada di kawasan Nilai pun boleh cuba singgah di Bazar Ramadhan Nilai, Kat sana pun ada cawangannya. Situ anak saudara yang jaga. Lokasi gerainya seberang jalan berhampiran Dataran Nilai.

Sekian. Terimakasih.



3 comments:

  1. aku pasti warga putrajaya memiliki kesedaran sivik yg tinggi, kalau tempat lain (contoh senang kat tempat aku), lepas acara ramai2 macam ni sampah pun "ramai" jugak :)

    ReplyDelete
  2. dah ramai2 gitu nak makan pun kena sopan.tak bole nak gelojoh..heheh

    ReplyDelete