Wednesday, June 7, 2017

Accident of Birth

Yang dah 20 tahun pada 3hb Jun yang lalu...


Bruce Dickinson - Accident of Birth (1997)

Entri ini sepatutnya di"post"kan pada 4 hari yang lalu. Tetapi disebabkan tuan punya blog berada di luar kawasan, dan malas pula untuk menaip menggunakan handphone, maka ianya tersangkut dalam draf.


Secara ringkasnya ada 2 sebab utama kenapa album ini sangat menarik terutamanya jika anda peminat Iron Maiden.

Pertama, Bruce Dickinson kembali ke genre metal selepas gagal dalam percubaan beliau bereksperimen dengan projek alternatifnya, Skunkworks. Ianya tidak diterima peminat dan akhirnya beliau akur untuk kembali ke pangkal jalan. Dan ianya sememangnya jalan yang terbaik.

Kedua, Kembalinya beliau bersama Andrian Smith. Kali terakhir mereka bersama adalah ketika album "Seventh Son of a Seventh Son" pada tahun 1989. Asalnya sekadar gitaris jemputan untuk beberapa lagu tetapi akhirnya beliau terlibat dalam kesemua lagu. Malah beliau juga mencipta 2 buah lagu. Kombinasi ciptaan Smith/Dickinson ini sememangya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat Iron Maiden.


2 sebab tersebut ditambah pula dengan faktor kembalinya Roy Z Selepas "Balls to Picasso", menjadikannya sebuah hasil yang terbaik. Walaupun sound gitar H sedikit berbeza, tetapi kalau tambah "galloping" bass lines ala Steve Harris, memang ada bunyi macam Iron Maiden terutamanya zaman ketika "Brave New World" dan ke atas. Tambah pula gaya rock n roll Roy Z ada ala-ala macam Janick Gers.

"Accident of Birth" dan 2 album solo beliau berikutnya adalah hasil kerja terbaik beliau ketika di luar Iron Maiden. Memang best!

Untuk membaca cerita tentangnya dari blog Apa Ada Dengan Ijau, sili klik >SINI<.





3 comments:

  1. AOB dan Chemical Wedding ialah trigger Bruce masuk balik Iron Maiden pasal dua2 is heavy metal.
    Dan cukup Bruce dengan experimentasi tak berjaya dia. Dan walaupun ni dua album berjaya, Bruce takkan headline stadiums kecuali dengan Maiden. So baliklah dia bersama Adrian Smith.
    Adrian Smith memang terkilan keluar Iron Maiden. Dia sedar bila 1992 masa Iron Maiden panggil dia join Iron Maiden atas pentas Donington untuk Running Free.

    ReplyDelete
  2. aku punya versi cover "pecah perut", kah kah kah

    walaupun tidak seberat accident of birth, tapi album ni lebih catchy, jika tiada album tyranny of souls, inilah album BD-solo favourite aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. corrections - walaupun tidak seberat chemical wedding

      Delete