Monday, July 26, 2021

For Whose Advantage?

 Lagi kenangan zaman remaja....

Xentrix - For Whose Advantage? (1990)

Tak cukup thrash la kalau tak tau Xentrix 😁...

Pegenalan pertama saya kepada mereka adalah dari tape video Hard 'n' Heavy terbitan majalah Kerrang! (kalau tak silap la...volume nombor berapa pun dah tak ingat). Petikan video clip lagu For Whose Advantage? di dalam tape video tersebut yang seakan-akan lagu Metallica terus memikat hati. Kemudiannya terjumpa pula kasetnya di jual di kedai kaset Komtar JB. Saya tak beli. Tak mampu nak beli semua. Tetapi ada rakan yang beli. Kedua-dua kaset mereka, Shattered Existence dan For Whose Advantage? saya pinjam dan rasa macam tak nak pulangkan kepada tuannya...haha...(tak pasti adakah rakan saya tersebut masih mendengar muzik metal, lama dah tak berhubung walaupun berkawan di FB dan sama-sama dalam satu group whatsapp rakan sekolah. Jarak dan masa sememangnya menjadikan kita janggal.)

Xentrix sememangnya berbunyi Metallica. Walaupun berasal dari UK tetapi mereka mempunya sound Bay Area Thrash yang pekat. Muzik mereka juga agak teknikal dan progressif. Sesetengah lagunya mempunyai tempo yang berubah-ubah dengan odd time signature. Tone gitarnya mengingatkan saya kepada sound Annihilator. Rif mereka agak melodik dan pastinya membuatkan anda tanpa sedar terhanguk-hanguk kepala apabila mendengarnya.

Yang membuatkan saya terpanggil untuk mendengarnya semula kerana dikhabarkan yang ianya akan dikeluarkan semula dalam bentuk piring hitam. Ianya suatu godaan yang agak sukar juga untuk ditolak. Aduhai...


1 comment:

  1. saya suka tengok dressing band ni. depa suka pakai tshirt kartun macam robocop.

    ReplyDelete