Friday, July 16, 2021

Scorpions mini lp replica cd

Hari tu masa mencari mini lp replica Russia press Iron Maiden, terjumpa pula yang ini...


3 album klasik Scorpions (Fly To The Rainbow, Taken By Force dan Virgin Killer) dalam bentuk mini lp replica cd. Ianya juga adalah versi "from Russia with love". Terjumpa dengan harga yang mampu milik sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

Cd dari Russia ni sebenarnya bukanlah semuanya pirate. Ada yang under license untuk dijual secara khas untuk pasaran Russia sahaja. Ianya seperti dulu-dulu Life Records dengan label WAU untuk pasaran di Pantai Timur dengan harga yang lebih murah. Yang jadi masalahnya bila ianya di jual secara berleluasa di luar Russia. Dan ada yang sememangnya pirate pun. Kita pun tak boleh nak kenal. Cuma kalau ianya murah, berbaloilah juga beli. Kalau mahal, tak payah la...baik beli yang asli. Tapi jenis yang macam ni sememangnya pirate lah...hahaha...

Fly To The Rainbow


Taken By Force


Virgin Killer


Seperti yang pernah saya kata sebelum ini, cd-cd sebegini di beli bukanlah untuk didengar. Dah ada pun versi asal untuk didengar. Versi sebegini lebih kepada kepuasan diri dan untuk menghabiskan duit…hahaha…


6 comments:

  1. sayangnya VK tu tak dapat cover kontroversi

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ni.. Album 'In Trance' tak beli sekali?

    ReplyDelete
  3. pernah baca dalam satu artikel dan poll, banyak fan metal tak suka dengan artwork album 'fly to the rainbow' disebabkan terlalu simple dan kurang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..antara artwork album yang selalu masuk dalam list artwork terburuk

      Delete