Pendengaran dari seisi Work from home...
Edguy – Vain Glory Opera (1998)
Mungkin dah banyak kali cerita dalam blog bagaimana saya terjebak kembali dengan muzik power metal pada awal tahun 2000an dahulu. Rasanya tak perlulah diceritakan kembali. Ketika itu memang agak kemaruk mencari apa-apa sahaja band yang ada kaitan dengan genre power metal. Dan Edguy adalah salah satu darinya.
Selain dari Helloween - The Dark Ride, Rhapsody - Dawn of Victory, HammerFall - Glory to the Brave, Stratovarius - Infinite dan Sonata Arctica - Silence, Vain Glory Opera adalah antara album yang membuatkan saya menjadi kemaruk dengan genre ini pada suatu masa dahulu. 6 album ini bagi saya adalah kemuncak minat saya kepada genre power metal pada ketika itu.
Tak ada apa yang saya tak suka tentang Vain Glory Opera. Ianya antara album yang saya tak akan skip walaupun satu track apabila mendengarnya. Baik yang laju mahupun perlahan semuanya memang mudah menangkap. Ianya banyak mengingatkan saya kepada Helloween.
Walaupun mereka ada menghasilkan album-album lain yang bagus selepas dari ini, tetapi situasi keadaan, masa, suasana, usia, selera yang berubah menyebabkan saya akan tetap kembali kepada Vain Glory Opera bila bercerita tentang Edguy. Salah sebuah album yang akan saya cadangkan jika anda bertanya tentang genre power metal.
Rekomended!
album burning down the opera pun boleh tahan sedap gak
ReplyDeleteaku yang betul2 follow sampai Mandrake... nanti aku cuba Burning Down The Opera...dorang kalau live boleh tahan bagus
Deletesatu lagi band power metal yang aku tercicir
ReplyDeletebiasanya dengar selepas zamannya memang susah la nak masuk kan?
Deletebetul, macam HammerFall dan Sonata Arctica layan awal 2000an memang masyuk la
Delete