Saturday, July 10, 2021

Into The Mirror Black

Lagi kenangan zaman remaja...

Sanctuary - Into The Mirror Black (1990)

Into The Mirror Black dan album pertama mereka, Refuge Denied (1988) adalah antara kaset yang sering saya nampak di jual di kedai-kedai kaset tetapi tak berkemampuan untuk beli. Zaman masih bergelar seorang pelajar sememangnya sumber kewangan agak terhad. Itupun jahanam juga duit pinjaman dikerjakan untuk membeli kaset. 😁

Selepas 30++ barulah berjaya ianya dimiliki secara fizikal. Into The Mirror Black lebih awal saya dengar berbanding Refuge Denied. Mungkin itu sebabnya kenapa saya lebih sukakan Into The Mirror Black. Itupun bukanlah seawal mana. Dah masuk tahun-tahun 2000an ketika zaman MP3. Saya tak ingat samada pernah mendengar kasetnya pada awal 90an dulu. Terlampau banyak dan ada yang dah lupa pun bagaimana muziknya walaupun jika pernah di dengar.

Saya selalu menghimpunkan mereka ke dalam kategori thrash walaupun sebenarnya mereka bukanlah thrash yang sejati. Ianya seperti Metal Church yang berada di sempadan antara thrash dan heavy / US power metal. Muzik mereka yang ada pengaruh progressif dan suara vokalisnya yang high pitch mengingatkan saya kepada Queensryche yang awal. Sayangnya mereka hanya dapat bertahan untuk 2 album sebelum vokalisnya, Warrel Dane menubuhkan Nevermore.

Lagu-lagunya agak catchy. 2 lagu pertama dari album ini, Future Tense dan Taste Revenge adalah 2 lagu yang paling saya gemari. Berbaloi untuk dimiliki jika anda sukakan band-band heavy metal acuan USA seperti Metal Church, Crimson Glory, Fates Warning dan Queensryche yang awal (sekadar menyebut beberapa nama..)


1 comment: