Saturday, October 29, 2022

Out of This World

Ternampak yang piring hitamnya ada di jual di shopee menyebabkan tiba-tiba rasa teringin untuk mendengarnya semula....


Europe - Out of This World (1988)

Lama dah tak dengar. Seingatnya dulu memang tak berapa suka. Pembelian cd hanya sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tambahan pula ianya adalah pembelian di bawah RM25 berserta pos percuma dari E-Stock di Ebay 

Lagu pertama yang didengar ditonton dari album ini adalah "Superstitious". Video clipsnya sempat dirakam dari rancangan MTV di TV Singapura. Berulang-ulang kali juga ditonton. Walaupun melodinya sedap tetapi lagunya terlampau pop. Sebagai seorang remaja berusia 18 tahun pada ketika itu, muzik sebegini terasa sangat lembut berbanding muzik thrash yang mula mejadi kegilaan. Ditambah pula untuk mengekalkan status "TRUE" di hadapan rakan-rakan, makanya muzik sebegini harus ditinggalkan....hahaha...

Antara sebab lain kenapa kasetnya dulu tidak dibeli adalah kerana tiadanya John Norum. Biasalah pada ketika itu memang rasa susah nak di terima apabila sesebuah band bertukar gitaris. Dio contohnya. Bila Vivian Campbell keluar, rasa susah nak terima Craig Goldy. Apatah lagi Rowan Robertson. Begitulah juga yang terjadi dengan Ozyy. Memang susah nak terima Zakk Wylde.


Apabila mendengarnya semula sekarang, saya memahami kenapa dulunya saya agak kurang mengemarinya. Out Of This World memang tiada lagu yang betul-betul laju dan berat. Sound gitar Kee Marcello juga agak lembut dan tenggelam. Sound keyboards lebih mendominasi. Hilang terus dah sound heavy metal Europe pada zaman awal kemunculan mereka.

Muzik mereka kini lebih kepada pop rock dan AOR. Sebenarnya tak ada masalah apa pun. Sedap juga lagu-lagunya. Paling suka lagu "Open Your Heart". Cumanya semangat anak muda pada ketika itu telah mengaburi kesemuanya. Bila dah semakin tua matang, terasa elok sahaja lagu-lagunya…haha…


Tuesday, October 25, 2022

Grave Dancers Union

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 6hb Okt yang lalu...


Soul Asylum - Grave Dancers Union (1992)

Kali pertama mendengar album (kaset) ini secara penuh adalah sekitar tahun 1993. Sebelum itu dah pernah dengar lagu "Runaway Train" di radio. Memang sedap lagunya tetapi tak ada rasa tergerak hati nak membeli. Maklumlah zaman menganggur baru habis belajar yang tak berapa nak ada duit.

Ianya adalah kaset kepunyaan jiran merangkap rakan sepermainan sejak kecil. Entah apa mimpi beliau datang ke rumah dengan membawa kaset ini. Padahal kami sudah agak renggang semenjak sekolah menengah sehinggalah saya melanjutkan pelajaran. Tambahan pula beliau tua setahun dari saya.


Ianya adalah cinta pendengaran pertama saya terhadap Soul Asylum. Selain "Runaway Train", saya juga jadi minat dengan "Black Gold" dan beberapa lagu lainnya. Melodi lagu-lagu mereka sememangnya sedap dan lazat.

Tetapi entah mengapa saya tidak pernah ada kasetnya. Tak teringat langsung untuk membelinya. Namun begitu saya tetap mengikuti mereka dengan membeli kaset album yang selepas darinya (Let Your Dim Light Shine – 1995). Cuma dalam beberapa tahun lepas baru tergerak hati untuk memiliki versi cd.

Bagi saya kalau bercerita tentang alternative rock 90an, Soul Asylum adalah yang pertama akan ada di dalam kepala.


Thursday, October 20, 2022

Cuatro

 Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 13hb Oct yang lalu...

Flotsam and Jetsam - Cuatro (1992)

Antara album yang dulunya teringin nak dengar tetapi tak berpeluang. Ianya samada kasetnya tak di jual sini / ada jual tetapi terpaksa memilih yang lain (tak berduit) / tiada rakan yang ada untuk dipinjam. Tak ingat yang mana satu. 

Hanya mula mendengar setelah berjaya memiliki cdnya melalui satu lagi acara "panic buying" ketika berlangsungnya PKP pada 2 tahun yang lalu. 😁

Kali terakhir mendengar muzik mereka adalah dari album "Doomsday For The Deceiver (1986)". Sebuah album yang dikenali kerana Jason Newstead berbanding dari lagu-lagu album itu sendiri. Tetapi untuk album kali ini muziknya agak berbeza. Bukan kerana faktor Jason, tetapi ianya lebih kepada keadaan semasa pada ketika itu. Seperti yang sedia maklum, awal 90an majoriti band-band thrash telah berubah. "Black Album - Metallica" sering menjadi penanda aras.

Ianya masih thrash. Tetapi tiada lagi lagu yang laju. Majoritinya lebih kepada mid tempo dengan sound dan riff yang lebih bersih dan lembut. Satu kekuatan yang ada pada Flotsam and Jetsam pada saya adalah vokalis, Eric A.K. Beliau sememangnya antara vokalis terbaik, bukan sahaja untuk genre thrash tetapi untuk genre metal secara umumnya.

Sesuai untuk penggemarkan thrash yang lebih ringan. Tetapi jika anda dari thrash sekolah lama, cukuplah sekadar mendengar 2 album awal dari mereka.





Saturday, October 15, 2022

Gila Format - Retro Active

Sempena ulang tahunnya yang ke 29 pada 5hb Oktober  yang lalu...


Def Leppard - Retro Active (1993)

Album terakhir dari Def Leppard yang jadi kegemaran. Kurang berminat dengan arah tuju muzik mereka selepas dari ini. Ianya juga adalah penglibatan terakhir mendiang Steve Clark. Secara kebetulan atau tidak, muzik mereka berubah selepas ketiadaan beliau.

Mengikut tarikh yang dicatatkan di kaset, ianya dibeli 3 hari selepas dilancarkan di pasaran (07/11/1993). Ketika itu pembelian seperti ini adalah melalui kaedah cuba jaya. Tiada internet untuk maklumat. Tiada Youtube/Spotify untuk pra-dengar. Pembelian kasetnya adalah hanya bergantung kepada jenama "Def Leppard". Tak tahu pun yang ianya adalah album kompilasi B-sides dan "unreleased tracks". Nasib baik ianya sedap dan kena dengan selera.


Cd pula adalah cd terpakai ebay pos percuma dari E-Stock. Rasanya dibeli dengan harga tak sampai pun RM25.00. Ketika itu memang hampir kesemua cd yang diborong dari E-Stock adalah dibawah RM25.00. Meriah betul ketika itu. Selang 2,3 hari pastinya ada sahaja posto yang sampai.


Lp pula adalah versi reissue terkini (2022). Ianya adalah versi 2 disc. Tak pernah tengok versi asal tetapi rasanya ia dibuat serupa dengan versi asal. Sama seperti kaset dan cd, "Miss You in a Heartbeat" (versi piano) tetap menjadi "hidden track" dan tidak ditulis dalam senarai lagu.

Seperti majoriti entri "gila format", cerita tentangnya telah pun ditulis sebelum ini. Untuk Retro Active, saya pernah menulisnya pada tahun 2013 >SINI<. 




Thursday, October 13, 2022

Gila Format - The Years of Decay

Yang menyambut ulangtahun ke 33 hari ini, (13th Oct)...

Overkill - The Years of Decay (1989)

The Years of Decay dan Horrorscope adalah penyebab utama kenapa boxset Overkill - The Atlantic Years 1986 -1996 di beli.

Kalau Horrorscope kerana ianya paling digemari, The Years of Decay pula kerana ianya adalah pengenalan saya kepada Overkill. Album-album yang ada nostalgia seperti ini sememangnya akan sentiasa rasa gatal tangan untuk di"gila format"kan.


Versi kaset ini dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Memilih yang mana patut dibeli pada ketika itu sememangnya sangat berhati-hati. Maklumlah sumber kewangan yang terhad. Tetapi logo dan gambar cover yang menarik selalunya mempengaruhi. Kaedah cuba jaya pada ketika itu adakalanya gagal. Tetapi pembelian yang ini adalah antara yang berbaloi.

Album ini juga adalah antara yang menjadi punca saya terpengaruh dengan genre thrash. Selepas dari ini lebih banyak membeli kaset thrash berbanding kaset-kaset genre metal yang lain. Versi cd pula dah tak boleh nak ingat beli dari mana. Manakala versi lp agak lama juga mencari. Harga 1st press yang agak mahal dan kos postage yang ada kalanya tak masuk dek akal menyebabkan agak sukar juga mendapatkannya. Tetapi apabila keluar versi boxset... apa nak jadi pun jadilah....pejam mata... tekan ajer la butang "buy"...#hatigembirapoketmenangis...😅


Monday, October 10, 2022

Kicked & Klawed

Yang menyambut ulang tahun ke 33 pada 6hb Sep yang lalu...

Cats In Boots - Kicked & Klawed (1989)

Sebuah lagi album dalam kategori hair/glam metal yang dulunya tak di ambil tahu. Selain dari tak mahu digelar poser (hahaha…) kaset atau cd ini sememangnya tak pernah nampak langsung di jual di kedai-kedai kaset/cd di Malaysia. Saya hanya membaca tentang mereka di majalah Kerrang!, tetapi tidak pernah berpeluang mendengar lagu-lagunya.

Tidak juga mendengarnya di zaman MP3. Nama mereka sememangnya hilang dari ingatan sehinggalah terjumpa cd mereka dijual secara dalam talian ketika penangan "panic buying" PKP Covid 19 yang pertama dahulu. 


Mereka bukanlah 100% band Amerika. Pemain gitar dan bass adalah dari Jepun. Mereka pun asalnya berpengkalan di Jepun. Kejayaan EP mereka di Jepun menyebabkan EMI mengikat kontrak dengan mereka untuk pasaran antarabangsa. Sayangnya walaupun dengan promosi 2 video clips di MTV, album mereka gagal untuk mendapat sambutan. Mungkin terlampau banyak saingan atau mungkin juga mereka tidak betul-betul mempunyai "killer song". Lagu balada mereka juga agak kurang memberi kesan.

Suara vokalis dan muziknya mengingatkan saya kepada Pretty Boy Floyd. Tetapi mereka lebih rock and roll dan agak kurang pengaruh blues berbanding band-band segenre dengan mereka. Muzik sebegini pada saya lebih mudah dinikmati. Tak perlu pening-pening tak perlu berkerut muka. Ianya seperti menonton filem aksi yang tak perlu berfikir. Kuatkan volume dan "enjoy the music!"...


Thursday, October 6, 2022

Gila Format - Gutter Ballet

 Satu lagi album kegemaran yang berjaya di "gila format"kan...


Savatage - Gutter Ballet (1989)

Ini adalah antara yang paling ditunggu-tunggu dari siri vinyl reissue kesemua album studio Savatage. Ianya mempunyai nilai sentimental yang agak tinggi untuk saya.

Ianya adalah permulaan saya terjebak dengan muzik Savatage. Dikenalkan melalui abang seorang rakan sekampung yang baru pulang belajar dari US. Jatuh suka pada pendengaran pertama dan ianya menjadi salah satu album kegemaran sejak dari hari tersebut.

Tak pernah terpikir yang ianya akan berjaya di"gila format"kan. Tak pernah ada pun kasetnya dulu. Tak pernah nampak pun ada di jual dimana-mana. Kaset yang seperti di gambar sebenarnya baru sahaja dimiliki. Lebih baru dari versi vinyl. Di beli dari seorang rakan di FB semata-mata atas dasar membeli kenangan.

Versi cd di beli melalui e-bay. Antara cd awal dicari apabila mula kenal apa itu e-bay. Mungkin disekitar tahun 2009. Tahun-tahun awal membeli cd dari ebay. Ianya adalah cd terpakai dari penjual di US tetapi dah tak boleh nak ingat berapa harganya.

Versi vinyl adalah versi reissue 2022. Ini adalah contoh terbaik bagaimana produk reissue patut dihasilkan. Packagingnya memang tip top. Inlay dengan 12 mukasurat berwarna-warni dengan info dan gambar-gambar yang menarik. Sememangnya rasa berbaloi mengeluarkan EUR 22.68 walaupun hati gembira poket menangis....


Monday, October 3, 2022

Obsession

 Piring hitam terkini dalam simpanan...

UFO - Obsession (1978)

Tak pernah ada versi kaset. Agak lambat juga untuk mula mendengar album ini secara penuh. Kali pertamanya adalah ketika zaman cd MP3 (sekitar 1997 atau 1998). Makanya tak bolehlah nak bergila format.

Obsession adalah satu album kegemaran saya dari UFO. Sebenarnya bolehlah dikatakan kesemua album UFO era 70an Michael Schenker sememangnya saya suka. Ianya bukan sahaja kerana kerja gitar beliau, tetapi lagu-lagunya memang sedap dan kena dengan selera.

Dari kebanyakan ulasan yang dibaca, Obsession adalah yang paling kurang digemari dari 5 album 70an era Michael Schenker. Malah Pete Way sendiri mengakuinya. Bagi beliau album ini kurang rock kerana lagu-lagunya lebih lembut dan adanya penggunaan alatan strings yang berlebihan. Lagu "Arbory Hill" sebagai contohnya.


Tetapi bagi saya ianya bukanlah satu masalah. Memang betul, Obsession bukanlah sesuatu yang boleh menjadi penanda aras. Ianya biasa-biasa sahaja. Tetapi yang penting ianya sedap. Selain faktor utamanya adalah tentang solo-solo gitar berjiwa dari Michael Schenker, tetapi vokal Phil Mogg juga memainkan peranan.

Ada 3 lagu yang sering saya ulang kalau memainkan album ini. "Only You Can Rock Me", "Pack It Up (And Go)" dan yang paling berhantu, "Lookin' Out for No. 1"

Tak ada cacat cela, tak ada yang nak di komplenkan. Bukan yang terbaik tetapi untuk peminat UFO seperti saya ianya dah cukup memuaskan hati. Patut dicuba jika anda sukakan muzik hard rock 70an dengan solo-solo gitar yang meruntun jiwa….