Monday, November 4, 2013

Jobs




Jobs (2013)

Ini adalah filem biography Steve Jobs. Tetapi jika dibandingkan dengan "The Social Network", sebuah lagi filem yang bertema begini, Jobs memang masuk kategori hampeh. Ashton Kutcher sebagai Steve Jobs juga tidak banyak membantu. Walaupun pujian patut diberikan atas usaha beliau untuk mejayakan watak tersebut tetapi membayangkan Ashton Kutcher adalah Steve Jobs memang macam tak kena.

Ceritanya lebih berkisarkan ketika tahun 1971 hingga 2000. Tentang bermulanya Apple dan jatuh bangunnya. Sayangnya jalan ceritanya agak bersepah. Kesinambungan dari satu babak ke satu babak yang lain tak lancar. Banyak tergantung dan melompat-lompat. Contohnya cerita tentang anak perempuannya. Tergantung. Sedar-sedar anaknya dah besar dah. Tiada langsung certa berkenaan pembabitannya dengan Pixar atau Disney. Filem ini memang tidak menyentuh langsung tentang kehidupan Steve Jobs di luar Apple. Ianya lebih kepada cerita Apple berbanding Steve Jobs sendiri. Mungkin lebih sesuai tajuknya Apple bukannya Jobs.

Pada saya jika anda inginkan cerita Steve Jobs yang lebih bagus, cari Pirates of Silicon Valley (1999). Ini jauh lebih menarik. Atau tunggu sahaja filem-filem lain berkenaan beliau yang dikhabarkan dalam proses pembikinan.

Mengecewakan.





9 comments:

  1. cantek poster dia beb, memang sesuai dgn Steve Jobs, psychedelic Hippies.


    btw, Salam Maal Hijrah bro....

    ReplyDelete
  2. Nak beli gadget apple pum duit tak berapa nak cukup..heheh..
    Salam maal hijrah bro..

    ReplyDelete
  3. Nak beli gadget apple pum duit tak berapa nak cukup..heheh..
    Salam maal hijrah bro..

    ReplyDelete
  4. Tetiba tawar hati nak tengok movie ni haha...selamat tahun baru hijrah tuan berteromber

    ReplyDelete
  5. Aku cuma tengok gezek dia, cam bagus.
    Tapi sampai skarang masih belum tengok.

    ReplyDelete
  6. Bagus poster dia...boleh try carik.

    Ok la judul dia, as long takde letak "blow" kat depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat ct square tingkat atas sekali ada kedai jual poster filem...boleh try carik...tapi mahal la...dia nak jual aku poster Metallica Through The Never RM50...

      Delete