Friday, March 13, 2015

Metalhead




Málmhaus (aka Metalhead) (2013)

Saya dah dengar perihal cerita ini sejak tahun lalu. Tetapi pada ketika itu agak susah juga untuk mendapatkannya walaupun secara on-line atau pun versi sedut. Dvd apatah lagi, maklumlah cerita ini bukanlah cerita Hollywood.Memang susah nak dapat dan hampir-hampir terlupa sehinggalah terbaca kisahnya di blog D'arsil >SINI<.

Filem ini berasal dari Iceland, Tak pernah terpikirpun akan ada filem bertemakan metal dari sana. Pengarahnya, Ragnar Bragason adalah seorang metalhead maka tak hairanlah kenapa beliau boleh memilih topik berkaitan metal untuk filem beliau.


Untuk yang belum menonton, filem ini bukanlah berkenaan dunia metal secara khususnya. Tetapi lebih kepada drama berat yang berlatarbelakangkan muzik metal. Agak perlahan dan meleweh juga jalan ceritanya terutama di bahagian pertengahan. Kisah berkenaan trauma seorang budak perempuan dan keluarganya dalam menghadapi kematian abangnya yang kebetulannya adalah seorang metalhead.

Walaupun saya agak kurang bersetuju bila seoarang metalhead digambarkan sebagai seorang yang mengalami tekanan perasaan, trauma, keliru, bermasalah, moody, dalam kesedihan, menyendiri...hey!!!...mana dia metal supposed to be fun!! Mat Grunge ok la kot...hahaha...Agak hampa juga bila seoarang metalhead (pengarah) mengambarkan seorang metalhead sebagai begitu...seolah-olah mengiyakan kepada dunia luar sememangnya metalhead adalah orang begitu. OK...saya faham. Ini cuma cerita yang kebetulan berlatarbelakangkan muzik metal. Bukanlah metalhead seacara amnya. Tetapi bila tajuk filemnya Metalhead, ini membuatkan saya rasa agak kurang seronok.

Tetapi bagi seorang metalhead seperti saya, poster-poster, t-shirt dan seleksi lagu-lagu metal yang dimainkan sudah cukup untuk membuatkan saya bersabar dan teruja untuk menontonnya sehingga tamat. Mana taknya...Mendengar riff "Strange Wings" dari Savatage dimainkan oleh Hera (watak utama) di depan kubur abangnya sudah cukup membuatkan saya rasa nak melompat "excited". Mana nak jumpa beb filem lain main lagu Savatage dan saya sememangnya peminat besar Savatage. Satu lagi poster Annihilator - Never, Neverland di dinding pintu. Arghhh...Benar-benar mengamit memori bilik tidur saya di kampung suatu masa dahulu.

Filem ini berlatarbelakang tahun 1983 hingga ke 1992. Ini memang zaman saya. Maka bagi sesiapa yang sebaya saya membesar di tahun 80an memang pasti akan seronok dengan seleksi lagu-lagu dari filem ini. Pengarah sebenarnya mahukan lagu-lagu Iron Maiden terutamanya “Children of the Damned” untuk filem ini (beliau peminat tegar Iron Maiden). Sayangnya polisi pengurusan Maiden tidak membenarkan lagu-lagu mereka digunakan untuk filem mengagalkannya. Ada beberapa lagu lain yang dia cuba tetapi tidak berjaya. “I Wanna Be Somebody” daripada WASP contohnya. Blackie Lawless tidak memberikan keizinan kerana tidak bersetuju dan tidak mahu lagu beliau ada kaitan dengan filem yang ada adegan bakar gereja. Dia dah jadi alim kot sekarang...hahaha...


Seleksi lagu-lagu yang bagus. Pemandangan kawasan pendalaman Iceland yang cantik. Lakonan Thora Bjorg Helga yang asalnya bukanlah seorang metalhead atau pemain gitar juga adalah cemerlang. Ini sudah cukup untuk menjadi penyebab mengapa filem ini perlu ditonton. Tambahan pula saya sukakan penutupnya bila mereka sekeluarga bergembira bersama-sama dengan lagu 'Symphony Of Destruction' dari Megadeth. Bagi saya itulah konsep metal yang sebenarnya. Having Fun!

btw...sedap jugakan lagu demo black metal Hera tu dan saya tertarik juga bila lagu itu dinyanyikan dengan "clean vocal". Ada kelainan. Dan babak mamat-mamat black metal yang datang dari Norway tu adalah antara adegan-adegan yang suka dari filem ini.




13 comments:

  1. Errr... saya ni tengah excited nak dengar album baru Madinna,
    Agak saya rasa takut tak tengok metal2 ni kat pilem ni?

    Kikikiki...
    Ok kk, nanti aku try cek out pilem ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut beb...citer hantu makan budak...kikikiki....

      Madonna ni teringat awal2 80an dulu dengar tajuk lagu Like A Virgin...kita ni budak2 baru nak naik sekolah menengah dengar tajuk macam tu memang wahhhh....sex sells....hahaha...

      Delete
  2. Ooo..pengarah dia metal head juga rupanya..kalo bertemakan metal/rock walau meleweh boleh je layan..heheh

    ReplyDelete
  3. fuhh memang best filem ni, aku pun teruja tengok mana nak cari filem cenggini kan... bab bakar gereja tu bukan sebab muzik, tu sebab cintanya kena tolak kakakaa... nampak saja dalam tv pasal scene norway bakar gereja trus minat black metal. masa makan pun pakai corpse paint... aku rasa nak tgk semula lah filem ni.

    ehh ada satu filem masa aku bdk2 aku sudah lupa tajuknya. mengisahkan 4 orang sahabat yang minat sangat ngan band KISS. tapi dihalang oleh orang tua mereka. perna tgk tak cerita ni, aku tak ingat tajuknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Detroit Rock City....tapi cuba try filem Jepun Detroit Metal City...ni pun best jugak...lawak...

      Delete
  4. Detroit City Rock..... ada link filem nih..tengok dia nyanyi lagu power gak

    ReplyDelete
  5. kalau frust dalam hidup try la layan Anuar Zain 3 Dekad

    ReplyDelete
  6. kalau frust dalam hidup try la layan Anuar Zain 3 Dekad

    ReplyDelete
  7. nak sedut, internet takdak. hahahahahha

    ReplyDelete