Wednesday, April 8, 2015

Pop Redemption





Pop Redemption (2013)

Sebuah lagi filem berkisar tentang muzik Metal. Kalau Metalhead sebuah filem drama yang serius tetapi Pop Redemption pula adalah sebuah filem "road trip" komedi.

Filem yang berasal dari Perancis ini mengisahkan tentang The Dead Makabés, sebuah kumpulan black metal yang mendapat peluang untuk beraksi di Hellfest. Mereka sebenarnya hampir berpecah kerana usia yang semakin meningkat, ditambah pula sudah berkeluarga dan perlu memikirkan kerjaya tetap sedangkan karier muzik mereka masih tidak kemana.

Hanya si vokalis yang masih bersemangat. Peluang bermain di Hellfest menggantikan sebuah band lain merupakan peluang terakhir mereka merasakan kegemilangan. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan berkereta mereka untuk ke Hellfest adalah tunjang utama filem ini. Dituduh membunuh dan menyamar sebagai "Beatles tribute band "adalah antara yang berlaku.


Tahan kereta tengah malam dalam hutan pakai corpse paint? Ada ker yang nak berhenti...hahaha...Memag lawak la ceritanya. Gang-gang black metal tak perlu lah terasa sangat. Pasal sememangnya ini filem komedi. Paling suka bab pengenalan kepada setiap genre metal. Itu memang menarik.

Sila tonton. Dijamin lawak dan tidak membosankan. Tetiba teringat pulak kepada filem Detroit Metal City.





.

8 comments:

  1. aku ada tgk ni poster, cari2 link utk ditonton tak ada. kamu ada link nya tak. aku nak layan lah.. semua link aku buka suruh aku dowlod anti virus. huhuhh.. musti best aku dapat bayangkan....

    ReplyDelete
  2. kasi link... btw.. DMC lagi lawak gila.. hehehe

    ReplyDelete
  3. baca pendapat kau je aku dah start gelak..
    thank you for the recommendation, aku tak tahu wujud filem ni.

    ReplyDelete
  4. tgk tajuk pun dah bole agak...hahaha

    ReplyDelete
  5. Baca sinopsis pun da mcm cerita road trip.kalo lawak mcm ni mmg aku suka sangat.tq bro nanti nak donlod

    ReplyDelete
  6. alamak...dah lupa download kat mana...jenuh juga tu hari cari dia punya link...

    ReplyDelete
  7. dah tgk tadi.. hahaha.. ni link nya

    http://filmbagus21.com/pop-redemption-2013/

    ReplyDelete
  8. dah tengok... haha memang rekomended punya movie....

    ReplyDelete