Lagi yang dah 20 tahun...
XPDC & Rakan-Rakan - Unplugged & Accoustic Guitar (1995)
Tidak pasti apakah tujuan album ini dikeluarkan. Mungkin syarikat rakaman sekadar mengambil untung dari populariti XPDC dan album-album MTV unplugged yang sedang popular pada ketika itu.
Sebenarnya ini bukanlah muzik yang dimainkan oleh XPDC. Berdasarkan maklumat di inlay kaset, muziknya adalah rakaman baru yang dimainkan oleh pemuzik studio. Hanya suara Mael menggunakan rakaman asal. Antara pemuzik yang terlibat termasuklah gitaris seperti Aznan Alias, Hillary Ang (lagu Hairan Bin Ajaib) & Arwah Samad (lagu Pijar).
Mungkin oleh kerana itu mereka mengguna tajuk "Rakan Rakan". Tambahan pula hanya 4 lagu dari XPDC. Selebihnya adalah artis-artis yang sama syarikat rakaman. Tetapi menarik juga bila lagu-lagu mereka ini di "unplugged dan accoustic"kan.
Tambah menarik bila album ini juga memuatkan lagu kegemaran saya, Aku Yang Masih (Nuradee) dan Blues Generasi Baru (Rausyanfikir).
Tak pasti jika ada dikeluarkan dalam bentuk cd.
XPDC ni sepatutnya dah tahap superstar. Tapi ntah apa la silapnya taraf dia sekarang masih di bawah.
ReplyDeletePenyakit2 Melayu
Deletepatutnya tajuk "mael & rakan-rakan"
ReplyDeleteapa ada pada nama...tapi untuk jual album...nama penting...
DeleteI dont have this. Aku suka XPDC.
ReplyDeleteni zaman2 ramai artis keluar album unplugged dulu aku pun tejebak beli kaset awie unplugged,,heheh
ReplyDeleteyg pasti zaman 90'an dan awal 2000 xpdc berjaya menjual mana2 album melebihi angka 100k tanpa sebarang promosi...album brutal jgn ckp la jualan pun dahsyat dulu cecah 350k..xtau la skg maybe da cecah setengah juta...
ReplyDeletebaru nampak... kalau jual ni musti meletop...
ReplyDeleteAda cd nya ni....tapi masuk tahap rare item
ReplyDelete