Monday, December 24, 2012

Timur Barat

Yang melayu punya dah 20 tahun



XPDC - Timur Barat (1992)

1992 adalah tahun yang aku tak berapa follow rock melayu. XPDC pun aku start dengar zaman Kita Pengyu. Maknanya album ni aku dengar sepenuhnya mungkin dalam tahun 1994 atau 1995.

Walaupun begitu aku memang kenal Mael (tapi dia memang tak kenal aku...heheh). Maklum lah masa tahun 1993 kami berjiran. Rumah flat sewa abang aku di Taman Kosas, Ampang berhadapan dengan blok rumah Mael. Dari tingkap rumah kami memang jelas nampak rumah beliau. Gold Disc yang tergantung kat ruang tamu rumah dia pun aku boleh nampak. Zaman tu Mael berambut pendek tapi berekor panjang di belakangnya. Boleh dikatakan hampir tiap2 petang aku nampak dia main sepak takraw kat bawah blok. Dan kekadang terserempak juga dengan Izo masa dia datang.

Tapi memang aku tak ambik tau pun pasal sememangnya aku tak berminat. 2 lagu dari Timur Barat yang aku tau pun hanyalah C T Cinta Kenangan Silam (selalu keluar radio) dan Hairan Bin Ajaib (keluar kat Muzik Muzik TV3 member aku rakam dan tunjuk kat aku). Tapi bila aku dengar Kita Pengyu aku rasa bersemangat pulak untuk mendengar album2 lain mereka.



Dula aku beli kaset (dah hilang) dan akhirnya upgrade ke cd. Timur Barat tak lah sebest Kita Pengyu. Pengaruh thrash terutama Metallica mereka pun baru sikit2. Mungkin lagu Talam Dua Muka yang ada bunyi2 thrash. Lain2 banyak lagu slow (3) dan mid tempo (3). Lagu heavy pun cuma 3. Paling boringnya album ini di bazirkan dengan lagu minus one C T Cinta Kenangan Silam.

Terus terang aku menyampah C T Cinta Kenangan Silam...meleweh...sekali lagu mengeja pada aku dah cukup...kalau ke 2 dah jadi bosan. Kalau lagu slow lagi sedap lagu Ikatan atau Impian Seroja. Tapi untuk Timur Barat aku menyukai lagu2 mid temponya seperti Lagu Dari Aku, Hairan Bin Ajaib dan Cekal. Memang menangkap. Best!

Timur Barat bukanlah album XPDC yang terbaik. Seperti tajuknya iannya adalah album yang masih mencari arah. Patut ada jika anda die hard sahaja. Tapi solo2 Izo memang sedap. Sangat catchy dan melodic. Pada aku selain Awang BPR, Izo lah yang mepunyai solo2 yang sangat catchy dan melodic.






18 comments:

  1. aku ada kaset dia.. nak kena upgrade jugak ni..tapi bagi aku Brutal terbaik!

    ReplyDelete
  2. faizal...ooo.. ingat awek mana tadi...hahaha..

    Ijau..gagal..

    ReplyDelete
  3. aku suka album ni, mungkin ada yg tak suka lagu leleh dlm album ni, tapi tetap klasik. hamba abdi dan talam dua muka stok headbanging terbaik! sepatutnya ada band metal underground cover hamba abdi dan talam dua muka ni. ****

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Izo mungkin mempunyai feel goreng yang melodic. Tapi melodic vokal Zuar dalam Viper sangat sangat hancur dan ke lauttttttttt :p

    ReplyDelete
  6. aku sama mcm lu bro...start dgr lagu XPDC secara serius masa album Kita Pengyu dan my favourite, Brutal...ha yang tu memang pecah tradisi la bagi XPDC...diorang xkan dpt ulang sukses album2 tu lagi...

    ReplyDelete
  7. Lagu hamba abdi tu yg kata pernah jadi kontroversi gak yek

    ReplyDelete
  8. Xpdc.. Kadang2 aku main tau cd2 dorang. Enjoy la.

    ReplyDelete
  9. Lagu Dari Aku...my personal favourite

    ReplyDelete
  10. Speed...aku ada kaset Viper...mungkin nanti aku buat entri pasal dorang...

    Portdy...Lagu Dari Aku memang sempoi...pernah dedicate kat awek satu masa dulu...heheh...

    Btw...Kita Penyu adalah fav. XPDC aku.

    ReplyDelete
  11. to be honest at that time i only listened to Search, Wings, Lefthanded, Bloodshed. Never owned XPDC album. Started listening to them masa Ali Terra Rossa joined them..tak silap lagu..sorry tajuk tak ingat..tapi something like satu petang yang nyaman..betul ke?

    ReplyDelete
  12. ni nak tumpang tanya ...cover album xpdc : kita peng-yu ..wajah siapa dlm cover tu confius laaa

    ReplyDelete