Friday, December 19, 2014

Kita Peng-Yu

Yang mengamit memori 20 tahun yang lalu....


XPDC - Kita Peng-Yu (1994)

Awal 90an adalah tahun-tahun yang saya tidak mengambil endah perihal rock melayu. Saya seperti kebanyakan mat metal semasa remajanya sedang melalui frasa menjadi "true". XPDC adalah salah satu bahan kutukan budak-budak underground ketika itu kerana penglibatan Lee Space. Ramai tak boleh terima kot apabila drummer band seganas Rator menjadi drummer untuk lagu cintan C.I.N.T.A.

Saya kemudiannya pernah duduk berjiran dengan Mael di Flat Taman Kosas, Ampang. (sekitar tahun 1993 - pernah diceritakan pada entri-entri yang lalu berkenaan XPDC). Hampir hari-hari melihat kelibat beliau bermain sepak takraw dan kadang-kadang terserempak juga dengan Izo. Tetapi  masih tak berminat pun hendak mendengar muzik mereka sehinggalah saya balik ke JB dan terbaca review album "Kita Pengyu" di dalam sebuah akhbar.


Tak sangka pula mereka adalah klon Metallica. Metallica pun pada ketika itu sudah tidak mahu menjadi Metallica. Tetapi mereka pula yang menjadi terlebih Metallica. Semenjak dari itu saya mula mendengar dan membeli album-album lama mereka. Kita Peng-Yu dan Brutal adalah 2 album mereka yang paling saya suka tetapi Kita Peng-yu mempunyai lebih "sentimental value".

Pada saya album inilah yang menjadi pemangkin untuk saya kembali mendengar lagu-lagu rock/metal melayu. Lagu-lagu berat mereka walaupun berbau thrash tetapi cukup catchy untuk jiwa anak melayu.

Kerana mereka perkataan "metal" telah menjadi suatu yang mainstream.

Rekomended!



13 comments:

  1. aku kalau XPDC ni sedang mencari album kompilasi "medley rugged", mmg ada nostalgic value

    (kalau ada geng2 bloggers terjumpa, contact aku ye~)

    ReplyDelete
  2. Dengar dalam van member album ni, terus tanya album sapa ni...macam Metallica je. Dapat tahu je, esok terus beli kaset dia..kenangan

    ReplyDelete
  3. Nanti aku bongkar la carik cd2 xpdc aku yang apa tu? otai or whatever yang ada express rakyat or something...haha...
    XPDC ni aku suka la... Samurai tu jam baru keluar I was so happy, pasal beyond my expectation la Ali dan lagu2 dorang zaman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ada Express Rakyat.. Duitduit,Kuda Hitam tu Album Otai Rock

      Delete
  4. Kerana mereka perkataan "metal" telah menjadi suatu yang mainstream. = setuju

    ReplyDelete
  5. Kerana mereka perkataan "metal" telah menjadi suatu yang mainstream. = SETUJU.

    Dulu terpaksa curi-curi dengar Xpdc sbb masa tu ramai org tak suka xpdc.hahaha. Ok jugak mereka ni walaupon tak familiar dgn rilisan mereka. Sekarang ni cromok pon dh terkena apa yg mereka pernah kena. hahaha

    ReplyDelete
  6. belum ada lagi album ni kat aku, dgr kat utube mp3 je... best

    ReplyDelete
  7. Mael = James hetfield
    Izo = kirk Hammett
    Zuar = Jason newsted
    Amy = lars ulrich

    ReplyDelete
  8. ehh... apesal aku teringat funfair pulak nih... thehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab pernah lalaui zaman itu.itu pasal teringat.

      Delete
  9. Nak blend thrash metal untuk jiwa anak melayu, kena dengar KITA PENGYU, lirik dia buat semua orang boleh nyanyi, sesuailah dengan jiwa rock budak budak melayu. aku selalu layan lagu ini dalam kereta, berbanding album Brutal.

    Memang best

    ReplyDelete
  10. Baru ja beli edisi Gold Disc PMP punya..

    ReplyDelete