Wednesday, July 28, 2010

Teori Domino

Sempena 20 thn album2 tahun 1990 ni kan..Asik cerita album2 best orang putih jer...tak kan tahun 1990 tak der album best rock melayu...kalau tanya pendapat aku tentu la ada...jawapannya dah tentu2 Wings - Teori Domino..



Masa tahun 89/90 tu...sejak aku dah start dengar lagu2 yang lebih heavy...aku memang tinggal dah dengar rock melayu termasuk la Search sekalipun....tapi satu2nya band rock melayu yang aku tetap dengar dan suka adalah Wings...satu2nya album rock melayu yang selalu berada dalam walkman aku ketika itu adalah Teori Domimo...

Teori Domino adalah album ke 3 Wings yang aku rasa mesti dapat budget besar untuk produksinya...maklum la ini album pertama mereka dengan syarikat rakaman besar BMG kan...tapi dari segi soundnya aku kurang berkenan sikit...bunyinya terlampau tajam dan kering terutama gitar Joe...dan kekadang rasa macam dengar radio dalam gua...tapi walaumacamanapun dari segi lagu2 nya dan gitar work Joe terutamanya...album ni memang best...kalau Belenggu Irama dan Hukum Karma adalah album yang paling bernostalgia pada aku tapi Teori Domino adalah album terbaik Wings...period.

Aku ada terbaca yang album ni dirakamkan secara live...betul jugak kot...pasal majoriti lagu2nya memang bunyi 3 piece band ajer...memang dasat dengar solo2 Joe dalam ni...selepas Hillary blah dari Search...dengar pulak Joe dalam Hukum Karma dan ditambah dengan Teori Domino ni...memang dia la gitar hero aku kalau sebut pasal rock melayu...satu yang tak best rakaman live ni pada aku ialah part lagu trilogi Potret Monalisa,Insaf dan Midnight Blues...pasal dia rakam terus 3 lagu dalam 1 track menjadikan kalau dengar cd leceh tak boleh skip atau pilih salah satu lagu jer...terpaksa dengar kesemua 3 lagu...kalau kaset boleh jugak la forward skit2 kan...(untuk makluman kaset aku dah hilang...puas aku geledah gerobok tapi tak jumpa...iskhhh..)



Album ni memang complete la....semua lagu pun aku suka...jenis tak der hal kalau nak dengar satu album tanpa skip...lagu2 heavy dia Bujang Senang dan Alam Barzakh sampai hari ni pun masih jadi lagu2 wajib Wings manakala Sejati pulak rasanya adalah lagu mereka yang paling popular...tapi kalau time nak rilek2 jack...layan lagu Perhentian pun ngam jugak...

Dorang jugak ada keluarkan cd Teori Domino Revisited Jamming Session kan...best jugak...tapi aku takder cd ni...mungkin nanti aku beli jugak kot..


*****satu yang menarik pasal album ni...kat inlay dorang siap tulis instrumen dan efek yang digunakan...stail album orang puteh la...baru la rasa yakin yang dorang main sendiri masa rakaman...bukan takat tau bergambo jer kan...

Monday, July 26, 2010

No Prayer For The Dying

Dalam duk menunggu Final Frontier...jom layan dulu album no 8 Iron Maiden ni dan jugak review yang ke berapa ntah (aku dah lost count...heheh) untuk album2 dari tahun 1990...



No Prayer For The Dying...dah 20 tahun dah...inilah album yang samada disukai ataupun dibenci oleh peminat Iron Maiden (sebelum era Blaze)...selepas menghasilkan antara 2 album terhebat "7th Son.." dan "Somewhere In Time"...tetiba jer Steve Harris nak berubah angin yang tak pasal2 menyebabkan Adrian Smith blah...inilah punca menjadikan album ni tak diterima oleh peminat Iron Maiden yang rata2 suka dengan Adrian Smith termasuk la aku...

Kemasukan Janick Gers pada permulaannya memang tak banyak membantu...maklum la gaya permainan dia memang jauh berbeza dengan Adrian Smith...tambah pulak keadaan semasa ketika tu (terutamanya pada diri aku la)...muzik thrash tengah meletup...aku pun tak terkecuali mengikut trend..tu jam dah start dengar band2 yang lebih heavy menjadikan rilisan Maiden tanpa Adrian Smith kurang menarik perhatian aku...


dulu beli Kerrang ada dapat sticker gambo eddie yang ni...masa aku kat ITM...aku tampal kat cover calculator untuk riak maidenwi..hehe

Walaupun ketika album ni rilis dulu...aku tetap jugak beli kasetnya...tapi ianya bukanlah antara yang selalu bermain2 dalam walkman aku...Antara lagu melekat kat aku ketika itu adalah Tailgunner, Holly Smoke dan Mother Russia...dan aku tak berapa minat kat lagu Bring Your Daughter...To The Slaughter...tapi lagu ni la pulak yang tercatat kat dalam sejarah Iron Maiden sebagai satu2nya single dorang yang dapat no 1 kat UK...

Terus terang aku cakap...album ni antara album yang aku abaikan bersama2 album Fear Of The Dark masa zaman2 aku mengupgrade kaset2 Iron Maiden aku ke cd terutamanya semasa keluarnya versi double disc tu...sekarang rasa nyesal pulak...aku cuma membeli cdnya masa versi enhanced diriliskan...yang tak bestnya versi ni cover Eddie dah tak jadi ganas...dah takder dah orang yang kena cekik tu...


Ni Eddie Holly Smoke dulu aku ada posternya...nyonya kedai kaset kat Ulu Tiram bagi kat aku...bertahun tertampal kat bilik aku kat kampung sehinggalah mak aku buat make over bilik tu..

Apa2 pun sejak ada versi enhanced ni...dengar balik...kepala pun dah bebas dari unsur2 trendy thrash/death metal...heheh...baru la aku boleh menghargai album ni...Kira ok jugak la Janick Gers ni...membawa kelainan...layan jugak dengar lagu seperti No Prayer...,Public Enema Number One, Fates Warning, The Assassin, Run Silent Run Deep dan Hooks In You...

Kepada sapa2 yang tak pernah dengar No Prayer...ini adalah album yang kononnya Steve Haris nak cuba back to basic...tapi fan tak berapa suka...selalu dianggap sebagai Bruce-Maiden's worst album...tapi kalau dah jenis kipas susah nak mati tu kan....mesti ada jugak la dalam koleksi..

Friday, July 23, 2010

Pornograffitti

Jangan bimbang (atau kecewa :P )...entry ni takder kena mengena dengan unsur2 lucah,porno maupun peterporn...heheh..



Pornograffitti adalah tajuk album ke 2 kumpulan Extreme...sebuah lagi album kegemaran aku dari tahun 1990...kira 20 tahun punya anniversary la ni..

Rasanya ramai yang kenal kumpulan Extreme ni kan...terutama pasal lagu More Than Words dan gitaris hebat dia Nuno Battencourt tu kan...tapi rasanya ramai yang tak tau muzik Extreme yang sebenar...More Than Words bukanlah kayu pengukur untuk lagu2 lain Extreme...aku sendiri pada mulanya mendengar Extreme adalah semata2 kerana Nuno...kalau tak silap abang aku yang kenalkan aku dengan 1st album Extreme...cekidout gitarist dia katanya...ada majalah gitar (aku lupa majalah apa) yang letakan Nuno sebagai best young guitar player...1st dengar aku dah terbayang Eddie Van Halen dan Vito Bratta...wow...dasat mamat ni...start situ terus aku follow Extreme...

Jangan salah anggap...mereka bukan lah klon glam/hair metal poison motley crue wananabe...walaupun ramai yang mengkatogerikan begitu...bagi aku mereka adalah sebuah band yang unik...bayangkan ada rock,metal,funk,blues,folk,rap,big band,akustik malah jazz dalam muzik mereka dan ada yang mengatakan Pornograffitti adalah sebuah album funkmetal terbaik dan aku tak teragak2 untuk mengakuinya...



aku membeli kaset Pornograffiti ni sebelum lagu More Than Words dan Hole Hearted meletup...sayangnya 2 lagu yang popular tersebut adalah lagu2 berbentuk gitar akustik yang langsung tak mengambarkan keseluruhan album ini...sesiapa yang tak pernah mendengar album ni mesti menjangkakan lagu2 lain mereka juga berkonsep begitu...tapi korang silap...album ni sebenarnya betul2 menonjolkan kehebatan Nuno Battencourt....kalau korang peminat gitar...ini adalah salah satu album yang wajib ada dalam koleksi...

Tidak dinafikan tarikan utama album ini adalah dibahagian gitarnya...Ada banyak solo dan gitar work dasat Nuno dalam hampir semua lagu dan antara yang menarik perhatian aku adalah "flight of the bumblebee" semasa intro lagu "He Man Woman Hater"...berasap beb...memang dasat mamat ni...tak hairan la ramai gitaris2 kat Malaysia pun jadikan dia idola (contoh Eddrie Hashim...err..mamat ni rambut gitar pun sama macam Nuno...heheh)..



Semua lagu pun layan...tapi antara yang menarik perhatian aku adalah lagu pembukaannya Decadence Dance dan 2 lagu funk metalnya When I'm President dan Get The Funk Out...manakala lagu Li'l Jack Horny pun sedap....siap dengan horn section lagi...best ooo...tapi ada satu lagu mulanya dulu aku tak suka dengar...tapi sekarang syok pulak adalah When I First Kisses You...lagu ala2 50an jazz macam Frank Sinatra...boleh tahan vocal Gary Cherone ni...tak hairan la kenapa Eddie Van Halen ajak dia join Van Halen dulu kan..

Selain tu...kalau lagu2 fast yang menarik bagi aku adalah He Man Woman Hater, Money (In God We Trust) dan Pornograffitti...kalau lagu slow...selain More Than Words (ni lagu dah overplayed la...) aku suka lagu Song For Love...solo Nuno dalam lagu ni memang menusuk kalbu arr...antara lagu power balad kegemaran aku..

dari segi produksi album ni pun tersangat la sedap...clear...sayangnya kemunculan dorang ni tak kena masa...kemunculan Nirvana dan grunge telah membunuh band2 hard rock yang bagus macam dorang ni...apa nak buat kan...

apa2 pun kalau korang nak tau apa yang best sangat pasal Nuno Battencourt ni...boleh try cekidout album ni la...



Wednesday, July 21, 2010

Wajah Mistikal

Selain dari Belantara...ada satu lagi band rock melayu dari zaman 80an yang aku kagum dengan susunan muziknya...band yang aku maksudkan tu adalah Urgent.



Tak banyak yang aku tau pasal band ni...tak berapa banyak publisiti...tapi kalau tak silap aku dalam ruangan Juwie kat Mingguan Malaysia dulu...M.nasir memang puji band ni dan dia harap Urgent ni boleh jadi seperti Search....tapi sayangnya tak tau mana silapnya...mungkin kurangnya promosi menyebabkan Urgent ni kurang menyerlah...

Seingat aku dulu kaset ni rilis saing dengan kaset Junction - Arah....tu jam zaman budak sekolah tak mampu nak beli semua kaset...aku dan member aku bagi 2...sorang beli Urgent dan sorang beli Junction...disebabkan cover kaset ni gambo mat smart...member aku tu pilih Junction yang nampak lebih rock...disebabkan dia pilih dulu...aku takder pilihan terpaksa beli Wajah Mistikal ni...

Dari cover yang gambo mat smart ala2 Metalian dan Gersang tu...memang aku takder harap sangat kaset ni best...tapi setelah mendengar sampai habis....terasa band ni memang lain dari yang lain....susunan muziknya agak berbeza dengan band2 rock lain yang besepah zaman tu...muzik dorang tetiba mengingatkan aku pada Belantara...tapi takder la sama macam Belantara....Belantara lebih pada gitar dan gitar....Urgent pulak ada campuran gitar dan keyboard...tapi susunan muzik dorang yang ada eleman2 progesif memang menarik minat aku...tapi sayangnya seperti jugak Belantara...mungkin pendengar zaman tu belum berapa boleh menerima muzik2 yang progresif ni...album mereka kurang dapat sambutan...



Kaset dari tahun 1988 ini diterbitkan oleh M.Nasir...so dah boleh agak la band ni bukan calang2 band kan...terdapat 5 lagu ciptaan mereka sendiri...4 dari M.Nasir dan 1 dari JS Kevin...susunan muzik pula oleh dorang sendiri...ada beberapa lagu yang ada sikit2 unsur progresif...tak la sehebat Queensryche kan...tapi berjaya juga menarik perhatian aku...suara vocalistnya pun boleh tahan...jenis2 high pitch...kira boleh terima la...gitarist pun best...banyak juga part2 melodi dan solo2 gitar yang panjang2...walaupun lagu2 slow dia ada skit meleweh..

Antara lagu yang menarik perhatian aku adalah Mencari Kejujuran, Khilaf, Keseorangan, Misteri dan Melodi Seribu Mimpi (lagu ni yang paling dikenali kot dari kaset ni...ada masuk Muzik Muzik TV3 dulunya)...aku try cari lagu ni ataupun lainnya kat youtube tapi gagal...yang ada cumua lagu yang jadi title track kaset ni...belasah jer la..



Aku tak tau apa jadi pada kumpulan ni selepas tu...rasanya dorang ada keluar album ke 2...tapi masa tu aku dah tak follow dah...so aku tak tau macamana bunyinya album ke 2 dorang dan tak tau apa kesudahannya Urgent ni...kalau aku tak silap gitaris dia Lan selepas tu menubuhkan kumpulan Gamma (bukan Gamma Ray eh!!...heheh..) macamana bunyi lagu2 kumpulan Gamma aku pun tak tau...tak pernah dengar pun kecuali satu lagu slow dia yang selalu keluar radio tu...

Monday, July 19, 2010

Hot Tub Time Machine



Beberapa bulan lepas aku nampak tajuk movie ni kat carta Box Office Us tapi takder la rasa nak ambik tau sangat...tak lama selepas tu ternampak lagi movie ni kat laman2 untuk di download...tapi masih buat tak tau jugak...sehinggalah aku tertengok trailernya kat youtube....salah seorang karekternya pakai t-shirt Killers - Iron Maiden...Semata2 pasal tu aku mendownload filem Hot Tub Time Machine ni...hehe..


semata2 t-shirt ni punya pasal...

Sypnosis dia aku cut n paste jer la...malas...

"Disappointed at the way their lives have turned out, four longtime friends reunite at the ski resort where they used to party and find themselves transported back to the year 1986 by a magical jacuzzi. Adam (John Cusack), Lou (Rob Corddry), Nick (Craig Robinson), and Jacob (Clark Duke) have all seen better days; Adam's and Nick's love lives are in the dumps, Lou is clinging to his hard-partying past, and video-game addict Jacob can't even muster the courage to walk outside. A fun stay at the ski resort where the gang made some of their best memories seems like just the thing to cheer everyone up, but after a night of heavy drinking in the hot tub, the four friends wake up to find they're about to live through the '80s a second time. Determined not to make the same mistakes twice, Adam, Lou, Nick, and Jacob decide to take full advantage of the unique opportunity presented to them, and create the lives they've always wanted."


Salah satu adegan dalam citer ni...Winterfest 86...Poison tu...huhu...

Bagi aku citer ni lebih kurang gabungan Back To The Future dan The Hangover...nak kata original tu takder la...tapi tetap menarik dan lawak...tambah pulak bagi sapa2 yang membesar di tahun 80an tentu rasa terkenang2 dengan suasana dan lagu2 dari filem ni...

Cuma aku rasa menggunakan t-shirt Iron Maiden untuk mengambarkan rocker di era 80an macam tak kuat...bukan pasal Iron Maiden tak cukup hebat ditahun 80an...tapi t-shirt Iron Maiden masih releven untuk tahun 2010...masih ramai pakai...tak caya tanya En. Bentara...heheh...kalau aku sebagai pengarah mungkin aku akan menggunakan t-shirt Motley Crue (karektor Lou dalam filem ni pun mengaku dia peminat Motley Crue dan di akhir cerita dia jadi Vince Neil...lawak...)...atau mana2 band hair metal...Poison barangkali (huhu...)

Apa2 pun aku suka la movie ni...enjoy dan lawak....tapi sayangnya tak boleh nak tengok bersama2 keluarga kerana adanya beberapa adegan rated R yang tak sesuai untuk anak2 yang pada aku kalau tak ada pun tak menjejaskan perjalanan cerita...apa nak buat...bagi Hollywood sex sells....


perhatikan nama kumpulan dalam video clip ni..hehe

Rasanya citer ni tak masuk panggung Malaysia kot...so kalau korang terjumpa dan rasa nak layan komedi ringan tak yah pening2 kepala...try cekidout la...

****tu hari kat HBO tertengok citer Sandra Bullock Murder By Numbers pun ada satu karekter dalam cerita tu nyanyi lagu Number Of The Beast..

Friday, July 16, 2010

The American Way

Album ke 3 dari tahun 1990 selepas entry ni



Tahun 1990 adalah tahun muzik thrash berada di kemuncak sebelum jatuh terduduk selepas tu...di tahun2 tu jugak banyak betul album2 thrash diterbitkan tapi tak semuanya best tapi antara yang menarik perhatian aku adalah album Sacred Reich - The American Way..

Tambahan pulak selepas mendengar lagu Surf Nicaragua yang aku minat sesangat dari EP mereka sebelum tu...kemunculan album ni memang ditunggu2...walaupun album ni tak la seheavy EP Surf Nicaragua maupun 1st album mereka Ignorance....ianya lebih kepada mid-tempo thrash dengan elemen groove (mengingatkan aku pada Light..Camera..Revolution) tapi album ni tetap menjadi salah satu album favourite thrash aku..

Sacred Reich ni ramai yang kata klon Metallica...tidak dinafikan la...muzik dorang memang banyak pengaruh Metallica...tapi untuk album ni mereka cuba untuk lari dari imej Metallica...hasilnya lahirlah salah sebuah album penting dalam sejarah thrash...sekurang2nya bagi diri aku la...lagu2nya agak simple...tak payah pening2 kepala...chorus pun catchy2 belaka....so memang senang la nak hadam...



lagu Who's To Blame rasanya lagu yang paling popular dari album ni sehinggakan brother Gayour pun menjadikan lagu ni sebagai sumber inspirasi beliau untuk menghasilkan siri popular "Siapa Yang Harus Disalahkan" di komik Gelihati suatu ketika dulu...memang menarik lagu ni...tak jemu aku dengar sampai sekarang...

Love...Hate, Crimes Against Humanity dan The Way It Is adalah antara lagu2 yang aku suka dari album ni...suara garau vocalistnya Phil Rind memang sesuai untuk lagu2 thrash...dan satu lagi yang menarik bagi aku adalah pemain drum mereka...Greg Hall...memang mantap la...kalau nak tau aku pernah terbaca yang dia la pilihan utama Slayer untuk menggantikan Dave Lombardo suatu masa dulu...

Lagu lain yang menarik perhatian aku adalah lagu yang menjadi title track The American Way...ntah kenapa setiap kali dengar lagu ni mesti aku teringat lagu "We Didn't Start The Fire dari Billy Joel"...ada sikit2 persamaan melodinya...mungkin secara kebetulan kot...



last sekali tak sah kalau tak sebut last track dari album ni...31 Flavor...sebuah lagu berunsur rap dan funk...yang tak thrash pun...tapi sedap...so tak kisah la apa muzik sekalipun kan...kalau sedap layan jer la...macam dalam lirik lagu ni kan...

so don't be an ignorant fool...there's so much music for you to choose
so don't just be a metal dude...it's cool fool


bagi aku asalkan jangan dangdut,dance dan hip hop dah ler...heheh..

Wednesday, July 14, 2010

Seven And The Ragged Tiger

Sekali sekala bila penat nak dengar rock/metal ni aku selalu layan lagu2 pop new wave 80an dan antara yang paling aku suka pada zaman tu adalah Duran Duran..



Kalau korang membesar dizaman awal2 80an dan tak tak pernah dengar Duran Duran tak tau la apa aku nak kata...tu jam Duran Duran memang digilai ramai...aku pun yang baru2 belajo dengar lagu2 omputeh ni terjebak sama...rambut pun kalau boleh masa tu nak buat fesyen John Taylor la kan...masa tu bagi aku Duran Duran adalah the best band in the world sehingga la aku kenal Iron Maiden...

Awal2 80an tu sumber utama nak dengar lagu2 omputeh bagi aku adalah dari radio one Singapura manakala sumber beritanya dari majalah Weekend...zaman tak mampu nak beli kaset tu aku dan abang aku biasanya rakam lagu2 best dari radio ajer...pertama kali dapat nengok dan dengar full album Duran Duran adalah kaset Seven And The Ragged Tiger ni...zaman aku dah start rock...kaset2 pop ni aku dah tak hiraukan sangat...letak sepah2 dan akhirnya mak aku buang...sekarang ni rasa rugi pulak...

Pada aku album Seven And The Raged Tiger ni bukan lah album terbaik Duran Duran...tetapi ianya lebih kepada album yang paling bernostalgia pada aku...tu pasal bila aku terjumpa kat ebay cd ni dengan harga hanya RM18 + postage (murah pasal takder cover belakang cdnya)...terus aku sambar...

Kalau nak best, 2 album pertama dorang lagi best...tapi disebabkan nilai2 sentimentalnya pada diri aku menjadikan album jadi best...maklum la 2 album pertama dorang tu walaupun best tapi aku cuma dapat mendengar sepenuhnya beberapa tahun selepas itu berbanding album ni yang aku dengar semenjak ianya diriliskan...tapi sehingga sekarang pun aku masih tak paham apa maksudnya seven and the ragged tiger tu...bukan tu jer...banyak lagi lagu yang liriknya agak pelik2...Duran Duran ni memang banyak lirik yang agak pelik dan susah nak paham...

Lagu wajib dari album ni dah tentu2 lah The Reflex (tak sama dengan kebanyakan versi best of yang selalunya guna versi remix), New Moon On Monday dan Union Of The Snake...ni lagu2 biasa kita jumpa kat cd2 best of dorang...tapi ada sebuah lagu yang bagi aku sepatutnya patut ada kat mana2 koleksi best of dorang adalah lagu The Seventh Stranger...sebuah lagu balada yang agak dark ngan lirik yang pelik...aku suka lagu ni..



Satu yang tak best album ni bagi aku adalah kerana bunyi synth Nick Rhodes terlampau kedepan...tengelam dah bunyi guitar Andy Taylor dan bass John Taylor tak seperti 2 album sebelumnya...rasanya hanya lagu Of Crime And Passion dan Shadow On Your Side jer yang jelas bunyi gitar Andy...Nick Rhodes telah cuba mengubah arah tuju Duran Duran lebih kepada Synth-pop berbanding postpunk-pop dari 2 album awal...Tak sehaluan antara Nick Rhodes dan Andy Taylor menjadi punca perpecahan original line-up mereka...

The Seven And The Ragged Tiger merupakan album terakhir mereka berlima (kecuali album reunion dorang beberapa tahun lepas)...selepas daripada ini Andy dan John bersama2 Robert Palmer menubuhkan The Power Station manakala Nick, Simon Le Bon dan Roger Taylor dengan Arcadia...walaupun beberapa tahun lepas tu John kembali semula ke Duran Duran manakala Andy terus membuat album2 solo dan Roger terus bersara...

Apa2 pun tak kisah apa orang nak kata....Duran Duran dengan muziknya, video clip dorang yang sentiasa best dan fesyen rambutnya memang sebahagian daripada kisah hidup aku semasa membesar di tahun2 80an...alangkah bestnya zaman tu...




*****Tu hari kat Kinokuniya ada terjumpa buku biography Andy Taylor "Wild Boy : My Life In Duran Duran"...aku cadang nak beli tapi dah sibuk2 cari buku untuk anak aku last terlupa pulak...iskh...

Monday, July 12, 2010

Baju raya dan world cup

Bajunya dah ada...ntah bila la pulak bandnya nak sampai Malaysia...


***t-shirt adalah dari Kelab Peminat Iron Maiden Malaysia



Last kopek pasal world cup...

Tahniah la Sepanyol....juara berganda...eropah dan dunia...kesian jugak la kat Belanda...3 kali dah kalah kat final...

Tahniah jugak buat Diego Forlan pasal menang Golden Ball....dan kalah sipi kat Thomas Mueller untuk Golden Boot pasal kurang assists walaupun sama jumlah 5 gol....

Sesuatu Untuk Sir Alex pikir....kalau lah dia tak jual Forlan...dan bagi lebih banyak peluang untuk dia main 1st eleven...rasanya mungkin manchester united tak kalah musim ni...

Untuk Sir Alex (macam la dia baca :P )..Lupakan la player2 tua tu terutama macam Gary Neville tu....bagi can budak2 muda main...beli player tapi tak bagi can main nak buat apa kan...rasanya kalau Gerard Pique masih duk Manchester United ada can ker dia nak cium world cup??...

Apa2 pun World Cup dah abis...dah boleh tido lena...rasanya yang paling dingati untuk World Cup kali ini bukan pasal star playernya...semua pun hampeh....tapi pasal Paul si sotong....lagi sekali tepat ramalan dia...hahahaha....

Moga berjumpa di Brazil 4 tahun dari sekarang...

Friday, July 9, 2010

Never Neverland

Awas....Entry ini takder kena mengena ngan Michael Jackson...

Ini entry ke 2 aku untuk album2 dari tahun 1990...kali ini dari sebuah band yang berasal dari Kanada...Annihilator dengan album ke 2 mereka bertajuk Never Neverland...



Terus terang aku cakap...dalam dunia thrash metal..Annihilator adalah salah sebuah band yang paling aku minat sekali...terutama kerana pengasas dan gitarisnya Jeff Waters...dia sememangnya gitar hero aku aku bagi kategori thrash...memang dasat permainan mamat ni...kalau tak...takkan la selepas Jeff Young kena pecat...antara yang terawal Dave Mustaine ajak join Megadeth adalah beliau...aku pernah baca dalam satu interview dulu dia cakap yang dia akan tetap setia dengan Annihilator kerana ini adalah band dia walaupun ramai orang cakap dia tolak tuah...pasal dah konpem2 album Megadeth sure capai platinum dan senang2 jadi terkenal...tengok jer la Marty Friedman kan...mungkin ada bagus dan tidaknya jugak kan...kalau tak...tak ujud la Never Neverland ni...(dengarnya selepas Marty Friedman blah...sekali lagi Dave Mustaine ajak dia join Megadeth tapi tetap dia menolak...)



Aku start dengar Annihilator dari 1st album dorang Alice In Hell...antara album terbaik thrash metal ni....so bila keluar album ni memang high expectation la...seingat aku dulu masa mula2 dengar macam frust sikit...pasal album ni tak seheavy dan selaju Alice in Hell...album ni lebih melodic...tambah pulak vocalistnya bukan lagu Randy Rampage...tapi selepas beberapa kali dengar...aku suka album ni...kalau Alice in Hell lebih pada riff2 membunuh...tapi Never Neverland penuh dengan solo2 dan melodi2 yang hebat...memang dasat permainan gitar Jef Water...lagu2nya penuh dengan melodi yang berubah2...complex riffing dan solo2 membunuh...dan selepas 20 tahun aku masih tetap teruja setiap kali mendengarnya...

Aku suka semua lagu dari album ni terutama lagu2 dari side A (kaset)...antara yang menarik bagi aku ialah The Fun Palace, Road To Ruin, Stonewall, Never Neverland dan Phantasmagoria...produksi untuk album ini jugak sangat jelas dan bersih...pendapat aku soundnya lebih menarik dari album2 hebat tahun 1990 yang lainnya seperti Rust In Peace dan Seasons In The Abyss...sound bass dan drumnya memang best...takder saat yang tak menarik dalam album ni...cekidout bassist dia Wayne Darley dalam lagu The Fun Palace dan Never Neverland...terbaik!..


cd ni aku beli masa zaman Tower Records kat KL Plaza dulu...sekaligus beli 3..Alice In Hell, Never Neverland dan Set The World On Fire

Satu yang kekurangan pada aku hanya lah suara vocalistnya Coburn Pharr...ntah la aku lebih suka Randy Rampage (vocalist album Alice In Hell)....problem Annihilator ialah payah sangat dorang nak kekalkan sorang vocalist...asik la berubah2 setiap album...tu yang last2 Jeff Waters nyanyi sendiri je kot...

Apa2 pun...kalau korang peminat gitar terutamanya...dan nak dengar sebuah album thrash metal yang melodik dan penuh dengan permainan gitar yang teknikal (try cekidout lagu The Fun Palace dan Never Neverland)...aku rekomen 100% album ni...ni album aku memang aku rating high sebelah menyebelah ngan Rest In Peace...






***tak tau la kenapa dorang kurang popular...mungkin pasal kanada kot...at any time...aku rating Jeff Waters lebih tinggi dari Marty Friedman....dan at any time jugak..Aku rating Annihilator lebih dari Slayer...

Thursday, July 8, 2010

sotong bakar



Cis!...terer sungguh paul the octopus ni....100% tepat ramalan dia....jangan lepas ni dengar2 ada penyokong Jerman jadikan dia sotong bakar dah ler....hahahaa...maklum la dia pun asal dari England kan....akhirnya force of metal dari Jerman bungkus jua....

Apa2 pun tahniah la Belanda dan Sepanyol...dua2 pun bukan team pilihan aku...so tak kisah la sapa2 yang menang final nanti...tapi aku nak Belanda menang...kesian dah tengok dorang berapa kali masuk final tapi tak menang2....


****lega dah nak abis...lepas ni boleh dah tido lena setiap malam...kesian orang rumah asik tido sesorang...heheh...

Tuesday, July 6, 2010

Sting In The Tail

Dah lama aku nak review album ni...tapi memandangkan ini album terakhir mereka...nak bagi puas hati diri aku sendiri...aku nak dengar betul2 dan banyak2 kali sebelum aku boleh buat rumusan apakah Sting In The Tail dari Scorpions ni sebuah album yang bagus...so setelah hampir 2 bulan lebih mendengarnya (masa mengosok baju sekolah anak tiap2 malam...maklum la bapa mithali...hehehe...)...ini review aku...



Sebelum tu untuk makluman...aku dah jarang beli cd...tapi memandangkan ni last album...so aku beli jugak la...cd ni aku beli dari ebay...setelah membandingkan harganya dengan beberapa buah kedai cd disekitar JB aku rasa membeli di ebay lebih berbaloi...cd baru (sealed) ni aku beli dari China...China?...takut jugak kalau2 pirate...dengan harga tak sampai pun RM30 (kat sini RM46.50)...aku harap cd ni ori...bukan pirate...setelah aku belek2 pun tak nampak macam pirate...pembeli lain pun takder komen apa2...so aku angap cd ni ori la.... :P



Pendapat aku masa 1st time dengar cd ni...tak berapa menarik...tak banyak lagu yang sekali dengar aku dah dapat tangkap...cuma 3 lagu...The Good Die Young, Spirit Of Rock dan The Best Is Yet To Come...lain2 walaupun 3 lagu balladnya pun tak menangkap...kesimpulan pertama aku...album ni bukanlah sambungan Humanity - Hour 1 (walaupun lagu2 heavy macam Turn You On, No Limit ada bunyi2 macam tu)...tapi untuk album ni mereka cuba balik ke 20 tahun yang lalu...zaman2 gemilang album Crazy World...lagu track pertama Raised On Rock kalau letak kat album Crazy World memang ngam...Rudolf punya riff sebijik macam zaman tu...lagu slow SLY pun ada feel macam Send Me An Angel...ntah mengapa zaman tu yang dorang pilih...kalau aku...era Matthias Jabs...aku inginkan zaman Blackout,Love At First Sting dan Savage Amusement...siapa la aku nak persoalkan yer tak...

pasal lirik pulak biasa la...lirik Scorpions memang takder yang seni2 mendalam punya...lirik2 simple dan budak2 ajer...walaupun dorang dah pangkat atuk2 semua...tak kisah la tu...tapi sampai 4 lagu yang tajuknya Rock nampak sangat dorang cuba nak membuktikan walaupun dorang dah tua...still boleh rocking lagi...aku rasa tak perlu la kan...macam lawak pulak banyak sangat tajuk rock...atau mungkin last kopek punya hal...bantai la kot2 lagu2 tu boleh jadi anthem macam Rock You Like A Hurricane..

Tapi kan...selepas 2 bulan lebih mendengarnya...rumusan aku berubah...boleh tahan jugak album ni...lagu2nya memang grower...walaupun bukanlah yang terbaik...tapi bagi sesapa yang minat Scorpions tak kira zaman bila...rasanya boleh masuk la album ni...antara yang menarik bagi aku adalah lagu mid tempo The Good Die Young...ikut info kat inlay lagu ni ada Tarja Turunen (Nightwish)...tapi puas aku ulang2...tak dengar pun suara minah ni...rupanya dia cuma nyanyi background jer...bukan duet...padan la suara Klaus Meine je yang dengar...



Lagu2 slownya Lorelei dan The Best is yet to come pun makin dengar makin best...cuma SLY jer lambat skit kepala aku nak tangkap...Lagu2 heavy memang takder hal...biasa la catchy ala2 scorpions kan...lepas 3,4 round dah boleh tangkap la melodi dia...tapi paling nak puji suara atuk Klaus Meine ni...tua2 pun suara masih power...ntah makan apa la orang tua ni kan...

Bab production....macam biasa....jarang album scorpions sound teruk kan...mesti tip top punya....riff2 dan solo Rudolf dan Matthias Jabs memang masih menyengat...takder komplen la...aku suka jugak drummer dia James Kottak (ex Kingdome Come) tu...



So...rumusannya...kalau ini lah album terakhir mereka...aku masih belum puas...rasanya dorang masih boleh berkarya lagi...tapi biasala...semua yang bermula pasti akan berakhir...apa2 pun aku enjoy album ni setelah kali terakhir aku betul2 dengar Scorpions masa album Face The Heat...


****aku tak pernah tengok Scorpions main live depan mata...tapi aku pernah jumpa dan salam dorang masa seisi bertemu peminat kat Plaza Kotaraya, Johor Bahru masa pertengahan tahun 90an dulu (tak silap promosi Face The Heat)...sayang tu jam lum ada kamera handphone untuk aku bergambo kenang2an ngan dorang...dan yang tak leh lupa..masa tu hari kerja...sempat aku ngulor sejam dua untuk jumpa dorang...heheh...

Monday, July 5, 2010

forlan

Letih nak cerita pasal world cup...Argentina dah jadi lauk...hahaha...power metal betul la Jerman ni...tak agak2 sampai 4 bijik....bak kata Maradona pun "England weren't so bad after all"...huhu...

Rasanya favourite masuk final Jerman Vs Belanda kot...tapi alang2 tinggal satu jer team selain Eropah...aku harap2 Uruguay boleh go all the way...kasi upset skit la kan....baru best...

Tambah pulak Uruguay kan ada Diego Forlan...budak2 Liverpool sure tak leh lupa mamat ni kan...Kat Manchester United sapa2 yang score lawan Liverpool mesti dapat status cult punya...tambah2 pulak score 2 bijik dalam masa 2 minit...ingat tak EPL tahun 2002 dulu yang Dudek kena otek2 ngan dia tu..



apa2 pun may the best team win...harap2 kali ni top scorer dapat la score lebih dari 6 bijik...dah berpuluh tahun 6 bijik je kan...

Friday, July 2, 2010

Broken Heroes

Awal bulan macam biasa agak bz skit...tak sempat nak buat entry pepanjang...cuma nak share sebuah lagu lama yang tetiba aku teringat bila dah beberapa minggu layan siri World War 2 Lost Films kat History Channel...lirik dia ada kena mengena..

walaupun aku tak dapat follow kesemua episode documentary ni....tetapi sebagai follower cerita2 perang macam Saving Private Ryan,Patton,Letters from Iwo Jima,Full Metal Jacket,Tora!Tora!Tora dll...maupun tv siri macam Band Of Brothers dan The Pacific (dan kecik2 dulu citer combat)...rasa teruja jugak nak tengok rakaman peristiwa yang dah 60 tahun berlalu ni...tambah dalam kaler pulak tu...Documentary ni memang menarik...cuma yang tak bestnya side belah US ajer...nak jugak tengok cerita belah Jepun dan Jerman kan...

Tapi bila tunjuk footage beribu orang yang mati pasal perang ni...terutama askar2 jepun macam kat Gudalcanal tu rasa sedih pulak...berbaloi ker pengorbanan dorang tu?...

Apa2 pun jom layan lagu ni "Broken Heroes" dari lagenda NWOBHM "Saxon"...dulu2 aku selalu dengar lagu ni...best.



***Saxon dah pun rilis remastered version semua album2 lama dorang...iskh...kalau la tetiba aku tersepak duit....