Monday, December 19, 2011

Jerangkung Dalam Almari

Sekali lagi ke tahun 1991...kali ni rock melayu la pulak...



Wings - Jerangkung Dalam Almari

Ketika album ni diriliskan...aku memang dah kurang dengar rock melayu...so aku memang tak ambik tau sangat pasal JDA ni pada awalnya...tapi setiap kali nak ke bandar Segamat (masa ni aku duk ITM Segamat) drebar bas ITM tu selalu beno pasang JDA ni kat dalam bas...bila dah banyak kali dengar...rasa best la pulak...

Jujurnya aku tak pernah beli kaset JDA...aku pau adik pompuan aku punya...tapi cd ni aku beli beberapa tahun yang lepas...benda dah 20 tahun...tapi rasanya tak terlambat untuk aku buat review yang bukan teknikal tapi ikut telinga aku...

1-Watari (intrumental)
seawal track pertama kita dah dihidangkan gorengan gitar Joe...tidak dinafikan album ni memang betul2 menyerlahkan kerja gitar Joe...ntah kenapa nama dia selalu terkebelakang kalau bercerita pasal gitar hero kat malaysia ni...tak banyak band rock Malaysia buat instrumental...antara yang aku suka selepas Sentuhan Kidal - Lefthanded.

2-R'N'R Lu Punya Suka
Aku suka...sedap...antara yang paling aku suka...bukan takat album ni...tapi keseluruhan lagu2 Wings...lirik pun sempoi abis..."Gua jerit sampai perit, pasal tiket sepuluh ringgit".... "Seluar koyak, main cinta menangis dengar lagu cinta"...haha...
Start suka lagu ni kalau tak silap masa Muzik Muzik TV3...ada video clip untuk pencalonan lagu ni kan?...Tak banyak band main rock n roll cenggini...Wings buatnya jadi best...teringat pulak kat satu lagi lagu rock n roll yang aku suka "Aku,Mercedes & Rock n Roll - Black Rose.

3-Aku Pun Tahu
Selepas Sejati...bukan satu kerja mudah nak follow up ngan lagu best camtu...kira "Aku Pun Tau" ni ok la...satu2nya lagu slow rock kat JDA...feeling jugak kalau dengar malam2 time hujan sejuk2 ni...teringat zaman naik bas ITM usha2 awek sebelah tapi tak dapat respon...hahaha..

4-Gemala Saktiku
lagu blues yang agak meleweh...lagu yang paling aku tak suka...memang selalu kena skip kalau pasang cd...tu hari masa pasang kat kereta pasal nak dengar balik untuk buat entri ni...wife sound..."ngantuk la lagu ni...." aku jawap sambil tekan butang >>...yang selepas ni konpem segar....

5-Lipas Kudung
Jojet is the best kat lagu ni...no disrespect to Black...tapi aku memang suka permainan Jojet sejak Gersang...(cekidot lagu Jiwa Rock N Roll)...lagu paling heavy dalam JDA...kerja gitar Joe pun best...satu lagi favourite aku dari JDA...
(btw...Gersang ni dasat2 gak pemuzik dorang...bila la dorang nak buat reunion ek...heheh...)



6-Dalam Kehadiran Sofiah
Satu lagi lagu slow blues...mungkin pengaruh popularnya Still Got The Blues - Gary Moore ketika tu mebuatkan Wings merakamkan lagu2 jenis camni....agaknya la...bukan untuk taste aku tapi aku ada ex-opismate yang suka lagu ni...tiap kali keluar breakfast/lunch naik kereta dia konpem dia bukak lagu ni...selagi lagu ni tak abis...walau dah sampai lokasi...mesti kena tunggu abis...baru boleh keluar kereta...
btw...Wings pernah bawak lagu ni live tak?...teringin nak dengar Awie live part jerit2 tu...

7-Kau Bukan Brader
lagu yang tak berapa nak heavy...mula2 dulu aku tak berapa suka nak dengar...tapi ok la...riff/solo Joe maitain terbaik...Bass Eddie pun sedap...naper yer jarang ada cerita pasal Eddie ni...bagi aku kalau kena undi pemain bass terbaik kat Malaysia ni....konpem aku undi dia...

8-Jerangkung Dalam Almari
baca tajuk teringat Skeleton In The Closet - Anthrax...tapi takder kena mengena...heheh...satu lagi lagu ala2 rock n roll acuan Wings...satu lagi lagu fav. aku dalam JDA...liriknya tu mengingatkan boss IT Dept company lama aku...dia cakap M.Nasir/Loloq budak tasauf...baca lirik JDA ni "Apa ada dalam kamu...Ada juga di dalam diri..Apa ada dalam diri..Ada juga di dalam kamu..." tu bahasa tasauf tu..mendalam maknanya kata dia...aku errr yer ker...dalam hati rock jugak orang tua ni...heheh...

9-Awang Trasher
yeayyyy...lirik yang sangat trendy...ada Sodom ada Metallica...maklum la zaman tu kan zaman thrash...walaupun ni bukanlah lagu thrash...heheh...tapi lagu ni memang layan...

10-Tirai Horizon
lagu mid tempo...ntah kenapa setiap kali dengar lagu ni mesti teringat dressing ala2 Klaus Meine dan Mathias Jabs yang Awie dan Joe pakai masa satu show kat TV3 dulu tu...scorpions abis...heheh...apa2 pun lagu ni memang sedap...jenis2 rilek jek...



Kesimpulannya...aku memang suka hasil kerja Joe kat JDA...riff2 dan solo2 dia semua best...cumanya produksinya agak kurang....sound agak mendap...jenis nak kena tinggikan volume baru best dengar...tapi tak kisahlah...JDA ni memang best...Kelab Peminat Wings pun ada buat tshirt sempena 20 tahun album ni...cekidot blog peminat tegar Wings ni Speedrider

tapi secara peribadinya...kalau album Wings yang paling aku suka...aku pilih Belenggu Irama...bukan pasal apa pun...tapi lebih kepada nilai sentimentalnya kepada aku...tapi pada sapa2 budak2 baru yang tak pernah dengar JDA...korang rugi...heheh..

14 comments:

  1. tgk gmbr awie tu... punggung lentik hahaha~

    ReplyDelete
  2. album menarik utk dilayan masa drive long distance

    ReplyDelete
  3. kalu perasan album ni & Teori domino ada tulis barang2/gadjet yang dorang pakai masa rekoding kat inlay. Aku rasa sound dia macam karisma-Search. Kalau tak silap engineer dia samakan. Tu jam tak silap nak buat ala2 live album.

    ReplyDelete
  4. aku suka semua lagu dlm album ni.... yup aku setuju pasal kualiti produksinya ada kureng sikit hehehehehehe

    ReplyDelete
  5. masa dok kat hostel jenuh dengar lagu ni... yang mat rock semua pakat pasang album ni.

    ReplyDelete
  6. Album ni antara contoh klasik bahawa orang luar takde la terer mana kalau nak dibandingkan dengan orang tempatan.

    Untuk makluman, engineer album ni ialah Akira Yamauchi namun Roslan Aziz-lah yang banyak me'repair' kembali kejuruteraan album ni sebelum keluar ke pasaran.

    Dalam Kehadiran Sofiah live telah dirakamkan dan dimuatkan dalam album Wings 21st Anniversary: Live At Planet Hollywood 2008. Aku Pun Tahu pula telah dimainkan ketika showcase Wings di Hard rock Cafe, KL 2009.

    ReplyDelete
  7. tu dia...org kuat dah bersuara...thanks zan for info...

    macam matakucing cakap...aku rasa Wings jer satu2nya rock melayu yang siap tulis barang2/gadjet yang dorang pakai kat inlay...

    ReplyDelete
  8. nice info dari Zan pasal Akira.

    Pada aku pulak, Belenggu Irama vs JDA memang agak sengit. Dua-dua power. Kadang2 aku tak ada jawapan album mana yang aku betul-betul suka.

    ReplyDelete
  9. Belenggu Irama seperti yang semua orang maklum, hanya 3 lagu yang dimainkan sendiri oleh Sham & Black.

    Kalau pikir feel, JDA lebih menampakkan pengaruh sebenar asas muzik Wings sendiri.. Blues Rock & Roll...:-)

    ReplyDelete
  10. Aku tak puas hati, bro Eddie taknak jual LP JDA dia tu Zan.. hahahahahah

    ReplyDelete
  11. Zan...Belenggu Irama tu Opie Bloodshed eh..

    ReplyDelete
  12. kalo ko dengar 91.3 tu jam,
    masa Wings kat studio, M Nasir dah promote album ni tapi dia panggil ni album Braders.

    ReplyDelete
  13. RnR lu punya suka! Antara lagu terbaik dlm album ni!

    ReplyDelete
  14. JDA bagi aku antara album paling bagus, paling kemas, dan paling keras, sebelum Joe banyak gentel. Teknik permainan gitar dalam album ini sangat unik. Lagu RNR lu punya suka memang best, JOE main slide gitar yang mengancam, dan jarang aku nak dengar slide gitar dari gitaris rock malaysia. Dalam kehadiran sofiah pulak memang ada style tersendiri, lagu ni buat aku nak beli gitar akustik, cara joe main, cara joe bikin blues akustik memang susah, dan ada kelas tersendiri.

    Lagi JDA itu sendiri ialah satu falsafah rock yang ditulis baik, istilah JDA ialah dari bahasa inggeris Skeleton in the Closet, dan menghayati lirik lagu JDA , kita akan faham jiwa anak muda , dan tentu sekali jiwa wings ketika zaman itu, tapi aku tak boleh nak kata sangat, sebab tahun 91 aku baru darjah satu.

    Tirai horizon ialah lagu semangat yang aku pasang, sebagai pembakar semangat aku. Lirik dia mantap, dan solo dia menunjukkan kreativiti dan identiti JOE WINGS.

    Bagi aku JDA album paling keras yang WINGS pernah buat, sebab bukan pasal sound, tapi JIWA album ini sendiri, lirik dia, falsafah dia, semangat dia,

    ReplyDelete