Monday, December 12, 2011

You Only Live Twice

malam ke 5 siri filem James Bond di astro HBO..





You Only Live Twice (1967)

Sedikit info...ketika filem ni...dah ada ura2 yang Sean Connery akan berhenti jadi James Bond...tapi dia kembali 4 tahun kemudiannya untuk Diamonds Are Forever..

ok...kali ni...aku pastikan anak aku tak tengok bersama2 untuk cerita ni...baru la line clear...heheh...untuk perhatian...cerita2 James Bond ni memang tak sesuai untuk budak2...

Pendapat aku You Only Live Twice adalah lebih mengarut dari Thunderball...ok..semua filem James Bond pun mengarut dan tak logik...tapi yang ni terlebih kartunnya...ada ker roket boleh telan kapal angkasa???..hehehe...memang dah macam cerita kartun...tapi maafkan lah...ni filem 60an...kira klasik la idea tu....tapi dia punya gadget2 kat helikopter "Little Nellie" tu agak kool jugak...

Satu yang aku tak suka citer2 lama ni bab adegan memandu kereta...nampak sangat ia dilakonkan kat dalam studio...gambo orang dan latarbelakangnya memang sentiasa nampak janggal...bab special effect...macam Thunderball...kalau zaman 2011 ni kira grade B movie la...

You Only Live Twice ni dilakonkan sepenuhnya kat Jepun...so awek James Bondnya pun dah tentu2 awek jepun...mungkin kalau zaman sekarang aku terbayang Miyabi (huhuhu...) tapi untuk tahun 60an...Mie Hama dan Akiko Wakabayashi tu pun kira ok la...heheh..

Satu lagi aku nak komplen cerita ni bab dia tunjuk cerita2 pasal jepun...agak meleret membuang masa...contohnya bab adegan tunjuk ninja berlatih tu...satu2 dia tunjuk macam dokumentari pulak...takder pun tak terjejas jalan ceritanya...

apa2 pun menonton kerana nilai klasik dan ini filem James Bond...kalau tak pasal tu memang tak berminat aku nak nengok sampai abis...sorry...walaupun gadget2 dia kool...mungkin zaman budak2 dulu boleh buat aku terpaku...tapi tidak untuk sekarang....

btw...best dan lawak pulak menonton dalam versi alih bahasa ni...heheh...

2 comments:

  1. bg aku filem bond yg plng mengarut (sbb terlalu advance utk zamannya) ialah "moon raker"

    ReplyDelete
  2. hero macho sangat. Best tengok sambil mengutuk.

    ReplyDelete