Tuesday, January 31, 2012

Search Sepuluh Tahun

Lagi cerita pasal kaset yang patutnya aku publish tahun lepas


Search - Sepuluh Tahun (1991)


Kalau tahun lepas sempena 30 tahun penubuhan Search...dorang buat konsert...tapi 21 tahun yang lalu masa menyambut 10 tahun....dorang rilis kaset ni..

Kalau tengok gambo kaver tu...jangan keliru...Ini bukanlah rakaman live...tapi merupakan koleksi lagu2 Search yang sebenarnya tak leh nak kata koleksi lagu2 sepanjang 10 tahun mereka...tapi lebih kepada lagu2 selepas era Polygram Records...lagu2 dari album Fenomena dan Karisma...lagu2nya adalah..

Ku Taklukkan Dunia (Fenomena 1989)
Emanuelle (Karisma 1990)
Teguh (Karisma 1990)
Gadis Misteri (Fenomena 1989)
Derap Komando (Fenomena 1990)
Fenomena (Fenomena 1989)
Melastik Ke Bintang (Karisma 1990)
Isabella (Fenomena 1989)

Takder la menarik sangat kan...tapi mungkin bagi pengemar/pengumpul tegar Search...kaset ni perlu ada adalah kerana 4 lagu barunya yang rasanya tak jumpa kat album lain

Cinta Kita (duet dengan penyanyi indon Inka Christie)
Manusia Oh Manusia
Mencari (instrumental)
Malam (cover Kembara)


Kaset ni aku tak beli pun...kalau tak silap adik aku masuk peraduan majalah apa ntah aku dah lupa dapat hadiah kaset ni...Gila Gila kot...bertahun dah kaset ni tersorok dalam gerobok kat kampung...baru2 ni aku terjumpa balik....seingat aku...dulunya aku selalu bukak kaset ni adalah pasal nak dengo solo Din Mayat kat lagu Mencari...




Tak pasti kaset ni ada rilis dalam bentuk cd ke tak...rasanya kalau pun ada...yang buat aku rasa nak beli pun hanyalah pasal instrumental ni...

apa2 pun harapan aku...kalau la Search ada buat anniversary lagi...terutamanya konsert...panggil la semula semua line-up lama Search...Man Kidal, Hillary dan Yan...kalau Scorpions boleh satu stage semula ngan Uli Jon Roth, Michael Schenker dan Herman Rarebell...tak kan Search tak boleh??...teringin betul aku nak nengok line-up Cinta Buatan Malaysia live depan mata...agak2 boleh jadi tak?...

btw...komen Adam Global Chaos <sini> jadi bahan hangat kat FB...ramai peminat Kid marah...tapi pendapat aku...Kid tu macam Mael XPDC la...bagus dalam album...tapi hancus atas stage...heheh...ala...it's only rock n roll....but i like it...









5 comments:

  1. Aku ada cd dia. Beli kat Singapore Muzika Rekods dulu2.
    Herannye ada stiker pasaran Indonesia kat cd tu.
    Aku rasa limited copies for Indonesian market je.

    ReplyDelete
  2. Search 10 tahun ni, LP pun ada, jangankan cd. Cuma harga LP sekarang memang tak masuk akal. Deaf lebih maklum hal ni..:-)

    ReplyDelete
  3. deaf,zan...thanks for info...maklum la aku Search zaman BMG ni bukannya aku follow sangat masa tu...

    ReplyDelete
  4. 4 lagu tu rasanya mcm b-side karisma..amat terserlah dari segi sound dia

    ReplyDelete