Saturday, October 13, 2012

Song For Friends

Carburetor Dung - Song For Friends (1993)



Kaset ni termasuk dalam perjanjian trade bersama Breed New Agenda saya dengan En Adi Herman...rasanya sebelum ianya terbang ke Bintulu ada baiknya jugak saya membuat satu entri untuknya sebagai kenangan.

Walaupun muzik sebegini bukanlah citarasa saya...tetapi memandangkan pada masa tu ianya menjadi satu trend...alternative...grunge...tidak dapat tidak saya juga terpengaruh untuk mendengarnya. Apatah lagi ini adalah band Joe Kidd...fanzine"Aedes" dia adalah antara yang saya suka baca lewat 80an dulu...masih saya tak lupa surat dia kepada saya yang mengatakan "tak sangka ada peminat thrash dari Johor"...mungkin pada ketika itu cuma saya lah satu2nya orang Johor yang pernah membeli fanzine Aedes darinya...maklumlah   zaman tu Johor lebih dikenali dengan band2 hard rocknya sahaja...



Kalau saya tak silap...kali terakhir saya memainkan kaset ini adalah dua tiga bulan selepas membelinya...ini bermakna sudah hampir 19 tahun ianya terperam di dalam simpanan saya...saya harapnya ianya masih boleh dimainkan...(En Adi...kalau tak boleh...framekan sahaja untuk kenangan...heheh) Ini juga bermakna saya telah lupa bagaimana bunyi lagu2nya...satu2nya lagu yang masih saya ingat cuma "Boo Hoo Clapping Song"...tu pun pasal ada beberapa kali saya mendengarnya disana sini.

Mungkin ada lagu2nya di YouTube...tapi memandangkan entri ini bukannya untuk mereview...ada lebih baik saya gunakan masa saya untuk benda yang lain..heh...




8 comments:

  1. boo hoo clapping song.. keluar dalam Melodi... terus aku sambar kaset ni... dan sekarang menjadi pusaka kawan aku....isk!!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih daun keladi tuan berteromber...kalau tiada aral melintang, esok saya akan htr guna poslaju CD double-disc IM saya kpd tuan, haha i never regret it sebab berbanding CD IM tu dengan kaset ni, kaset ni lagi rare sbb skrg memang susah nak jumpa di pasaran...

    ReplyDelete
  3. Saya tujukan lagu boo hoo clapping song pada tuan rumah berteromber sempena hari lahir anda.

    ReplyDelete
  4. Saya tujukan lagu boo hoo clapping song pada tuan rumah berteromber sempena hari lahir anda.

    ReplyDelete
  5. album ni memang nostalgik bagi aku. sayang...macam faizal jugak, kaset ini jadi harta pusaka member... :(

    ReplyDelete
  6. carburetor dung ---> mi scusi....


    salah satu punca kuasanya nya hehehehe

    ReplyDelete