Monday, April 29, 2013

Chaos A.D.

Yang dah cecah 20 tahun...


Sepultura - Chaos A.D. (1993)

"The Beginning of the End". Mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mengambarkan Chaos A.D.
Tapi pastinya ada juga yang tidak akan bersetuju. Biasalah...selera lain-lain.

Chaos A.D. merupakan titik bermulanya perubahan mereka. Ada 2 kemungkinan yang berlaku. Samada mereka mula menjumpai identiti sebenar mereka iaitu tribal sound ala Brazil ataupun mereka cuba mengikuti perubahan semasa dengan memainkan groove metal ala Pantera yang kemudiannya mencetuskan nu-metal.



Tetapi bagi saya, Ini adalah rilisan terakhir dari Sepultura yang boleh masuk kepala. Bermula dari Roots dan ke atas memang malas dah nak ambil tau. Bagi saya Sepultura dah mati selepas itu. Dengan tribal sound (mungkin boleh juga dipanggil world music metal), groove metal dan nu-metal,mereka sudah pastinya akan mendapat peminat baru...mungkin lebih ramai...mereka terus kekal relevan untuk tahun-tahun 90an...tapi tidak untuk saya. Mungkin jika anda pengemar thrash/death metal, anda akan bersetuju.

Chaos A.D tidaklah sehebat Arise. Tak boleh nak banding Beneath The Remains dah ke bawah...ianya memang berlainan. Tetapi tidak boleh dinafikan ianya sebuah album yang baik. Chaos A.D. agak perlahan temponya berbanding Arise. Walaupun begitu masih ada thrashnya. Andreas Kisser bukanlah seorang gitaris yang sangat teknikal. Solo-solonya pun biasa-biasa sahaja tetapi dia sentiasa mempunyai rif-rif yang sangat catchy. Tetapi kunci utama Chaos A.D. terletak kepada Igor Cavalera. Ketukan drumnya memang awesome.


Lagu -lagu seperti Refuse/Resist, Territory, dan Nomad adalah penyelamat untuk mereka. Penyelamat di sini bermaksud peminat-peminat lama mereka sudah pasti akan menyukainya. Manakala Biotech Is Godzilla membuka lembaran baru dengan elemen hardcore punk mereka.

Kesimpulannya ia adalah sebuah album yang bagus tetapi ada lagi yang bagus yang pernah dihasilkan oleh mereka. Band perlu berevolusi...tetapi tidak semuanya akan diterima peminat. Chaos A.D adalah legasi  thrash terakhir dari Sepultura....sekurang-sekurangnya itulah yang saya rasakan.




Friday, April 26, 2013

Memori PRU

PRU 13 dah dekat dah...aku memang minat politik...tapi tak pernah berani untuk betul2 menceburinya....memang banyak memori pasal PRU ni kalau aku nak cerita...antaranya...

1 - Seperti majoriti anak Johor...aku lahir dalam keluarga UMNO...biasalah...UMNO lahir kat Johor....dari kecik dah terbiasa dah dengan lambang keris dan dacing. Abah aku agak aktif berpolitik walaupun sekadar ahli biasa. Tampal poster dan berkempen memang kerja dia. Abah aku merupakan pendedahan awal aku terhadap politik.

2 - Mula tau pasal PRU adalah masa tahun 1982 (PRU 6)...umur aku 11 tahun...tak silap ini pilihanraya pertama untuk Dr Mahathir sebagai PM...dan ini juga pilihanraya pertama yang membuka minda aku...memang seronok tengok banyak poster2 kat tiang letrik dan pokok...masih aku ingat kata2 makcik jiran aku "kalau BN kalah...nanti komunis DAP perintah...abis la kita semua...hidup susah macam zaman Jepun semula"....walaupun tu jam aku budak...tak berani nak jawap takut nanti kata kurang ajar pulak...tapi aku terpikir...nak buat apa susah-susah buat pilihanraya kalau kalah kita hidup susah....macam tak logik...baik kalau camtu tak payah buat pilihanraya...senang...hidup aman terus....pekara ni agak lama bermain dalam kepala otak aku hinggalah akhirnya aku dapat jawapan kemudiannya.

3- PRU 7 (1986)...dah sekolah menengah...dah pandai ikut dengar ceramah politik...tu jam pembangkang kat tempat aku adalah parti yang orang kampung aku panggil parti kepala lembu (PSRM). Paling tak lupa dalam satu ceramah kat kampung aku, Wakil PSRM Allahyarham Razak Ahmad kena baling telur busuk masa ceramahnya. Yang baling ni budak2 mat gian yang kena upah oleh seseorang yang berpengaruh kat kampung aku. Masa tu aku macam hilang rasa hormat pada dia. Kata demokrasi...kenapa nak baling2 pulak...mula dari rasa simpati tu tetiba aku macam berminat nak tau apa yang pembangkang ni perjuangkan sebenarnya...

4- PRU 8 (1990)..di IPT...aktif juga untuk politik kampus...menjadi tenaga kempen untuk pemilihan wakil pelajar....tapi umur belum cukup untuk menjadi pengundi yang sebenar...ni zaman Semangat 46...masih aku ingat ramai orang kampung aku agak cenderung kepada mereka...serpihan UMNO...sentimen S46 itu UMNO yang asal...UMNO yang lahir di JB...tapi last minit spin bijaksana Dr Mahathir yang letak gambo Tengku Razaliegh pakai tengkolok kadazan lambang salib kat semua akbar dan tv berjaya mengalahkan mereka...masih aku ingat pakcik/makcik kampung aku mengatakan betapa bahayanya Tengku Razaleigh ni...menyokong kristian.....memang hebat propaganda media ni kan...ini mengingatkan aku kepada peristiwa no 2 di atas....menakut-nakutkan orang kampung adalah satu kempen yang paling berkesan...manisfesto bukan... :P

5 - PRU 9 (1995) - Dah kerja...kali pertama mengundi...tapi ketika ini aku agak slow down dalam politik...sibuk dengan kerja menjadikan aku pengundi atas pagar...tetapi hati aku sedikit berat kepada PAS...mungkin kerana semasa di IPT aku berkawan baik dengan rakan2 yang cenderung kepada PAS...walaupun aku metal...member2 metal kebanyakannya tak minat pasal politik...member-member Johor hanya tau UMNO...maka untuk berbual pasal politik yang lebih terbuka aku banyak bercampur dengan member dari negeri lain...terutamanya geng2 Usrah (yang majoritinya sokong PAS) dan geng2 tabligh (yang majoritinya tak menyokong pun pilihanraya)...ketika ini PAS macam tak ujud pun di Johor...hanya ada S46/PSRM dan DAP...so mengundi di Johor...aku memang atas pagar...

Seronok pulak bercerita...tapi nanti rajin aku sambung lagi...tapi antara kenangan pasal pilihanraya masa kecik yang tak boleh aku lupa adalah adalah iklan tv tahun 80an pasal pergi mengundi...yang mamat tu datang lambat dah tak boleh nak mengundi tu...takder pulak siapa2 yang upload kat youtube...ni antara iklan yang aku tunggu2 kalau musim pilihanraya selain lagu klasik ni...


sayangnya untuk PRU 13 ni dah tak dapat dengar dah lagu mengundi Jamaluddin Alias ni....nyampah betul dengar versi baru yang rap tu...








Tuesday, April 23, 2013

20




ingat malas nak tulis apa2...maklum lah asyik menang ajer kan....tapi memandangkan ini bukan hari rabu...kena la tulis jugak...cakap banyak pun tak guna....Manchester United adalah juara BPL untuk season 2012/2013.

Kepada haters...sila jeles...heheheh...


UNITED! UNITED! UNITED!




Monday, April 22, 2013

Demons and Wizards

Lama dah cari...tak sangka akhirnya terjumpa..dah 41 tahun dah umurnya ni...


Uriah Heep - Demons and Wizards (1972)

Kalau sebut band-band rock 70an, Uriah Heep adalah salah satu yang paling aku suka. Pernah cerita pun pasal ni 3 tahun yang lalu. Cekidot >SINI<

Lama dah mencari album ini. Kat e-bay pun selalu kalah bid. Tapi tak sangka pula akhirnya terjumpa depan mata dengan harga yang sangat murah. Terimakasih kepada En. Portdy kerana memaklumkan aku Popular Plaza Pelangi ada buat sales cd bulan lepas. Walaupun aku datang 2 hari terakhir sales, cd-cd yang kau sebut tu pun banyak yang dah takder. Tapi aku terjumpa hidden treasure ni.


Mungkin bukan hidden treasure pun bagi orang lain...kalau tak...tak kan lah masuk kategori sales RM9.90 kan...tapi bagi aku Demons And Wizards memang best. Memang aku rekomended bagi sesapa yang into rock 70's. Pada aku selain Deep Purple, ini lah band yang patut anda dengar kalau anda meminati Hammond Organ. Ken Hensley memang best. Dia bersama Jon Lord memang takder siapa boleh lawan...

Lagu-lagu seperti The Wiazard, Traveller In Time, Easy Livin' memang menjadi favourite aku kalau sebut pasal lagu rock 70's. Memang klasik...sayangnya kalau sebut Uriah Heep..ramai yang cuma tau Lady In Black...


Yang menariknya cd ni cd Malaysia Edition tapi ini pertama kali aku jumpa cd Malaysia Edition yang bukan jenis kaver sekeping. Booklet tebal cuma kalernya lah kelam sikit. Nak jimat kos printing agaknya. Tapi dengan harganya tu, aku kira ianya sangat berbaloi. Ianya adalah versi remastered. Bermakna mungkin ada lagi album-album lain Uriah Heep Malaysia Edition yang di jual. Sayangnya kat sini cuma ini lah sahaja yang ada.

Mana tau satu hari nanti terjumpa album-album lain...harap sangat dapat Salisbury, Look at Yourself atau  The Magician's Birthday...

REKOMENDED!





Saturday, April 20, 2013

Vs Pahang



Liga Super 19hb April 2013
Johor Darul Takzim 1  Pahang 0
(Leonel Nunez 47')


Macam biasa...lambat update...cuma kali ni alasannya sibukan hal2 penamaan calon... :P

1- Kali ke 2 dipayung untuk duduk di grandstand. Terimakasih kepada pemayung...maklum lah bukan senang nak dapat tiket grandstand. Dengar cerita ada yang beratur sejak pukul 6.30 pagi lagi...tak sampai setengah jam kaunter bukak...tiket grandstand dah abis...maklumlah grandstand ni tempatnya terhad...mana untuk VIP lagi...untuk penaja...yang pas bermusim....sudahnya yang untuk rakyat marhaen ni memang sangat terhad.

2- Penonton memang luar biasa ramai...hari berkerja pun punyalah ramai...rasanya ini yang paling ramai setakat ni...ramai yang tak dapat tempat duduk...tiket oversold ker apa ni....tu hari masa game Selangor...kat grandstand tak lah sesesak ni....yang tempat terbuka tu tak yah cerita la...memang dah macam sardin dah...ini kat grandstand pun aku masuk lepas maghrib dah takder seat kosong...nasib juga last2 dapat cari tempat...tu pun ramai yang duduk kat tangga atau berdiri ajer...kesian yang bawak anak2 la....



3- Brader sebelah aku cakap dia masuk pukul 6.30 petang...mak aii...padanlah belum pukul 8 pun stadium dah sesak...sebenarnya kalau nak senang...masuk awal...booked seat dulu...suruh member ker anak bini ker jaga seat...pastu kalau nak sembahyang ker cari makan ker toilet ker...takder hal...tunjuk tiket kat penjaga pintu cakap ko nak sembahyang ker apa...nanti dia cop kat tiket atau lengan...pastu ko boleh keluar dan masuk semula kendiannya...tu yang aku ada dengar cakap2 yang ada sedara mara tukang jaga pintu salah guna boleh masuk free guna cop tu...so tak hairan la kalau penonton terlebih sesak....

4- Jb hujan pagi...petang cuma mendung,,,so untuk pertama kalinya dapat nengok padang kering...suasana stadium tak yah cerita la...memang bergegar...penuh lautan warna biru/merah/pink...kalau nyanyi tu memang satu stadium nyanyi...sampai Zainal Abidin Raob pun cakap ini sebagai Johor Roar..lebih hebat dari Kallang Roar,,,zaman Johor hebat masa Boban pun tak macam ni dia punya meriah...macam pesta...aku rasa sesapa pun patut merasa pergi Larkin sekali....tak kisah lah kalau ko bukan fan JDT sekalipun untuk merasa apa dia suasana Johor Roar tu...orang rumah aku yang tak minat bola pun tetiba jadi suka nak gi stadium bila dah merasa pengalaman tu...harapannya semoga ianya beterusan...



5- Aku dengar B.O.S ada lagu baru...yang catchy macam lagu "Luaskan Kuasamu" (anak aku panggil lagu ayuh johor...sampaikan team JDT tu pun team Ayuh Johor... :P )...tapi rasanya tak ramai lagi crowd tahu...kena bagi promosi ni...baru semua tau...macam kes baling resit roll...ada yang masih tak pasti bila nak baling...patutnya lepas lagu ke2..lagu Negaraku...baru lah lebih cantik dan lebih sekata...benda ni dah jadi trademark Larkin dah...1st time kat grandstand pun ada baling...best!...dan tak lupa siapa la yang main mercun roket lepas game abis...haha...memang best...

6- Penyokong Pahang ramai...lebih kurang macam Selangor...tapi dorang kuat bergendang ajer...suara tak berapa...agak tenggelam....takat ni memang ATM dan Selangor punya ultralah yang paling meriah masa kat Larkin. Aku rasa penonton semakin bertanggungjawab dengan semangat kesukanan...ada satu brader tu selamba jer pegang mafla Pahang kat tengah penyokong Johor di grandstand...takder hal pun...kita sporting...sama2 nak enjoy nengok bola kan...dan aku respek kat seorang Pak Aji yang mulanya pakai kemeja...tapi ntah panas agaknya...bukak kemeja rupanya dalam ada jersey Johor...haha..sporting pak Aji ni bila kena sorak...

"SINI LAKEN"....ayat baru B.O.S untuk memelayukan "This is Larkin"










7-Tentang game...Fandi ni memang tinkerman la...ntah dah berapa game dah JDT mesti tukar player awal...cumanya kali ni kita tak kena awal...kemasukan budak2 Johor FA nampaknya makin menguatkan defend....Aidil pun nampak makin serasi dengan Kamarul Afiq...cumanya kecederaan Andrezinho mencacatkan sikit midfield...tapi bila Safee masuk...main 4-3-3 baru nampak stabil...game memang seimbang...laju...team Pahang memang boleh tahan bagus...(nampaknya semua bila lawan JDT memang besungguh2 main)

8- Baru 2 game...nama Guiza dah makin kurang di sebut dah...ni semua gara2 Abang Roy...Leonel Nunez....boroi dan berat...tapi skill dan dia punya tendangan memang class la...harap2 lepas ni dia lebih fit...kalau sekarang pun dia dah bagus...cuba bayangkan kalau dia betul2 100% fit....apa2 pun aku respek kat Mat Yo...pemain yang paling rajin...memang bagus...

9- Kembali ke puncak liga...untuk setakat sebelum game Lion XII la....semoga terus di atas...pasni ada 2 kali lagi nak jumpa Pahang....sayangnya game vs Kelantan 5hb ni postpone...nak PRU13 lah kan...


apa2pun...yang bukan penyokong JDT yang baca ni...jangan ambik hati...bukan nak berlagak ker apa...dah aku penyokong JDT...tentulah aku bias...ni bukan masalah glory hunter ker apa...mana2 team pun kalau kuat...penyokong akan ramai...tengok jer Kelantan beberapa tahun kebelakangani kan...harap2 team lain pun ada yang berani macam TMJ...semoga bola Malaysia akan kembai meriah...kan lebih best kalau nengok orang kita pakai jersey team sendiri banding pakai jersey BPL...


"LUASKAN KUASAMU!!!"



Thursday, April 18, 2013

Holy Diver

Album klasik yang dah 30 tahun


Dio - Holy Diver (1983)

3 tahun dulu dah buat dah cerita pasal album ni (cekidot >SINI<)..tetapi memandangkan ini ulangtahun yang ke 30...takper la kot kalau bercerita sekali lagi.

Sebenarnya kalau nak genap betul-betul 30 tahun...kena post entri ni pada 25hb May dan bulan depan juga kebetulan 3 tahun dah Ronnie meninggalkan kita. Cepat betul masa berlalu.

Rasanya tak perlu lah saya ulas pasal albumnya, entri dulu dah ada. Cumanya apa yang nak saya katakan inilah antara album yang mempengaruhi saya untuk jatuh cinta dengan heavy metal. Kalau tak pasal kaset apache Dio ni dulu... mungkin selamanya saya jadi Mat Diskang....heheh...



Nampaknya sehingga kini macam tak ada berita untuk rilis 30th anniversary punya special edition, maklum lah kalau tak silap baru tahun lepas jer kan rilis deluxe edition. Tapi saya masih belum berjaya membelinya dan mungkin tak akan membelinya kerana saya lebih tertarik untuk memiliki Holy Diver - Live (2006) tak kiralah dalam bentuk cd maupun dvd. Ini wish list saya yang belum tertunai. Bukan senang nak tengok album Holy Diver dimainkan keseluruhannya secara live. Walaupun ianya bukan Vivian Campbell, Jimmy Bain dan Vinny Appice yang main tapi gandingan Doug Aldrich, Rudy Sarzo dan Simon Wright memang tak kalah la...macam lagi hebat pulak.

Apa-apa pun, Holy Diver memang banyak nostalgianya. "Stand Up and Shout", "Holy Diver","Don't Talk to Strangers" dan "Rainbow in the Dark" akan sentiasa menjadi anthem untuk budak-budak tua macam saya...heheh...








Wednesday, April 17, 2013

Tuesday, April 16, 2013

Show No Mercy

Album klasik yang dah 30 tahun



Slayer - Show No Mercy (1983)

Nak kata best sangat pun tak juga tetapi jika dinilai dari segi sejarahnya, ianya antara yang terpenting. Show No Mercy dan Kill Em All adalah antara pencetus genre apa yang kemudiannya dikenali sebagai thrash metal.

Ketika itu tiada istilah thrash, memang jelas pengaruh NWOBHM dalam lagu-lagu mereka malah vocal Araya juga juga banyak ke arah itu. (dengarkan jeritan dia dalam lagu Tormentorrrrrrrrrrrrrr... :D ). Dari sound dan permainan pun takder apa yang dibanggakan tetapi mereka menjadi lebih bagus kemudiannya. Banyak lagu yang saya rasakan versi live mereka lebih menarik soundnya berbanding versi album ini.


Mungkin hanya 3 atau 4 lagu yang betul2 bagus antaranya "The Antichrist" (1st time dengar dah suka lagu ni...suka solonya...tapi tak berani nak nyanyi...liriknya setan...heheh..), "Die By the Sword" (lebih suka versi Live Undead...siapa boleh lupa intronya Araya cakap "They say the pen is mightier than the sword... I say **** the pen...cause you can DIE by the sword!!!"),  "Black Magic" dan mungkin juga "Evil Has No Boundaries". Tapi masa pertama kali mendengar lagu Siluman - Rusty Blade (Awas), saya rasa macam kenal jer into tersebut. Cuba bandingkan intro "Metal Storm/Face the Slayer" dengannya. Lebih kurang tak?

Di tahun 80an dulu, selepas Mercyful Fate dan Venom, Slayer lah pada ketika itu yang saya rasakan band yang paling setan dan menakutkan. Dengan imej salib terbaliknya, kalau orang tua saya jumpa sudah pasti kasetnya akan ke parit. Lagu hantu berubat kata abah saya.

Jika anda tak kisahkan sound yang raw dan amatur, mungkin album ini patut anda miliki. Pada saya konsep muzik yang dibawakan Slayer pada ketika ini lebih saya suka berbanding dengan album-album mereka selepas Seasons in the Abyss.





Monday, April 15, 2013

Zoo Johor

Ni kejadian cuti sekolah yang lepas...lambat buat entri...

Cuti sekolah kali ni takder gi mana...aku tak cuti...anak bongsu sibuk ajak gi zoo...so yang paling senang dan dekat adalah Zoo Johor.


Last pergi sini adalah tahun 2009...4 tahun dah...tu jam anak bongsu aku baru 2 tahun...memang dia tak ingat pun...banyak juga yang berbeza...pintu masuknya pun dah lain...dah cantik...satu yang tak berbeza tiketnya masih RM2 dewasa dan RM1 untuk budak2...untuk entri 2009...klik >SINI<



Aku pergi hari khamis...sajer pilih hari kerja ingatkan tak ramai orang...rupanya silap...cuti sekolah tak kira hari apa pun orang ramai...pegi pagi pun dah ramai...kena pulak tersaing ngan 2 rombongan budak sekolah...Ini memang berbeza dengan 4 tahun yang lalu...lengang jer...


Dulu takder tempat makan...takder tempat mainan budak2...sekarang semua dah ada...kira banyak juga yang dorang dah upgrade sejak dari 4 tahun yang lalu...baguslah...ada juga tempat kat JB ni yang berfaedah kalau nak bawak budak2...


tentang binatangnya pulak aku rasa masih sama...atau mungkin dah bertambah kot...lupa dah...yang pastinya harimau ngan singa rasanya macam lagi banyak...

baru tau rupanya unta makan kacang panjang..

Masjid Sultan Abu Bakar...view dari dalam kawasan zoo..

malas dah nak menaip...layan gambo ajer la...


pic name

pic name

"You can see his stripes but you know he's clean"


pic name

pic name


"And I would let the whole thing keep...If I could just sleep"



pic name

pic name

pic name


"And hungry eyes are passing by...On streets we call the zoo"


pic name

pic name

pic name


"What´s this funk...That you call junk...To me it´s just monkey business"



Tak tau la bila akan ke sini lagi...4 tahun lagi kot...




Saturday, April 13, 2013

Heartwork

Sebuah lagi album kegemaran yang dah cecah usia 20 tahun


Carcass - Heartwork (1993)

Ada yang kata dengan Heartwork, Carcass dah sell out. Merubah muzik mereka dari grindcore kepada teknikal death metal bolehkah dikatakan sebagai sell out?

Tapi yang pastinya, dengan Heartwork mereka berjaya menghasilkan muzik yang berat, aggressive, laju tetapi dalam masa yang sama agak melodik. Apa yang membezakan Heartwork dengan album death metal yang lainnya adalah keupayaan mereka menyusun struktur lagu dan arrangement yang agak complicated dan teknikal tetapi dalam masa yang sama agak melodic dan catchy tapi masih brutal.



Bintang utama Heartwork sudah semestinya Bill Steer dan Michael Ammott. Mungkin mereka pasangan Tipton/Downing atau Smith/Murray untuk versi death metal. Mereka menghasilkan banyak riff-riff yang catchy dan harmoni. Yang lebih menariknya solo-solo mereka agak lebih melodic kalau nak dibandingkan dengan tipikal gitaris album death metal yang biasa. Sayangnya gandingan mereka tidak berkekalan.

Saya bukanlah peminat tegar genre grindcore dan saya selalu merasakan muzik grindcore agak terbatas. Heartwork membuktikan Carcass menjadi lebih kreatif bila mereka mula bermain lebih dari grindcore.

Disebalik zaman meleweh grunge, Heartwork antara yang yang orang kampung saya cakap "Make My day". Salah satu album terhebat genre teknikal death metal yang pernah terhasil...

REKOMENDED!




Thursday, April 11, 2013

Bola Kampung : The Movie




Bola Kampung : The Movie (2013)

Layan anak tengok kartun masa cuti sekolah. Last tengok wayang kat panggung adalah pertengahan tahun lepas...genre yang sama tempat yang sama di TGV Tebrau City. Kalau dulu kartun omputeh Madagascar 3, kali ni kartun tempatan Bola Kampung.

Bukanlah rajin sangat nak ke panggung, tetapi secara kebetulan salah satu anak syarikat co. tempat orang rumah bekerja menjadi penaja untuk cerita ni. Maknanya dapat tengok free. TGV buat 3 tayangan khas untuk staff co. orang rumah. Sayangnya tidak dalam 3D...apa nak buat...nengok free...2D pun 2D la....

Walaupun tajuknya bola kampung, cerita ni takder la kampung sangat pun. Animasinya, jalan ceritanya pada aku kira standard antarabangsa. Animasinya lebih cantik dari sirinya di TV. Nampaknya walaupun standard filem kat Malaysia agak ketinggalan, tapi dari segi filem animasi, kita takder lah ketinggalan sangat.

Aku tak berapa follow sirinya kat TV, anak bongsu aku tak minat...cerita bola cerita  lelaki katanya....lainlah kalau Boboiboy....ada Yaya...tapi rasanya kalau tak pernah tonton siri tvnya pun takder masaalah...walaupun wataknya sama, tapi cerita ni takder kena mengena dengan siri tv.

Kalau anak aku yang tak minat siri tvnya kata filem ni best...aku ikut ajer la...dah ceritanya memang untuk bebudak macam dia kan...dia kata best...best la maknanya tu...



Monday, April 8, 2013

Vs Selangor


Suku Akhir Pertama Piala FA 6hb April 2013
Johor Darul Takzim 1  Selangor 2
(Safee Sali 85'p)


Macam biasa lambat update...sibuk hal2 duniawai...tambah pulak streamyx kat rumah buat hal...tak boleh on-line...dan bz la pulak kat opis pagi ni...

Antara yang aku nampak untuk dimerapukan...sorry kalau terpanjang sikit...rasa macam banyak pulak nak taip...

1 - Kalau anda perasan, tiket kat atas lain sikit...iyer...untuk kali ni aku upgrade nengok kat grandstand. Jujur cerita tak pernah seumur hidup aku dah 20++ tahun gi Larkin ni la kali pertama aku duk grandstand. Tu pun pasal ada orang payung...heheh...maklum la bukan senang nak dapat grandstand..kaunter tiket bukak pukul 8...pukul 9 dah abis...aku pulak bukannya jenis rajin sangat pepagi buta dah nak beratur beli tiket...biasanya time pergi time tu la beli tiket...

view from grandstand

2 - Menariknya duk grandstand selain ada bumbung (tapi kalau kat belah 4, 5 baris bawah tu...kalau hujan basah jugak...bumbung tak sampai situ) dapat nengok player up close and personal (terutama kalau duk kat baris2 bawah la)...aku duk kat belah player Selangor...so hajat orang rumah aku nak nengok mana rupa Mahali Jasuli termakbul la...heheh..

3- Seperti kebiasaanya...hari hujan...cuma kali ni hujan awal...JB pukul 2 lebih dah hujan dah...masa masuk stadium pun masih ada rintik2...tapi yang pastinya...aku rasa ini yang paling penuh sesak...dulu parking berbayar kat sebelah SAJ masuk lepas maghrib pun ada kosong...ni aku sampai pukul 6 pun dah berpusing2 nak cari parking...aduhai...

4 - Stadium memang pack...aku rasa memang lebih dari 30,000....belum pukul 8 pun stadium dah penuh dah...giler dasat...kalau masa lawan Terengganu aku rasa macam slow sikit....tapi kali ni suasana memang bergegar...meriah...hebat...perasaan yang anda tak akan dapat rasa kalau anda hanya berbaring depan tv nengok kat rumah....

baling resit roll dah jadi tradisi larkin dah...

5 - Aku ingatkan yang duk grandstand jenis yang senyap makan kuaci sambil nengok bola...rupannya sama hebat...nyanyi2 semua...memang meriah...walaupun ramai yang bawak anak...tapi yang aku sukanya grandstand...time balik tu takderlah besesak2 nak keluar...pintu luas...tak macam tempat tempat terbuka pintu kecik...kalau bawak anak memang problem nak keluar...aku selalu terpikir kalau ada tragedi...macam mana la agaknya berpuluh ribu orang tu nak keluar ikut pintu yang kecik cam tu...tu pasal kat eropah stadium mana ada pagar2....

6 - Antara banner/kain rentang giler besar yang aku nampak ialah "This Is Larkin"...siap passing2 banner tu bergerak dari tepi stadium hingga ke arah penyokong Selangor...rasa macam nengok liga Itali la pulak....lainnya banner "Thank You Guiza & Del Nero"...

7- Penyokong Selangor adalah antara yang terbaik selepas ATM...memang meriah dorang siap gendang dan nyanyi2 semua...selepas ATM dan Singapura...Selangor lah yang paling ramai kedatangan penyokong mereka...tahniah la pada mereka...takder kejadian tak di ingini belaku...semua pun ok2 ajer..

penyokong Selangor

8 - Tentang game...dah macam terbiasa pulak...asik2 JDT kena dulu....awal2 selalu kena...lambat panas...lepas 15 minit...JDT kontrol game...main ok...sayangnya penalti Guiza tak masuk....memang banyak peluang nak score...masa main 10 orang masih kontrol game...mungkin takder nasib...apa2 pun keeper Selangor Norazlan Razali tu memang tengah on form la...banyak betul dia save...budak Johor ni kan...harap2 season depan dia balik Johor...heheh...

9 - Ini 1st game kalah kat Larkin untuk musim ni...sedih....orang rumah kata mungkin badi 1st time nengok kat grandstand...heheh....apa2 pun....tahniah la Selangor...kita jumpa kat Shah Alam pulak lepas ni....dan sad end jugak untuk Guiza dan Del Nero...

free kick Guiza yang tak menjadi

10 - Ini game terakhir untuk Guiza dan Del Nero...sedih la jugak kan...Guiza siap nangis masa lari keliling stadium tanda perpisahan....rasanya memang dia tak nak pergi...tapi nak buat camner...loan dia sampai bulan 8...Malaysia punya date line tukar player cuma bulan 4 ni ajer...maknanya kalau dia terus main...bulan 8 nanti masa Piala Malaysia...dia dah kena balik Getafe...dan JDT dah tak boleh tukar player lain dah...kalau nak tukar memang kena tukar sekarang...apa nak buat....Del Nero pulak masih tak fit...injured...tak dapat tunjuk kemampuan sebenar...takder nasib la dia...

11 - Walaupun ada jer hater dan yang iri hati dengan JDT, sekurang2nya apa yang TMJ dan JDT buat ni telah membuka mata peminat bola di Malaysia...kalau dulu takder sapa nak ambik tau pasal Liga M...sekarang dah berbeza...Liga M kembali meriah...kemasukan bintang2 dunia sekurang2nya akan meningkatkan mutu liga kita....liga kita akan lebih dikenali...Ni tahun 2013...takder sapa kisah Messi dan Ronaldo bukan anak jati Sepanyol...Siapa berduit dan mempunyai pengurusan yang cekap akan berjaya....ini bola era baru...siapa tak berubah akan ketinggalan...kau tak suka ker tengok bola Malaysia maju...aku sendiri lebih excited nak nengok JDT walaupun aku die hard Manchester United....sampaikan aku boleh tak tau game Utd vs City rupa2nya pagi ni...nasib budak opis aku ingatkan...aduhai...




12 - Penganti Del Nero dah tau...André da Silva dari Johor FA...dah terbukti bagus...cuma masih tertanya2 penganti Guiza...sekali ko dah ambik star...memang kena terus ambik star...nanti orang kata down grade la pulak...kabarnya Milan Baroš...penyokong Liverpool tentu suka.... kalau tak jadi mungkin Louis Saha...yang ni peminat Manchester United tentu suka...heheh...

Banyak lagi rasanya nak menaip...tapi cukuplah...kan bosan pulak orang baca...apa2 pun harap di payungkan lagi untuk ke grandstand... :D

sorry kalau ayat berterabur...nak cepat tak der semak takder edit...bz pagi ni...akhir kata...

THANK YOU Daniel Güiza!!  

THANK YOU Simone Del Nero!!



"Luaskan Kuasa Mu!"




Friday, April 5, 2013

Edge of Thorns

Album kegemaran yang dah berusia 20 tahun.


Savatage - Edge of Thorns (1993)

Tak pasti dengan orang lain, tapi untuk aku, Edge Of Thorns adalah album pilihan untuk tahun 1993. Disebalik kebanjiran muzik grunge dan alternatif ketika itu, Savatage dengan Edge of Thorns muncul sebagai penyelamat untuk heavy metal terus hidup. Sayangnya mereka sangat underated. Mungkin kematian Criss Oliva di saat album ini menghampiri kejayaan juga antara faktor menyebabkannya jadi begitu.

Pada aku ini album masterpiece. Tak kisah la kalau aku bias ker apa. Sememangnya aku peminat tegar Savatage terutamanya zaman mendiang Criss Oliva. Pertama kali mendengar solo2 hebat dia dalam album Gutter Ballet terus aku jadi minat. Memang gitar hero aku ni. Sayangnya bak kata Iron Maiden, Only The Good Die Young...



Dalam album ni memang banyak solo2 hebat dia. Memang lebih gitar oriented berbanding album sebelumnya. Maklumlah perancangan awalnya ini adalah album solo instrumental beliau selepas Jon menarik diri. Tapi atas pujukan Jon dan kemasukan Zak Stevens yang mepunyai vokal yang amat bersesuai dengan hala tuju Savatage yang baru, beliau bersetuju untuk meneruskan Savatage. Sayangnya ini adalah album terakhir beliau bersama Savatage sebelum kemalangan kereta yang meragut nyawanya. (6 bulan selepas album ini diriliskan).



Aku tak tau nak cakap apa lagi, tulis panjang2 pun tak guna (aku stuck 2 minggu nak cari ayat untuk siapkan entri ni). Senang cerita, semua lagu pun sedap sampai aku tak tau nak pilih mana yang favourite. Ini sememangnya sebuah album heavy/power metal yang wajib beli dan dengar. Gambar kulit albumnya sahaja dah cukup membayangkan isinya yang sempurna. Produksi dan sound pun tip top. Bagi peminat heavy metal atau gitar shredder...Edge of Thorns adalah album yang patut anda cari...

REKOMENDED!





Wednesday, April 3, 2013

catch the rainbow





We believed we'd catch the rainbow
Ride the wind to the sun
Sail away on ships of wonder...