Friday, May 10, 2013

Sound of White Noise

Lagi yang dah 20 tahun


Anthrax - Sound of White Noise (1993)

Majoriti band metal 80an berubah bila memasuki era 90an. Anthrax juga tidak terkecuali. Malah yang lebih memeranjatkan mereka bukan setakat berubah style muzik, mereka juga berubah vokalist. Sesuatu yang agak ganjil kerana di waktu itu mereka sedang berada di puncak.

Walabagaimanapu penganti Joey Belladona bukanlah calang2 orang. John Bush juga adalah seorang vokalist yang baik...kalau tak...tak kan lah Metallica pernah melamar beliau. Suara dan cara nyanyiannya juga agak berbeza dengan Joey. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Nampaknya Anthrax benar-benar mahukan perubahan.



Walaupun Sound of White Noise tidak lah sepopular Black Album atau sehebat Countdown to Extinction...tetapi untuk telinga saya ianya lebih baik dari Divine Intervention. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Itu terpulanglah selera masing-masing.

Pada saya ianya jenis "grower"...makin lama dengar...makin sedap. Asalnya dulu agak kurang berminat juga terutamanya adanya sound grunge dalam muzik mereka. Dengarkan "Black Lodge"...kan dah macam Alice In Chain jer bunyinya (producer pun sama). Tapi lagu-lagu seperti "Only" (sudah semestinya) dan lain-lain lagu dari side A zaman kaset terutamanya seperti  "Potters Field" , "Room for One More", "Packaged Rebellion", "Hy Pro Glo" menjadikan saya melekat kepadanya.



Kekuatan album ni pada saya terletak pada lagu-lagunya yang catchy selain suara John Bush sendiri. Sememangnya perbezaan SOWN dengan album-album awal Anthrax adalah suara John Bush. Saya rasakan  suara beliau agak kurang sesuai kalau menyanyikan lagu high pitch thrash ala Joey. Perubahan ketara Anthrax ni memang sebenarnya mengikut kesesuaian suara beliau. Dan pada saya ianya berjaya.

Walaupun saya lebih mengemari Anthrax yang lama...zaman Joey...zaman thrash...tetapi saya tak boleh menafikan SOWN sememangnya yang terbaik untuk Anthrax era John.




5 comments:

  1. John Bush tu yang band Armored Saint tu kan?

    ReplyDelete
  2. beberapa kali dah dengar ini album tapi tak grow2 juga ;)

    ReplyDelete
  3. Kalo pasal Anthrax saya masih ketinggalan, xpa masih x terlewat rasanya utk mencari rilisan mereka...

    ReplyDelete
  4. Hurmmm... Only tu best gak lagu dia. Dalam dvd Big4 ada derang main lagu tu setelah sekian lama diperap berhabuk.

    ReplyDelete
  5. aku first time dengar ni aku ada otak jam sikit haha.

    cuma aku suka tengok youtube kalau jon bush ngan anthrax pasal dia aggresif gitu kalau live.

    ReplyDelete