Friday, February 21, 2014

Wira Cyborg

Album rock melayu yang menyambut ulangtahun ke 20


MAY - Wira Cyborg (1994)

Secara jujurnya tahun 1994 adalah antara tahun-tahun yang saya tidak mengambil tahu perihal rock melayu. Seingat saya memang tidak pernah mendengar apatah lagu memiliki album ini dulunya. Lagu-lagu dari album ini saya dengar beberapa tahun kemudiannya selepas saya memiliki cd kompilasi MAY Metal.

Namun begitu lagu slow meleweh "Suci" memang agak kerap juga di dengar di radio. Lagu-lagu seperti inilah antara yang menjadi punca mengapa saya tidak lagi mahu mengambil tahu perihal rock melayu pada ketika itu. Sedih bila band segah MAY pun berjaya di"Saari Amri"kan oleh syarikat rakaman.

Pada saya tidak menjadi masalah jika mereka mahu manyanyikan lagu-lagu ciptaan Saari Amri. Tetapi sepatutnya susunan muziknya biarlah tetap berbunyi seperti MAY bukan hampir sama sahaja dengan band-band 90an seperti Spring,Spoon,Scoin dan ntahapahapa lagi yang seangkatan dengannya. Maaf lagu "Suci" memang saya skip.



Oleh kerana ini adalah kali pertama saya mendengar keseluruhan album ini, saya cuba juga mengoogle untuk mencari ulasan dan pandangan orang lain tentangnya. Sayangnya...Ntah kenapa susah betul nak baca ulasan pasal album-album melayu di internet. Kalau album inggeris sekali google berderet boleh baca. Ni yang melayu balik-balik link MP3 sahajalah yang kita akan jumpa. Tak apa la..mungkin orang kita tidak berapa minat menulis.

Ini adalah album ke 2 Yantzen bersama MAY. Saya ingat-ingat lupa bagaimana bunyinya album Ziet Giest (yang ni saya ada kasetnya dulu). Tetapi untuk Wira Cyborg ianya memang berbeza dari zaman Mus. Bukan sahaja bab lagu slow, lagu heavynya pun agak berbeza. Mungkin ada pengaruh Rusty Blade yang cuba di bawa masuk oleh Yantzen tetapi yang pastinya lagu-lagu slow mereka kedengaran seperti lagu-lagu dari album solo Yantzen. Satu lagi yang saya perasan sound gitar Abu juga agak berbeza dari MAY yang dulu.



Paling ketara perbezaannya adalah lagu-lagu berbahasa inggeris. Sebagai orang Singapura sudah tentu Yantzen boleh menulis lirik berbahasa Inggeris dengan baik. Selain "Wira Cyborg", lagu-lagu berbahasa Inggeris seperti "Exorcism" dan "Steel Warrior" memang saya suka. Terdapat unsur-unsur speed metal dan thrash di dalamnya. Vokal Yantzen juga agak sesuai dengan lagu Inggeris. Tetapi ntah kenapa bahagian awal lagu "Exorcism" sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada lagu-lagu Loudness.

Selain "Suci", memang saya tiada komplen untuk album ini. Apatah lagi 7 dari 10 lagunya adalah lagu-lagu berentak rancak. Boleh tahan. Dan saya tertarik juga dengan lagu "Kau Ingat Kau Siapa" lagu ciptaan Arwah Samad yang mempunyai kelainan dari lagu-lagu biasa MAY.



.

8 comments:

  1. May ada class dan respect sejarah dorang sendiri.
    Mus nyanyi lagu Onie dan Yantzen tak jadi hal. Mus mention their names on stage.
    Buku boxset May 25th anniversary tu pun sejarah ngan Onie dan Yantzen dirangkumi in detail cam sejarah ngan Mus.

    ReplyDelete
  2. ni 1st pressing atau reissued? nampak SRC tu pesen pressing lama, tapi logo holo ORI/KPDN tu pesen baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti...tak pernah tau dulunya album ni ada terbit dalam bentuk cd ker tak...

      Delete
  3. 2 album may yg yantzen jadi penyanyi memang aku suka lagu2 english dia..tapi tu lah..may pun telah di "saari amri" kan jugak..heheh

    ReplyDelete
  4. baru tahu yang Yantzen pernah jadi vokalis MAY dulu hehehe....sori

    ReplyDelete
  5. aku dah lupa macam mana lagu2 dalam ni,dulu aku ada kasetnya ni.. mau jadi true punya pasal habis kaset2 rock aku lupakan.. sedih juga bila fikir balik.. album hakikat yang paling mantap,kasetnya aku buat trade ngan kaset metalika haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...aku rasa kebanyakan dari kita pernah merasa fasa menjadi "true" ni...banyak juga kaset2 rock melayu dulu aku jadikan kaset dubbing....kalau pikir2 balik memang sayang....benda dah jadi rare dah sekarang...

      Delete