Antara band heavy metal 80an yang menghasilkan album kompilasi pada 20 tahun yang lalu...
WASP - First Blood Last Cuts (1994)
Visual pertama WASP saya adalah video clip "L.O.V.E. Machine" dari tape VHS Kerrang Kompilation 1. Tak pasti mungkin dalam tahun 1986 atau 1987. Pada ketika itu mereka bersama-sama Twisted Sister dan Motley Crue (era sehingga Theater of Pain) pada saya sungguh ganas dan menyeramkan imejnya. Kalau zaman tu rasa macam tak jauh pun imej mereka kalau nak dibandingkan dengan band-band yang lebih extreme seperti Slayer, Venom ataupun Celtic Frost contohnya. Sama jer setan.
Cuma mungkin dari segi muzik dan liriknya yang ada perbezaan. Tapi band yang extreme pun tak letak tajuk lagunya "Animal (Fuck Like a Beast)". Mereka jer yang buat. Sebenarnya inilah suatu yang menarik tentang album kompilasi ini. Lagu "Animal (Fuck Like a Beast)" sememangnya tak terdapat didalam mana-mana album studio WASP walaupun ianya merupakan single pertama mereka. Lagu ni dibuang oleh syarikat rakaman dari album pertama mereka bagi mengelakkan sebarang kontroversi. (tapi untuk versi reissue 1998 lagu ni ada)
Selain itu, kompilasi ini juga ada 2 lagu baru yang pada ketika itu tiada dalam mana-mana album mereka yang lainnya. "Sunset and Babylon" dan "Rock and Roll to Death". Lain-lainnya lagu wajib mereka yang perlu anda dengar seperti "L.O.V.E. Machine", "I Wanna Be Somebody", "Wild Child" , "I Don't Need No Doctor" dan lain-lain termasuk slow rock berhantu "Forever Free" dan "Hold on to My Heart".
Tapi seperti biasa mana-mana album kompilasi pun, pastinya ada lagu yang kita suka tetapi tiada. Untuk kes ini bagi saya adalah lagu "Sweet Cheetah".
Bagi sesiapa yang baru nak dengar WASP, album kompilasi ini adalah satu permulaan yang baik.
Forever free memang berhantu..lama tak dengo lagu ni
ReplyDeleteWild child banyak band dah cover..
antara kompilasi yg sedang ditarget...
ReplyDeletekalau kat mesia,ni kan SYJ tu.. hehe
ReplyDeletezaman dulu aku suka pasal janji rock.
ReplyDeletezaman sekarang metal je dah berapa mazhab.
Kadang2 aku fikir sapa yang posseur ni sebenarnye.
untuk aku JANJI ROCK. tak kisah apa mazhab metal pun.
setuju deaf...dulu semua pun kita panggil rock...tak kira la Slayer ker Bon Jovi....
Delete