Tuesday, May 6, 2014

Vs Pahang

Separuh Akhir Piala FA
05hb May 2014

Johor Darul Takzim 1  Pahang 1
( Luis Figueroa 12')


Seperti biasa...catatan merapu bergambar...

Kali pertama untuk musim ni aku dapat duduk grandstand. Tak rancang pun...dah yang payungkan tiket untuk aku cakap ini jer yang ada...hentam sahaja la...walaupun sekeping harganya boleh buat untuk tengok 3 game kalau duduk kat tempat biasa...


Yang aku suka duduk grandstand ni bab nak sembahyang senang. Tak payah susah-susah nak keluar stadium. Setiap tingkat ada disediakan tempat sembahyang. Kalau tak sembahyang jugak...tak taulah nak cakap apa...sendiri mau ingat..Cumanya tempat nak ambil air sembahyang la leceh sikit...terhad.

"BoysOfStraits"

Walaupun hari kerja...stadium sesak. Aku sampai pkl 5.30 petang pun dah jem dah jalan kat luar. Ni semua warga Johor tak kerja ker apa hari ni (termasuklah jugak yang tengah menaip ni...hahahah...)

Tapi dah boleh agak la...ni separuh akhir...konpem stadium macam sardin...dengarnya pukul 11.30 pagi lagi tiket dah sold out dah...entah bila lah nak buat sistem tiket on-line...stadium dah canggih tapi bab tiket masih hampeh...kesian juga tengok kat grandstand ni pun ada yang terpaksa duduk kat tangga...bayar RM30 pun tak dapat tempat duduk...

"TMJ"
Menariknya duduk grandstand ni bukan sahaja dapat duduk dekat dengan player...malah VIP juga...nasib baik ada artis...semalam ada Azlee dari kumpulan Senario yang aku nampak...tak ambik gambar...tak minat pun...hahaha...

Team Pahang pun dah pakai sweater...banyak juga pembaharuan kat JDT yang team lain dah ikut...baguslah tu...harap2 bola Malaysia makin maju.
Dari segi penonton kat dalam stadium memang tak ada masalah...takdernya nak baling2 batu...Siap satu stadium berdiri lagi tanda respek masa penyokong Pahang nyanyi lagu negeri mereka.

Setau aku la...start musim ni memang takder dah penyokong Johor (B.O.S terutamanya) chant lagu kutuk2 negeri lain...semua lagu pun untuk negeri sendiri ajer...tapi tu hari kat Kuantan...siapa pergi stadium (bukan yang keyboard warrior yer) taulah macamana keadaan kat sana.

siapa yer nama awek pengacara Astro Arena ni?..heheh..
Tentang game memang frust la kita tak menang. Selain pengadil yang terang2 memang hampeh...boleh salahkan diri sendiri juga. Peluang banyak....tapi sayangnya penyudah tumpul...

Player baru Marcos tu boleh tahan. Boleh pahamlah kenapa Bojan tukar Baihakki. Terkial-kial juga lah Dickson tu nak lepas...



Takper lah...jumpa lagi di Kuantan...



"LUASKAN KUASAMU!"







4 comments:

  1. refere memang hampeh,,,, aku tgk depan tv pun dah hilang mood.. pahang rasanya semalam dorang dah puas hati ngan satu gol, jdt pula betul lah penyudah tumpul,, main dah ok, cuma nak skor tu je yang payah... harap kat pahang nanti main biar cun sikit gol banyak biar seronok tgk hahaha. sesapa saja menang aku tak kisah, janji main cun dan menghiburkan,..

    ReplyDelete
  2. Sempat lagi snap pic awek tu..heheh..tapi smlm mmg pack giler la kt larkin

    ReplyDelete
  3. tadi aku dapat tengok kejap kat tv first 30minit kelantan felda gitu..
    dahsyat felda haha

    ReplyDelete