Thursday, May 22, 2014

Jar of Flies

Kaset 'EP" yang dah 20 tahun...


Alice in Chains - Jar of Flies (1994)

"Would?" menjadi punca saya membeli album Dirt. Tapi tak minat pun lagu-lagu yang lainnya. Entahlah jiwa saya memang susah nak masuk dengan muzik depressed yang sebegini. Jar of Flies adalah percubaan kedua saya untuk memahami muzik Alice In Chains.

Nampaknya sekali lagi saya gagal.

Tak kisahlah kalau EP ni pernah menjadi EP pertama dalam sejarah untuk dinobatkan di kedudukan no. 1 di carta Billboard pada minggu pertama ianya dikeluarkan.

Tak kisahlah jika ianya sudah terjual sebanyak 4 juta unit di seluruh dunia.

Tak kisah lah kalau Jerry Cantrell tu gitaris hebat lagi hensem

Tak kisahlah jika saya tak "cool" kerana tak minat AIC.

Tak kisahlah jika saya tak trendy kerana tak minat AIC.

Maafkan saya. Saya dah mencuba....


Jar of Flies adalah yang terakhir...saya tak ambil tahu pasal AIC selepas itu....




5 comments:

  1. dirt tu yang lagu down in the hole kan? dah lupa la aku..
    hah....... lagu tu yang kick off perkenalan ngan ni band haha... then aku dengar lagu2 lain..

    ReplyDelete
  2. tak penah nak dengo betul2 pasal band ni..macam2 review yang penah baca tapi tak menarik perhatian..tau pasal AIC ni pun dalam cd last action hero tu je..

    ReplyDelete
  3. Cuma suka Would?...mungkin terpengaruh dengan movie Singles kot...

    ReplyDelete
  4. Dulu keriangan memang la rock.. dah tua2 kemurungan plak mengisi mood rock aku.. nie Sabbath versi mengantuk semua nie..

    ReplyDelete